Resipi bagi mufin oat pisang memerlukan 3/4 cawan oat sebagai bahannya. Anda ingin membuat 1/2 resipinya. Berapakah oat yang anda perlukan? Jadi satu resipi ini memerlukan 3/4 cawan dan kamu hanya ingin membuat separuh daripada resipi tersebut, maka kamu perlukan separuh daripada 3/4, kan? Kamu inginkan separuh daripada jumlah oat yang diperlukan dalam resipinya. Jadi kamu inginkan 1/2 daripada 3/4. Kamu hanya perlu darabkan 1/2 dengan 3/4, dan ini adalah bersamaan dengan -- kamu darabkan pengangkanya. 1 kali 3 adalah 3. 2 kali 4 adalah 8. Dan dapatlah kita jawapannya. Kamu perlukan 3/8 cawan oat. Mari kita cuba menggambarkan contoh ini supaya kamu dapat lebih fahaminya. Saya akan lukiskan 3/4, iaitu jumlah oat yang kamu perlukan kalau kamu buatkan ikut resipi asalnya, Biar saya lukiskan. Katakanlah ini mewakili satu cawan. dan jika kita bahagikannya kepada 4 -- biar saya lukiskan lebih cantik lagi. Jadi kita dah bahagikan kepada 4, dan 3/4 akan diwakili 3 daripadanya, jadi itulah satu, dua, tiga. 3/4 adalah sebanyak oat ini. Sekarang kita nak separuh daripada ini, kan? Sebab kita nak buatkan separuh daripada resipinya. Maka kita boleh bahagikannya kepada dua. Biar saya lakukan dalam warna baru. Jadi kalau ikut resipi kamu perlukan jumlah oat dalam warna oren ini, tapi kita akan buatkan separuh daripada resipinya, jadi kita hanya perlukan separuh daripadanya. Kamu perlukan oat sebanyak ini. Sekarang mari kita bandingkan jumlah ini dengan jumlah dalam satu cawan. Kita boleh lakukannya dengan membahagikan lagi empat kepingan ini, ataupun empat bahagian cawan ini kepada lapan bahagian cawan. Mari kita buatkan. Untuk lakukannya, kita perlu menjadikan setiap kepingan ini, setiap 1/4 ini kepada dua kepingan. Mari kita bahagikan setiap ini kepada dua. Jadi ini kepingan pertama. Kita akan membahagikannya kepada dua, dan kita akan dapat dua kepingan sekarang. Bergerak kepada kepingan kedua di sini. Kita akan membahagikannya kepada dua kepingan. Kepingan ketiga, kita bahagikannya kepada dua, dan kepingan keempat, ataupun bahagian keempat, kita bahagikannya kepada dua bahagian. Sekarang, apakah pecahan ini daripada seluruh kepingan besar ini? Baik, kita ada lapan kepingan kecil sekarang, kan? Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, kerana kita telah membahagikan setiap empat keping ini kepada dua, jadi sekarang kita ada 8 sebagai penyebut, dan kita inginkan separuh daripada 3/4, betul? Ingat ya, 3/4 adalah dalam warna oren. Saya ingin menjelaskan lagi kerana lukisan ini mungkin akan mengelirukan kamu. Ini adalah 3/4. Jadi ini 3/4. Bahagian dalam warna ungu ini adalah separuh daripada 3/4. Jadi, daripada lapan kepingan kecil ini, berapakah jumlah kepingan bahagian ungu? Baik, kamu ada satu bahagian kecil di sini, dua bahagian kecil di sini, tiga bahagian kecil di sini, maka ia adalah 3/8. Harap-harap kamu telah mendapat ideanya ataupun konsepnya bagi contoh masalah ini, di mana kamu mengambil 1/2 daripada 3/4.