Selamat datang ke Hour of Code... Hai, saya Kathleen Kennedy dan saya adalah penerbit Star Wars: The Force Awakens. Hari ini anda akan bekerja dengan salah seorang bintang filem kami... BB-8. BB-8 ialah droid berbentuk sfera. Setiap perbuatan dan pergerakannya, dikawal oleh perisian komputer. Sains komputer memberi kesan kepada setiap industri, daripada bidang pemasaran, ke penjagaan kesihatan dan perfileman. Sebenarnya, beratus-ratus jurutera komputer.. bekerjasama untuk membuat filem seperti The Force Awakens. Hai, saya Rachel Rose. Saya adalah jurutera kanan R&D di ILM.. dan saya mengetuai kumpulan pembangunan animasi dan makhluk. Dalam The Force Awakens, saya bertanggungjawab membantu para artis.. membangunkan alat (rigs), yang merupakan.. sebahagian daripada watak yang bergerak, dan membolehkan watak kelihatan mudah dipercayai dari galaksi yang sangat, sangat jauh. Untuk sejam berikutnya, kita akan membina permainan Star Wars sendiri, yang akan mengajar anda konsep asas pengaturcaraan. Pengaturcaraan biasanya terdiri dari teks, tapi di sini kita akan gunakan blok yang boleh diseret dan letak untuk hasilkan atur cara. Sebagai permulaan, kita akan membantu Rey.. memprogramkan BB-8 untuk berjalan mengutip semua bahagian sekerap. Skrin anda terbahagi kepada tiga bahagian. Di sebelah kiri, adalah ruang permainan Star Wars di mana kod akan dijalankan. Arahan bagi setiap tahap ditulis di bawah ruang permainan. Kawasan tengah ini adalah kotak alat dan setiap blok ini.. adalah arahan yang boleh difahami oleh BB-8. Ruang putih di sebelah kanan dipanggil sebagai ruang kerja.. dan di sinilah kita akan membina atur cara. Jika saya seret blok 'moveLeft' ke ruang kerja dan tekan 'Jalan', apa berlaku? BB-8 bergerak ke kiri satu blok dalam grid. Dan bagaimana jika saya mahu BB-8 melakukan sesuatu selepas bergerak ke blok kiri? Saya boleh menambah satu lagi blok pada atur cara kita. Saya memilih blok 'moveUp' dan saya akan seretnya di bawah blok 'moveLeft'.. sehingga sisinya jadi terang. Selepas itu, saya letakkannya dan dua blok ini akan melekat. Apabila saya menekan 'Jalan' sekali lagi, BB-8 akan melaksanakan arahan.. yang disusun dari atas ke bawah dalam ruang kerja. Jika anda ingin memadam blok, hanya buangnya daripada susunan dan seretnya semula ke dalam kotak alat. Selepas anda tekan 'Jalan', anda boleh menekan butang 'Set Semula' untuk BB-8 kembali daripada mula. Sekarang, mari kita mencuba !