Berapa jam ada dalam 549 minit? Kita boleh tulisnya sebagai perpuluhan atau pecahan. Pada asasnya, kita gunakan 549 minit ini dan membahagikannya ke dalam kumpulan 60. Kenapa 60? Kerana kita tahu sejam sama dengan 60 minit. Pada asasnya, soalannya ialah beberapa kumpulan 60 dapat masuk 549. Ada juga cara lain memahami itu Ialah, 549 dibahagikan kumpulan 60, berapa? Itulah berapa jam yang ada. Mari kita buat demikian. Kita ambil 549 itu dan bahagikannya dengan 60. Jadi, 6 dapat masuk 54 sehingga 9 kali. Jadi 60 dapat masuk 540 9 kali. Kita ada baki sikit juga. Jadi 9 kali 60 adalah 540. Kita tolak. Ada baki 9. Dan lihatlah, kita ada baki sikit jadi kita memerlukan perpuluhan. Mari kita letakkan detik perpuluhan di sini. dan kita letakkan beberapa 0 di sana. Mari kita jatuhkan salah satu 0. Jadi kita menjatuhkan 0. 60 dapat masuk 90 satu kali. 1 kali 60 adalah 60. Dan kita tolak. Kita mendapati 30. Kita menjatuhkan satu lagi 0. Dan kita mendapati 300. 60 dapat masuk 300 5 kali. 5 kali 60, 5 kali 6 adalah 30, kian 5 kali 60 adalah 300. Tolak dan ia dah selesai. Jadi, kamu bahagikan 549 dengan kumpulan 60. Kamu dapat bahagikannya dengan 9.15 kumpulan 60 minit. Sekumpulan 60 minit adalah sejam. Justeru 549 minit ini adalah 9.15 jam. Saya nak memastikan kita boleh bayangkan itu dengan betul. Jadi, mari kita menggambarkan kelihatan 9.15 jam. Saya lukiskan satu garisan di sini, dan pada atas saya tulis "Hours" (jam) dan pada bawah saya tulis "Minutes" minit. Jadi sini ada 0 jam, 0 minit. Dan sekarang ada 1 jam, sama dengan 60 minit. Sekarang ada 2 jam, sama dengan 120 minit. Kemudian ada 3 jam, sama dengan 180 minit. Kemudian ada 3 jam, sama dengan 180 minit. 5 jam adalah 300 minit. 6 jam adalah 360 minit. 7 jam, mungkin saya habiskan ruang sini, adalah 420 minit. Biarkan saya copy dan paste ini ke tempat lain, di mana Saya memiliki ruang lagi. Biarkan saya memadam itu. dan biarkan saya paste itu ke tempat lain. di mana saya tak kena pada tulisan lain tadi. Baiklah. Jadi ada 8 jam, yang adalah 480 minit. Kemudian ada 9 jam. Lihatlah, saya cuma tambah 60 minit setiap kali. 9 jam adalah 540 minit. Dalam erti kata lain jika sejam sama dengan 60, dan 9 kali 60 adalah 540 Dan kita bukan nak sampai 540 saja. Kita ada baki 9. Jadi kita kena tambah 9 minit sehingga 549. Justeru ada baki 9 minit. Dalam erti kata lain, 549 adalah 9 jam dengan baki 9 minit. dan 9 minit merupakan pecahan apa dari sejam? 60 minit adalah jam penuh. Jadi 9 minit adalah 9/60 jam. Jadi kamu dapat menuliskannya macam ini. 9 dan 9/60 jam Ataupun kita menuliskannya sebagai pecahan setara. 9/60 tak ubah kalau kita bahagikan numerator dan denominator dengan 3, ia sama dengan 3/20 jadi kita dapat menuliskan ini demikian 9 dan 3/20 dan 3/20, jadi kita boleh mengira ini. 20 dibahagikan 3 Pasti ia kecil dari 1, sebab 3 kecil dari 20. Mari kita letakkan beberapa 0 di sini. 20 tak dapat masuk 3, tetapi ia dapat masuk 30 satu kali. 1 kali 20 adalah 20. tolak, kita mendapati 10. Jatuhkan sebuah 0. 20 dapat masuk 100 sehingga 5 kali. 5 kali 20 adalah 100. dah selesai. Perhatikanlah, 3 atas 20 sama dengan ini. jadi 9 dan 3/20 sama dengan 9 dan 15/100 Semua penyelesaian ini setara.