Bagaimana anda mendapat tahu nyala
rasa anda
atau mencari kerjaya anda?
Adakah anda terdedah padanya?
Atau adakah berdasar cuba-cuba?
Sebagai peguam bela kanak-kanak
Marian Wright Edelman berkata,
" Kamu tidak boleh jadi apa yang
kamu tidak nampak"
Mujurlah, kita sekarang hidup dalam masa
apabila teknologi baru muncul boleh
membantu kita menyelesaikan masalah ini.
Selama dua tahun lalu,
saya telah menghasilkan sebuah
program realiti lanjutan
yang membolehkan murid sekolah menengah
dari seluruh negara
untuk mengambil peranan sebagai ahli
biologi marin--
walaupan mereka tidak pernah
melihat lautan.
Seperti kata pelajar gred ketujuh yang
baru menamatkan program kami,
"Saya boleh lihat diri saya sebagai
saintis"
kerana saya suka permainan ini."
Maklum balas ini membuatkan saya teruja,
kerana hanya sedikit pelajar sahaja
melihat diri mereka sebagai saintis.
Kajian tahun 2014 menunjukkan 57 peratus
murid gred kelapan dan kesembilan
berkata,"Sains bukan untuk saya."
Secara kebetulan, pada tahun 2014 juga,
saya bertemu Mande Holford, seorang ahli
biokimia marin,
dan Lindsay Portnoy, seorang
psikologi pendidikan.
Kami bertiga kongsi perasaan nyala rasa
untuk menjadikan murid teruja dan
selesa dengan sains.
Kami fikir cara untuk memberi pada
kanak-kanak
pengalaman yang paling realistik
dalam kerjaya saintifik.
Perbincangan penyelidikan;
ia menunjukkan pelajar berasa selesa
mengambil risiko ketika bermain permainan.
Jadi kami bertiga mulakan
sebuah syarikat permainan pendidikan
untuk membawa sains dalam kehidupan.
Realiti maya seolah-olah cara kos rendah
untuk meningkatkan akses.
Tambahan pula, penyelidikan akademik
telah menunjukkan
bahawa realiti maya boleh membawa
kepada peningkatan retensi pelajaran.
Ini terbaik untuk kami,
kerana kami mahu berada di sekolah
supaya kami boleh dapat bilangan pelajar
sebanyak mungkin,
terutama sekali terlalu kurang pelajar
dalam bidang sains.
Jadi, dengan dana daripada
Yayasan Sains Kebangsaan,
Kami mula membangunkan program
realiti lanjutan kami
yang menggabungkan realiti maya
dengan jurnal digital peribadi.
Kami bekerja dengan guru
semasa bangunkannya
untuk memastikan ia bersesuaian dengan
kurikulum yang sedia ada
dan memberi kuasa kepada guru menggunakan
teknologi yang canggih di dalam kelas.
Kami mencipta realiti maya untuk
Google Cardboard,
yang hanya memerlukan telefon pintar
dan alat lihat VR berharga 10 dolar
diperbuat daripada kadbod.
Dengan alat set kepala yang murah,
pelajar dipindahkan ke expedisi
di bawah permukaan air.
Pelajar guna jurnal digital mereka
untuk menulis nota,
untuk menjawab soalan,
untuk membina model
dan untuk memajukan hipotesis.
Pelajar kemudian pergi ke dunia maya untuk
menguji hipotesis mereka
dan lihat jika mereka betul,
sama juga seperti saintis turun padang
dalam kerjaya mereka.
Apabila pelajar kembali ke
jurnal digital,
mereka berkongsi pemerhatian,
tuntutan mereka,
alasan dan bukti.
Jawapan bertulis pelajar dan
interaksi maya
semuanya dikemas kini secara
langsung
dalam papan pemuka penilaian pendidik,
agar guru boleh mengikuti
perkembangan mereka
dan membantu mereka jika perlu.
Supaya anda lebih faham, saya
akan tunjukkan
sedikit sebanyak apa pelajar nampak.
