Apakah isi kotak ini?
Apapun ia, pasti ia penting,
sebab saya telah
mengembara bersamanya,
memindahkannya dari
pangsapuri ke pangsapuri.
(Ketawa)
(Tepukan)
Biasa alami?
Tahukah anda bahawa
kita rakyat Amerika
memiliki tiga kali ganda
ruang yang dimiliki
berbanding 50 tahun lalu?
Tiga kali ganda.
Tentu anda fikir
dengan lebihan ruang,
pasti ada cukup ruang untuk
menyimpan barang, bukan?
Tidak.
Ada satu industri baru
bernilai USD 22 bilion,
seluas 2.2 bilion kaki²:
Yakni industri
ruang simpanan peribadi.
Walaupun ruang
tiga kali ganda lebih besar,
kita semakin boros berbelanja
sehingga memerlukan
lebih banyak ruang simpanan.
Ke manakah hala tuju kita?
Lambakan hutang kad kredit,
pencemaran alam sekitar
dan mungkin juga
secara tak langsung,
tahap kebahagiaan kita
mendatar sejak 50 tahun lalu.
Saya ada pandangan
yang lebih bernas,
bahawa sedikit
mungkin bermakna banyak.
Saya yakin
ramai pernah menikmati
nikmat kesederhanaan:
kolej -- di bilik kamu,
kembara -- di bilik hotel,
berkhemah -- walau kurang kelengkapan,
atau mungkin sebuah bot.
Apapun pengalaman kamu,
saya yakin, ia memberi kamu
sedikit kebebasan,
sedikit lebihan masa.
Saya berpendapat
barang dan ruang yang kurang
bermakna jejak karbon yang sedikit.
Ia satu cara yang hebat untuk berjimat.
Ia juga melegakan sedikit kehidupan kamu.
Oleh itu saya mulakan
projek Life Edited
di lifeedited.org
untuk meneruskan dan mencari
penyelesaian untuk agenda ini.
Pertama: pendanaan pangsapuri
420 kaki² saya di Manhattan
dengan rakan kongsi
Mutopo & Jovoto.com.
Saya mahu kesemuanya--
pejabat rumah,
meja makan untuk 10 orang,
bilik tetamu
dan ruang untuk peralatan
seluncur lelayang saya.
Dengan lebih 300 penyenaraian sedunia,
saya berjaya mendapatkan
kotak permata saya sendiri.
Dengan membeli ruang 420 kaki²,
dan bukan 600 kaki²,
saya berjaya menjimatkan
200 ribu dolar.
Ruang kecil tidak menggunakan
tenaga yang yang banyak,
jadi lebih banyak wang
dapat dijimatkan.
Jejak karbon juga dapat dikurangkan.
Memandangkan ia direka
berpandukan barang² terpilih--
barang kesayangan saya
dan direka khas untuk saya,
saya teruja untuk mendiaminya.
Bagaimana caranya hidup sederhana?
Ada tiga cara utama.
Pertama, sunting sewenangnya.
Kita perlu bersihkan
arteri kehidupan kita.
Baju yang sudah bertahun tak dipakai?
Dah tiba masa
untuk melepaskannya.
Buang perkara remeh daripada kehidupan,
kawal aliran masuk.
Fikir dulu sebelum beli.
Tanya diri,
"Adakah barang ini benar-benar
akan membahagiakan aku?"
Memang betul
kita perlu beli dan miliki
barang yang berkualiti.
Namun hanya barang dengan
manfaat jangka panjang,
bukan semua barang.
Ke-2, slogan terbaru kami:
sederhana itu bergaya.
Kita mahu kecermatan ruang.
Kita mahu rekaan alat yang fungsinya
kerap digunakan,
bukan untuk sekali-sekala saja.
Mengapa perlu enam tungku
jika tiga pun jarang digunakan?
Oleh itu kita mahu barang
yang boleh dilapiskan,
boleh disusun bertindan
dan didigitalkan.
Kamu boleh bawa kertas kerja, buku, filem,
dan kamu boleh hilangkannya
seperti magik.
Akhir sekali, kita mahu ruang
dan peralatan rumah berbilang fungsi:
gabungan pam tandas dan singki,
gabungan meja makan dan katil
di ruang yang sama,
meja sisi kecil boleh
dipanjangkan untuk 10 orang.
Antara reka bentuk hebat Life Edited
seperti yang tertera,
kami gabungkan dinding bergerak
dengan perabot boleh ubah
untuk memanfaatkan ruang.
Lihat meja kopi itu --
ia boleh memanjang dan melebar
untuk menempatkan 10 orang.
Pejabat saya boleh dilipat,
senang disorok.
Katil saya boleh dikeluarkan dari
dinding dengan dua jari sahaja.
Ada tetamu?
Tolak dinding mudah alih.
Turunkan katil lipat.
Tak dilupakan, pawagam.
Namun saya tak bermaksud
kita semua perlu hidup
dalam ruang 420 kaki².
Cuba pertimbangkan manfaat
kehidupan yang disunting.
Daripada 3,000 ke 2,000.
Daripada 1,500 ke 1,000.
Mungkin ramai yang selesa
berada di sini untuk beberapa hari
dengan dua buah beg, di dalam
ruang kecil seperti bilik hotel.
Jadi tika pulang ke rumah
dan melewati pintu depan,
berhenti sejenak dan tanya diri,
"Adakah manfaat jika
saya sunting hidup saya?
Mungkinkah ia dapat beri
lebih kebebasan?
Mungkin ada lebihan masa?"
Apakah isi kotak ini?
Itu tak penting.
Saya tahu saya tak perlukannya.
Apakah isi kotak kamu?
Kemungkinan besar,
sedikit bermakna banyak.
Ayuh berikan ruang kepada
barang² yang bermanfaat.
Terima kasih.
(Tepukan)