WEBVTT 00:00:04.300 --> 00:00:06.100 Apakah isi kotak ini? 00:00:07.000 --> 00:00:09.344 Apapun ia, pasti ia penting, 00:00:09.344 --> 00:00:11.237 sebab saya telah mengembara bersamanya, 00:00:11.237 --> 00:00:15.000 memindahkannya dari pangsapuri ke pangsapuri. NOTE Paragraph 00:00:15.000 --> 00:00:17.000 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:00:17.000 --> 00:00:20.376 (Tepukan) NOTE Paragraph 00:00:20.496 --> 00:00:22.080 Biasa alami? 00:00:23.320 --> 00:00:25.186 Tahukah anda bahawa kita rakyat Amerika 00:00:25.186 --> 00:00:27.832 memiliki tiga kali ganda ruang yang dimiliki 00:00:27.832 --> 00:00:29.440 berbanding 50 tahun lalu? 00:00:30.110 --> 00:00:31.460 Tiga kali ganda. 00:00:32.000 --> 00:00:35.000 Tentu anda fikir dengan lebihan ruang, 00:00:35.200 --> 00:00:37.730 pasti ada cukup ruang untuk menyimpan barang, bukan? 00:00:38.040 --> 00:00:39.280 Tidak. 00:00:40.180 --> 00:00:41.514 Ada satu industri baru 00:00:41.514 --> 00:00:45.140 bernilai USD 22 bilion, seluas 2.2 bilion kaki²: 00:00:45.400 --> 00:00:47.350 Yakni industri ruang simpanan peribadi. 00:00:47.350 --> 00:00:49.460 Walaupun ruang tiga kali ganda lebih besar, 00:00:49.460 --> 00:00:51.910 kita semakin boros berbelanja 00:00:52.365 --> 00:00:54.810 sehingga memerlukan lebih banyak ruang simpanan. 00:00:54.980 --> 00:00:56.810 Ke manakah hala tuju kita? 00:00:57.000 --> 00:00:59.000 Lambakan hutang kad kredit, 00:00:59.510 --> 00:01:02.000 pencemaran alam sekitar 00:01:02.000 --> 00:01:04.000 dan mungkin juga secara tak langsung, 00:01:04.000 --> 00:01:07.440 tahap kebahagiaan kita mendatar sejak 50 tahun lalu. NOTE Paragraph 00:01:08.040 --> 00:01:10.000 Saya ada pandangan yang lebih bernas, 00:01:10.000 --> 00:01:12.940 bahawa sedikit mungkin bermakna banyak. 00:01:13.000 --> 00:01:15.000 Saya yakin ramai pernah menikmati 00:01:15.000 --> 00:01:17.570 nikmat kesederhanaan: 00:01:18.640 --> 00:01:21.000 kolej -- di bilik kamu, 00:01:21.500 --> 00:01:24.000 kembara -- di bilik hotel, 00:01:24.150 --> 00:01:26.400 berkhemah -- walau kurang kelengkapan, 00:01:26.400 --> 00:01:28.000 atau mungkin sebuah bot. 00:01:28.000 --> 00:01:29.649 Apapun pengalaman kamu, 00:01:29.649 --> 00:01:33.320 saya yakin, ia memberi kamu sedikit kebebasan, 00:01:33.610 --> 00:01:35.250 sedikit lebihan masa. 00:01:36.450 --> 00:01:38.000 Saya berpendapat 00:01:38.000 --> 00:01:40.244 barang dan ruang yang kurang 00:01:40.244 --> 00:01:42.498 bermakna jejak karbon yang sedikit. 00:01:42.498 --> 00:01:44.590 Ia satu cara yang hebat untuk berjimat. 