Pelajaran ini dipanggil pemboleh ubah dalam sampul surat. Kita akan belajar bagaimana kita boleh membina ayat walaupun kehilanggan beberapa maklumat. Kebanyakan kita sudah biasa dengan idea mengisi tempat kosong. Kita melakukannya semasa mengisi nama sendiri di kerja sekolah kita. Kadang-kadang terdapat lebih daripada satu tempat kosong yang perlu diisi. Dalam kes itu, kita berikan label pada tempat kosong supaya kita dapat mengenal pasti hala tuju maklumat. Pemboleh ubah adalah placeholders untuk kepingan maklumat yang boleh berubah. Dengan menggunakan pemboleh ubah untuk maklumat yang hilang, kita boleh terus berusahakan pada sebarang yang kita lakukan dan biarkan orang lain mengisi maklumat yang hilang kemudian. Dalam perisian, kami banyak menggunakan pemboleh ubah. Kami menggunakan pemboleh ubah sebagai placeholders untuk nama, alamat e-mel dan juga nama pengguna. Dengan cara itu kami dapat memberitahu program di mana butiran tersebut akan muncul setelah pengguna mengisinya. Kami menggunakan pemboleh ubah sepanjang masa dalam kerja kami. Jadi bila kami perlu menyimpan sekeping maklumat untuk kemudian, kami gunakan pemboleh ubah. Katakan kami perlu mengira bilangan kali pengguna telah melakukan tweet. Setiap kali pengguna melakukan tweet, kami akan menambah satu ke nombor itu. Dan setiap kali pengguna memadam tweet kami akan mengurangkan nombor itu dengan satu. Bila-bila masa kami ingin tahu bilangan kali pengguna melakukan tweet, kami hanya perlu lihat pada pemboleh ubah itu.