Selamat datang ke persamaan linear level 4.
Mari kita mula selesaikan masalah.
Saya akan buat beberapa contoh.
Katakan saya ada 3 per x sama dengan 5.
Masalah ini agak berbeza dengan apa yang
kita pernah lihat.
x selalu berada sebagai pengangka, tapi kita ada
x sebagai penyebut.
Saya tak suka x sebagai penyebut,
jadi kita akan tukarkannya kepada pengangka.
Satu cara untuk membuang nombor dari penyebut adalah
mendarabkan kedua-dua belah dengan x,
persamaan di sebelah kiri akan
membuang x.
Dan di sebelah kanan kita ada 5 darab x.
Ini sama dengan-- buang kedua-dua x ini.
Dan anda dapat 3 = 5x.
Kita juga boleh tulis 5x = 3.
Ada 2 cara untuk selesaikan ini.
Kita boleh darabkan mereka dengan 1/5, atau
bahagi dengan 5.
Kalau anda darabkan dengan 1/5,
sebelah kiri menjadi x.
Dan sebelah kanan 3 darab 1/5 iaitu 3/5.
Kita hanya mendarab kedua bahagian
dengan x.
Dan kita buang x dari penyebut.
Mari buat seterusnya.
Katakan kita ada x tambah 2 per x tambah 1
sama dengan 7.
Kita bukan sahaja ada x sebagai penyebut,
tapi kita ada x + 1 sebagai penyebut.
Tapi kita akan selesaikan dengan cara yang sama.
Kita perlu darabkan kedua-dua bahagian dengan
x + 1 per 1.
Lakukan di kedua-dua bahagian.
Sebelah kiri kita potong x + 1.
Kita tinggal x + 2.
Dan ini 7 darab x + 1.
Ini x + 2.
Ingat, ini 7 darab x + 1.
Sama dengan 7x + 7.
Sekarang pindahkan x
ke satu bahagian.
Kita pindahkan x kesebelah kiri.
Kita alihkan 7x ke kiri.
Lakukan dengan menolak 7x di kedua-dua bahagian.
Disebelah kanan kita potong 7x ini.
Dan kiri kita ada -7x + x,
iaitu -6x + 2, dan disebalah kanan
kita ada 7.
Kita buang 2 ini dengan menolak 2 di kedua-dua belah.
Kita tinggal -6x = 5.
Kita perlu mendarab kedua-dua belah dengan
pekali di sebelah kiri.
Sekarang kita darabkan mereka dengan -1/6.
Di sebelah kiri -1/6 darab -6
sama dengan 1.
Kita dapat x sama dengan 5 darab -1/6
iaitu -5/6.
Kita sudah selesai.
Mari buat yang lain.
3 per x tambah 5 sama dengan 8 per x tambah 2.
Kita selesaikan dengan cara yang sama.
Kita nak buang x + 5 dan
x + 2.
Kita mulakan dengan x + 5 dulu.
Darabkan kedua-dua belah dengan
x + 5.
Anda boleh kata x + 5 per 1.
Darab x + 5 per 1.
Di sebelah kiri, kita potong mereka.
Kita tinggal 3 sama dengan 8 darab x + 5
per dengan x + 2.
Kita permudahkan yang diatas.
Jadi 8x tambah 40 per x + 2.
Sekarang kita buang x + 2.
Kita darabkan kedua-dua belah dengan
x + 2 per 1.
Sebelah kiri menjadi 3x + 6.
x + 2.
Dan sebelah kanan.
x + 2 ini kita potong.
Kita tinggal 8x + 40.
Jika kita tolak 8x dari kedua-dua belah,
Disebelah kanan kita potong 8x.
Disebelah kiri kita ada -5x + 6 sama dengan
disebelah kanan kita tinggal 40.
Sekarang kita boleh tolak 6 dikedua-dua belah.
tolak 6 tambah tolak 6.
Sebelah kiri tinggal -5x dan
sebelah kanan 34.
Sekarang kita darabkan dengan -1/5
Sebelah kiri kita ada x.
Sebelah kanan kita ada -34/5.
Saya rasa ini betul jika saya tak cuai.
Jika anda faham dengan apa yang kita dah buat, anda dah
sedia untuk selesaikan persamaan linear level 4.