00:01:44.590 --> 00:01:47.000 Ia juga melegakan sedikit kehidupan kamu. NOTE Paragraph 00:01:47.000 --> 00:01:49.037 Oleh itu saya mulakan projek Life Edited 00:01:49.037 --> 00:01:50.223 di lifeedited.org 00:01:50.223 --> 00:01:54.618 untuk meneruskan dan mencari penyelesaian untuk agenda ini. 00:01:55.228 --> 00:01:59.926 Pertama: pendanaan pangsapuri 420 kaki² saya di Manhattan 00:01:59.926 --> 00:02:02.837 dengan rakan kongsi Mutopo & Jovoto.com. 00:02:02.837 --> 00:02:04.773 Saya mahu kesemuanya-- 00:02:04.773 --> 00:02:07.494 pejabat rumah, meja makan untuk 10 orang, 00:02:08.174 --> 00:02:09.458 bilik tetamu 00:02:09.458 --> 00:02:11.745 dan ruang untuk peralatan seluncur lelayang saya. 00:02:11.745 --> 00:02:14.295 Dengan lebih 300 penyenaraian sedunia, 00:02:14.295 --> 00:02:17.000 saya berjaya mendapatkan kotak permata saya sendiri. 00:02:17.280 --> 00:02:21.626 Dengan membeli ruang 420 kaki², dan bukan 600 kaki², 00:02:22.042 --> 00:02:24.757 saya berjaya menjimatkan 200 ribu dolar. 00:02:25.334 --> 00:02:28.650 Ruang kecil tidak menggunakan tenaga yang yang banyak, 00:02:28.650 --> 00:02:30.554 jadi lebih banyak wang dapat dijimatkan. 00:02:30.914 --> 00:02:33.060 Jejak karbon juga dapat dikurangkan. 00:02:33.170 --> 00:02:37.102 Memandangkan ia direka berpandukan barang² terpilih-- 00:02:37.102 --> 00:02:39.483 barang kesayangan saya dan direka khas untuk saya, 00:02:39.483 --> 00:02:41.000 saya teruja untuk mendiaminya. NOTE Paragraph 00:02:41.590 --> 00:02:43.389 Bagaimana caranya hidup sederhana? 00:02:43.909 --> 00:02:45.170 Ada tiga cara utama. 00:02:45.440 --> 00:02:47.910 Pertama, sunting sewenangnya. 00:02:48.000 --> 00:02:51.000 Kita perlu bersihkan arteri kehidupan kita. 00:02:51.000 --> 00:02:54.000 Baju yang sudah bertahun tak dipakai? 00:02:54.290 --> 00:02:56.000 Dah tiba masa untuk melepaskannya. 00:02:56.350 --> 00:02:59.000 Buang perkara remeh daripada kehidupan, 00:02:59.300 --> 00:03:02.210 kawal aliran masuk. 00:03:02.639 --> 00:03:04.410 Fikir dulu sebelum beli. 00:03:04.590 --> 00:03:05.856 Tanya diri, 00:03:05.856 --> 00:03:08.710 "Adakah barang ini benar-benar akan membahagiakan aku?" 00:03:09.440 --> 00:03:11.954 Memang betul kita perlu beli dan miliki 00:03:11.954 --> 00:03:13.623 barang yang berkualiti. 00:03:14.063 --> 00:03:16.602 Namun hanya barang dengan manfaat jangka panjang, 00:03:16.602 --> 00:03:18.000 bukan semua barang. NOTE Paragraph 00:03:18.320 --> 00:03:20.290 Ke-2, slogan terbaru kami: 00:03:20.380 --> 00:03:22.212 sederhana itu bergaya. 00:03:22.272 --> 00:03:24.000 Kita mahu kecermatan ruang. 00:03:24.000 --> 00:03:27.960 Kita mahu rekaan alat yang fungsinya kerap digunakan, 00:03:28.130 --> 00:03:30.310 bukan untuk sekali-sekala saja. 00:03:30.450 --> 00:03:33.850 Mengapa perlu enam tungku jika tiga pun jarang digunakan? 