Terdapat tiga sebab mengapa kita perlu berhenti menggunakan tenaga nuklear Pertama : Percambahan senjata nuklear Teknologi nuklear adalah sangat berbahaya untuk dunia setahun selepas ujian letupan nuklear pertama dunia pada 1944 dua bandar besar telah dimusnahkan oleh 2 buah bom Selepas itu, teknologi reaktor berevolusi dengan perlahan hanya untuk menjana tenaga elektrik tetapi ia selalu dikaitkan dengan teknologi senjata nuklear Hampir mustahil untuk membangunkan senjata nuklear tanpa mengakses kepada teknologi reaktor Sebenarnya 'Nuclear Non-Proliferation Treaty' atau Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear ditubuhkan bertujuan untuk menyebarkan teknologi reaktor nuklear tanpa menyebarkan ilmu senjata nuklear dengan kejayaan yang terhad Dalam 40 tahun, 5 negara telah membangunkan senjata mereka dengan bantuan teknologi reaktor Ia sangatlah sukar untuk dikesan Sebuah program senjata nuklear yang berselindung di sebalik penggunaan tenaga nuklear yang bermanfaat Pada 1970-an, kuasa besar nuklear menjual teknologinya kepada negara yang lebih kecil yang mana membangunkan senjata sendiri Pembangunan senjata nuklear didorong oleh reaktor yang kelihatan aman Kedua : Sisa nuklear dan pencemaran Bahan api nuklear yang telah digunakan bukan sahaja beradioaktif tetapi mengandungi elemen kimia yang sangat beracun seperti plutonium Ia akan kehilangan bahaya dengan perlahan setelah beberapa puluh ribu tahun Dan terdapat proses pemprosesan semula yang bermakna pengekstrakkan plutonium daripada sisa bahan api nuklear Boleh digunakan untuk dua tujuan: untuk membina senjata nuklear atau sebagai bahan api baru Tetapi jarang digunakan sebagai bahan api kerana kita masih tidak ada reaktor yang betul untuk berbuat demikian Satu miligram boleh membunuh anda, beberapa kilogram boleh menjadi bom atom dan negara yang tidak disyaki seperti Jerman pun ada bertan-tan bahan itu Baringlah kerana pemprosesan semula kedengaran agak bagus berdekad-dekad dahulu Dan di manakah semua sisa pergi? Setelah dilarang untuk membuangnya di lautan, kita cuba untuk menanamnya tetapi kita tidak boleh mencari tempat yang kekal selamat selama berpuluh-puluh ribu tahun Lebih daripada 30 negara yang mengoperasikan 400 reaktor menguruskan beberapa ratus ribu tan sisa nuklear dan hanya satu yang kini serius untuk membuka sebuah tempat penyimpanan sisa awam yang kekal di Finland Ketiga : Kemalangan dan bencana Setelah penggunaan tenaga nuklear selama 60 tahun, terdapat tujuh kemalangan besar di reaktor atau kemudahan yang berkaitan dengan sisa nuklear Tiga daripadanya dapat dikawal tetapi empat yang lain melepaskan jumlah radioaktif yang signifikan kepada alam Pada 1957,1987 dan 2011, pelbagai kawasan yang luas di Rusia, Ukraine dan Jepun tidak boleh didiami manusia sehingga berdekad-dekad tahun akan datang Jumlah kematian masih dipertikaikan tetapi mungkin ribuan nyawa Bencana yang berlaku kerana pelbagai jenis reaktor nuklear di negara yang berbeza dan berbeza beberapa dekad Melihat jumlah itu, kita bertanya kepada diri kita "Adakah 10% daripada bekalan tenaga dunia bersamaan dengan bencana yang membinasakan pada setiap 30 tahun?" Adakah 30% berbaloi untuk peristiwa kedua Fukushima dan Chernobyl? di mana-mana tempat di Bumi ini pada setiap 10 tahun? Manakah tempat yang perlu dicemari apabila kita mengatakan 'cukuplah?' Apakah garis sempadannya? Adakah kita perlu menggunakan tenaga nuklear? Risikonya mungkin melebihi kebaikannya tetapi mungkin kita perlu memberhentikan teknologi ini untuk kebaikan Jika ingin dengarkan perdebatan yang lain ataupun pengenalan ringkas tentang tenaga nuklear, klik di sini Channel kami mempunyai penaja baru, Audible.com Jika anda gunakan URL - , anda akan mendapat buku audio percuma dan menyokong laman kami Menghasilkan video mengambil masa yang lama dan kami banyak mengisinya dengan mendengar buku audio Untuk buku yang menarik, kami cadangkan buku "Into Thin Air" oleh Jon Krakauer Beliau merupakan penulis yang hebat dan ceritanya sangat memberi kesan dan benar Pergi ke untuk mendapatkan buku dengan percuma Terima kasih kepada Audible kerana menyokong laman kami dan terima kasih kepada anda kerana menontonnya