Pelajaran ini dipanggil pemboleh ubah
dalam sampul surat.
Kita akan belajar bagaimana kita boleh
membina ayat walaupun kehilanggan
beberapa maklumat.
Kebanyakan kita sudah biasa
dengan idea mengisi tempat kosong.
Kita melakukannya semasa mengisi
nama sendiri di kerja sekolah kita.
Kadang-kadang terdapat lebih daripada
satu tempat kosong yang perlu diisi.
Dalam kes itu, kita berikan label pada
tempat kosong supaya kita
dapat mengenal pasti hala tuju maklumat.
Pemboleh ubah adalah placeholders untuk kepingan
maklumat yang boleh berubah. Dengan menggunakan
pemboleh ubah untuk maklumat yang hilang,
kita boleh terus berusahakan pada
sebarang yang kita lakukan
dan biarkan orang lain mengisi
maklumat yang hilang kemudian.
Dalam perisian, kami banyak menggunakan
pemboleh ubah.
Kami menggunakan pemboleh ubah sebagai placeholders
untuk nama, alamat e-mel dan juga nama pengguna.
Dengan cara itu kami dapat memberitahu
program di mana
butiran tersebut akan muncul
setelah pengguna mengisinya.
Kami menggunakan pemboleh ubah sepanjang
masa dalam kerja kami.
Jadi bila kami perlu menyimpan sekeping maklumat
untuk kemudian, kami gunakan pemboleh ubah.
Katakan kami perlu mengira bilangan kali
pengguna telah melakukan tweet.
Setiap kali pengguna melakukan tweet,
kami akan menambah satu ke nombor itu.
Dan setiap kali pengguna memadam tweet kami
akan mengurangkan nombor itu dengan satu.
Bila-bila masa kami ingin tahu bilangan
kali
pengguna melakukan tweet, kami hanya
perlu lihat pada pemboleh ubah itu.