00:03:34.110 --> 00:03:36.413 Oleh itu kita mahu barang yang boleh dilapiskan, 00:03:36.413 --> 00:03:39.448 boleh disusun bertindan dan didigitalkan. 00:03:39.532 --> 00:03:42.752 Kamu boleh bawa kertas kerja, buku, filem, 00:03:43.362 --> 00:03:45.940 dan kamu boleh hilangkannya seperti magik. 00:03:45.940 --> 00:03:50.449 Akhir sekali, kita mahu ruang dan peralatan rumah berbilang fungsi: NOTE Paragraph 00:03:50.449 --> 00:03:52.244 gabungan pam tandas dan singki, 00:03:52.244 --> 00:03:56.000 gabungan meja makan dan katil di ruang yang sama, 00:03:56.300 --> 00:03:59.827 meja sisi kecil boleh dipanjangkan untuk 10 orang. 00:03:59.827 --> 00:04:03.000 Antara reka bentuk hebat Life Edited seperti yang tertera, 00:04:03.000 --> 00:04:04.519 kami gabungkan dinding bergerak 00:04:04.519 --> 00:04:07.760 dengan perabot boleh ubah untuk memanfaatkan ruang. 00:04:07.760 --> 00:04:09.550 Lihat meja kopi itu -- 00:04:09.830 --> 00:04:13.065 ia boleh memanjang dan melebar untuk menempatkan 10 orang. 00:04:13.750 --> 00:04:15.582 Pejabat saya boleh dilipat, 00:04:15.582 --> 00:04:17.296 senang disorok. 00:04:17.296 --> 00:04:20.406 Katil saya boleh dikeluarkan dari dinding dengan dua jari sahaja. 00:04:20.646 --> 00:04:23.000 Ada tetamu? Tolak dinding mudah alih. 00:04:23.290 --> 00:04:25.220 Turunkan katil lipat. 00:04:25.480 --> 00:04:27.680 Tak dilupakan, pawagam. NOTE Paragraph 00:04:28.120 --> 00:04:30.422 Namun saya tak bermaksud kita semua perlu hidup 00:04:30.422 --> 00:04:32.295 dalam ruang 420 kaki². 00:04:32.295 --> 00:04:35.060 Cuba pertimbangkan manfaat kehidupan yang disunting. 00:04:35.530 --> 00:04:37.720 Daripada 3,000 ke 2,000. 00:04:37.720 --> 00:04:39.740 Daripada 1,500 ke 1,000. 00:04:40.000 --> 00:04:44.620 Mungkin ramai yang selesa berada di sini untuk beberapa hari 00:04:44.620 --> 00:04:48.000 dengan dua buah beg, di dalam ruang kecil seperti bilik hotel. 00:04:48.000 --> 00:04:51.000 Jadi tika pulang ke rumah dan melewati pintu depan, 00:04:51.000 --> 00:04:53.086 berhenti sejenak dan tanya diri, 00:04:53.086 --> 00:04:55.423 "Adakah manfaat jika saya sunting hidup saya? 00:04:55.423 --> 00:04:57.410 Mungkinkah ia dapat beri lebih kebebasan? 00:04:57.410 --> 00:04:59.480 Mungkin ada lebihan masa?" NOTE Paragraph 00:05:01.610 --> 00:05:03.650 Apakah isi kotak ini? 00:05:04.950 --> 00:05:06.700 Itu tak penting. 00:05:07.350 --> 00:05:09.340 Saya tahu saya tak perlukannya. 00:05:10.840 --> 00:05:12.220 Apakah isi kotak kamu? 00:05:12.800 --> 00:05:14.580 Kemungkinan besar, 00:05:14.580 --> 00:05:16.000 sedikit bermakna banyak. 00:05:16.930 --> 00:05:20.000 Ayuh berikan ruang kepada barang² yang bermanfaat. NOTE Paragraph 00:05:20.910 --> 00:05:22.000 Terima kasih. NOTE Paragraph 00:05:22.000 --> 00:05:28.000 (Tepukan)