Hari ini kita akan belajar tentang pengaturcaraan berpasangan. Dalam
pengaturcaraan berpasangan, anda bekerja sebagai satu pasukan.
Mengapa dua orang menggunakan satu komputer? Kerana dua
minda adalah lebih baik daripada satu. Kami bekerjasama
dengan cara yang menarik. Kerana kita orang
yang menarik. Kita adalah orang yang menarik.
Dalam pengaturcaraan berpasangan, anda dan
rakan anda akan duduk bersama-sama di
satu komputer dan anda berdua akan berusaha
pada projek yang sama. Sekarang kita sedang
menyelesaikan Kod Monsters!
Dalam pengaturcaraan berpasangan, seorang
adalah pemandu dan seorang lagi
adalah penavigasi, sama seperti memandu
kereta.
Anda pilih, pemandu atau penavigasi? Pemandu.
Pemandu duduk di komputer dan menggunakan papan
kekunci, tetikus, atau skrin sentuh dan
mengawal tindakan utama komputer. Saya
menetapkan anak panah supaya mereka boleh
menggerakkan watak ke arah yang ia
ingin tuju. Dan seorang lagi adalah
penavigasi. Penavihasi membantu pemandu
dengan menjawab soalannya dan
menunjukkan masalah atau kesilapan yang
berpotensi.
Belok kiri. Belok kanan.
Komunikasi adalah kunci kepada
pengaturcaraan berpasangan yang berjaya.
JANGAN: menghina rakan anda. LAKUKAN: berhormat. JANGAN:
menjadi penavigasi yang angkuh sebab tiada orang akan menyukainya.
Kenapa kamu tak buat demikian? Tunggu, oi! Berhenti,
bagi balik. (JANGAN:ambil tetikus/papan kekunci pemandu)
Komunikasi adalah kunci kepada pengaturcaraan
berpasangan yang berjaya. Anda dan rakan anda
harus sentiasa berbual.
(LAKUKAN:bercakap antara satu sama lain mengenai projek)
Pemandu boleh menjelaskan apa yang sedang dilakukannya.
(LAKUKAN:jelaskan tindakan anda)
Penavigasi boleh mencadangkan tindakan seterusnya.
(LAKUKAN:berfikir dan beri cadangan)
Penavigasi harus memikirkan tentang gambaran
besar dan pemandu harus memberi tumpuan pada
perinciannya. Kedua-dua peranan itu penting
Mahu bertukar? Baik. Saya pemandu sekarang.
(LAKUKAN:kerap bertukar peranan)
Pastikan anda bertukar peranan dengan kerap.
Tunggu sebentar, kenapa ini tidak berfungsi?
Anda perlu menempatkannya di sana,
nampak tu ada lubang.
Lihat tak bagaimana rakan saya membantu saya
menyelesaikan teka-teki dengan lebih kurang percubaan?
Dia dapat menangkap kesilapan saya.
Pengaturcaraan berpasangan
adalah tentang bekerja bersama-sama
sebagai satu pasukan.
LAKUKAN: Berhormat, berkomunikasi tentang
projek, menjelaskan tindakan anda
LAKUKAN: berfikir, beri cadangan,
kerap bertukar peranan.
JANGAN: menjadi penavigasi yang angkuh
atau ambil tetikus/papan kekunci pemandu.