Saya ada 5 nombor disini dan saya akan susun dari kecil ke besar.
Ia jelas menunjukkan ini semua adalah nombor negatif.
Mari fikirkan nombor mana yang terbesar
Anda mungkin akan kata...
"Kalau ini semua positif, 40 akan jadi yang terbesar." Anda mungkin kata " negatif 40 adalah yang terbesar,"
Tapi anda patut sedar apa negatif bagi tahu anda
dan fikirkan itu.
Jika ini adalah jumlah dollar dalam akaun bank anda..
anda rela ada negatif $40 dollar atau negatif $7 dollar dalam akaun bank anda?
Negatif $40 bermaksud anda hutang bank $40, ia kurang dari .$40
Negatif $7 bermaksud anda hutang bank hanya $7 sahaja,
jadi ini bermakna -40 kurang daripada -7, dan
antara semua nombor, ia adalah terkecil.
Jadi -40 adalah terkecil, dan anda boleh katakan ia jumlah wang yang paling kurang
anda nak dalam akaun bank anda,
atau jumlah wang terkecil.
Anda berhutang dengan bank $40.
Bukan sahaja anda tak ada apa-apa, anda berhutang dengan bank $40.
No terkecil seterusnya ialah -30, diikuti dengan -25,
dan -10,
dan nombor terbesar adalah -7 (saya tulis dengan warna merah jambu)
yang terbesar adalah -7.
Dan kalau itu masih tak jelas bagi anda,
anda boleh guna suhu, dalam segi suhu.
Yang manakah suhu paling sejuk?
(tak kira anda guna celsius atau fahrenheit)
-40 adalah suhu paling sejuk dan -7 adalah suhu paling panas.
-7 paling panas antara semua.
Cara lain anda boleh gunakan garis nombor.
Mari lukis satu garis nombor disini.
Jika ini sifar, kita mungkin boleh letak +7 disini,
+7 bukan senarai nombor, tapi kita boleh tulis nombor lain.
Mungkin -7 disini.
Dan -10 mungkin disini.
Perhatikan kita bergerak kekiri menjauhi sifar,
kita gerak kekiri lagi dan kita dapat -25.
Seterusnya adalah -30.
Kemudian kekiri lagi dan kita dapat -40.
Jika anda buat begini, nombor terkecil adalah
yang paling kiri dalam garis nombor,
dan yang terbesar berada ke arah kanan.