Ini reality maya semasa mereka
di bawah permukaan air
memerhati flora dan fauna.
Ini adalah jurnal digital dimana mereka
membina model
berdasarkan data abiotik untuk
tunjuk apa dapat dilihat.
Di sini, mereka menyokong dengan
kenyataan kualitatif.
Dan ini adalah papan pemuka pendidik
menunjukkan kemajuan
dan membolehkan [guru] melihat
jawapan pelajar sambil mereka teruskan.
Apabila kami mencipta BioDive,
sekali lagi, kami mahu fokus
kepada akses,
jadi kami menciptanya dengan perlu hanya
satu telefon untuk setiap empat pelajar.
Kami juga tahu bagaimana kerjasama
sains berfungsi,
jadi kami membina pengalaman
yang perlu diselesaikan
melalui kerjasama berkumpulan,
kerana setiap pelajar mahir dalam lokasi
geografi yamg berbeza.
Oleh kerana otak kanak-kanak ini
masih lagi sedang berkembang,
kami hadkan setiap pengalaman selama
dua minit maksimum.
dan akhirnya, oleh kerana kami tahu
kepentingan pendedahan berulang
untuk membatinkan ilmu,
kami telah membina BioDive untuk
dilaksanakan dilebih lima waktu kelas.
Kami mulakan projek perintis
BioDive pada tahun 2017
di 20 buah sekolah di New York
dan New Jersey.
Kami ingin perhati pelajar semasa sedang
gunakan teknologi baharu ini.
Pada tahun 2019, sekarang,
kami kini sedang mengadakan
projek perintis di 26 negeri.
Apa kami dengar daripada guru yang
mengajar program kami:
"Ia cara baik untuk tunjuk dinamik lautan
tanpa perlu berada sebenarnya di sana
kerana kami di Ohio."
(Ketawa)
"Ia memang mengkagumkan."
"Pelajar terlibat sepenuhnya."
Tetapi apa yang memberi kami harapan
adalah apa kami dengar dari pelajar.
"Saya suka rasa seperti ada di sana."
"Ia berinteraktif dan menyeronokkan
untuk belajar."
"Ia benar-benar memberi saya contoh
realistik cara organisma ini muncul. "
"Saya dapat lihat diri saya sebagai
saintis kerana ia sangat menyeronokkan."
Maklum balas kami bukanlah
sentiasa positif.
Apabila kami mula membuat rekaan,
kami bermula dengan menyoal pelajar
apa yang mereka suka,
apa yang tidak disukai,
dan apa mengelirukan mereka.
Akhirnya kami mula bertanya apakah
yang mereka harap mereka boleh lakukan.
Maklum balas mereka memberi kami
usul konkrit untuk membina
sambil memastikan kami menerima pandangan
pelajar dalam rekaan kami.
Keseluruhannya, apa yang kami pelajari
ini merupakan permulaan platform baharu
untuk memberi pelajar kedua-duanya iaitu
suara dan pemilikan
dalam menentukan cara mereka
memberi impak
dalam kerjaya mereka.
Kami memberi fokus kepada sains,
kerana kami tahu kita perlu saintis
untuk membantu kami menyelesaikan
cabaran kini dan masa depan.
Malahan realiti maya mampu membantu
pelajar di setiap bahagian.
Bagaimanakah kami boleh membantu pelajar
menerokai kesemua keinginan mereka
dengan pengalaman pembuka mata ini dan
peluang belajar daripada sumber utama?
Mampukah kami mencipta VR
untuk set kepala yang murah
yang menjadikan mereka asyik
dalam kesusasteraan lisan
atau di waktu kritikal dalam
sejarah manusia?
Realiti lanjutan memiliki potensi
mengubah trajektori
kehidupan anak kita
dan memimpin mereka ke kerjaya yang tak
pernah mereka bayangkan
dengan memberi peluang untuk mereka lihat
siapa mereka boleh jadi.
Terima kasih.
(Tepukan)