Kami telah datang ke Pulau Shetland.
Tujuannya adalah,
terdapat 23,000 penduduk di sini,
dan tiada seorang pun Adventist.
Kami ingin menjangkau
mereka dengan injil,
dan kami ingin melihat mereka
bersedia untuk kedatangan Yesus.
Pulau Shetland adalah
sebahagian daripada Scotland
dan bahagian paling utara
dari United Kingdom.
Anthony Kent,
setiausaha kependetaan bersekutu
di General Conference,
mengumpulkan sekumpulan kecil
pastor dari Scotland dan UK
untuk meluangkan satu minggu
berbasikal disekitar pulau
untuk memberitakan Yesus dan
mengedarkan buku Kristian kepada orang ramai.
Selepas semalaman menaiki feri
untuk sampai ke pulau,
pasukan itu bersiap sedia bertolak
untuk menjangkau yang tidak dijangkau.
Setakat yang kami tahu,
tidak ada anggota gereja
Adventist di Shetlands.
Dan bagaimana kamu
menjalinkan persahabatan?
Apakah yang akan dilakukan oleh
Paulus dan rakan-rakannya
jika mereka pergi menjalankan
pekerjaan misionari
dan tiba di Lerwick,
dan mereka harus bermula
di Pulau Shetland?
Mungkin Paulus juga akan
menggunakan basikal
untuk memberitakan Yesus
kepada orang ramai hari ini.
Pasukan itu berangkat untuk berbasikal
melalui setiap jalan yang didiami,
bertemu dengan sesiapa
sahaja yang mereka temui.
Seperti rasul Paulus,
Anthony dan pasukannya
terpaksa mengharungi cabaran
dalam bentuk angin, hujan, dan bukit.
Sangat sejuk.
Sangat sejuk.
Tetapi ia sangat menyeronokkan
dan hati orang ramai terbuka.
Cuacanya sejuk, tetapi penduduknya mesra.
Puji Tuhan untuk itu.
Ini bukannya berbasikal
I Will Go kali pertama.
Anthony telah mengetuai
pengembaraan pelayanan berbasikal
dari Washington DC ke St. Louis,
serta beberapa lagi di Australia.
Apa yang kami dapati adalah,
ia adalah cara yang indah
untuk mengadakan perbualan
yang penting walaupun singkat
dan peluang untuk mengongsikan injil.
Jadi ia berkesan pada masa lalu,
dan kami berfikir untuk
mencubanya di Shetland.
Terdapat tujuan istimewa
Pulau Shetland dipilih
untuk pengembaraan ini.
Seorang lelaki bernama
Philip Reekie
berhijrah dari Scotland
ke Australia pada lewat 1800-an.
Dia menunggang basikalnya
beribu-ribu bati di sekitar Australia
mengongsikan injil kepada
sesiapa sahaja yang dia temui.
Salah seorang daripada orang itu adalah
datuk moyang Anthony Kent.
Philip Reekie berbasikal ke tempatnya
dan mengongsikannya buku
Kemenangan Terakhir,
dan ia mengubah kehidupannya sepenuhnya.
Hari ini, dalam keluarga kami,
terdapat tujuh generasi Adventist,
hasil daripada pelayanan indah
yang dilakukan oleh Philip Reekie.
Impian kami adalah untuk
membawa semangat Philip Reekie
dan keinginannya untuk
membawa orang kepada Kristus.
Mengikuti legasi Philip Reekie,
pasukan itu menerima panggilan Yesus
untuk pergi ke hujung dunia
dan melaksanakan tugas mereka
di Shetlands.
Kami pergi
dari hujung selatan Pulau Shetland,
ke Sumburgh,
dan kami telah pergi ke utara
sejauh mana kami boleh pergi.
Dari laut ke laut dalam kata lain.
Kami bukan hanya melalaui jalan utama.
Kami juga melalui jalan perumahan.
Kami telah melihat orang ramai,
sama ada mereka memotong rumput,
menjemur kain mereka,
berjalan dengan anjing mereka, berkebun,
melakukan sesuatu di luar rumah mereka.
Kami telah pergi ke tempat
di mana orang berada,
dan mengadakan perbualan
yang indah dengan mereka.
Walaupun ini bukannya cara
mereka biasanya bersaksi,
mereka telah melihat nilai
keadah pelayanan yang unik.
Kami mempunyai sekumpulan pastor.
Mereka bukannya
penunggang basikal.
Mereka sanggup pergi ke hujung dunia,
walaupun dengan menunggang basikal,
dalam keadaan basah, sejuk, berangin,
jika ia boleh membawa
seseorang kepada Yesus.
Impian saya adalah agar orang ramai
melihat tempat yang belum dijangkau.
Tempat di mana tidak ada pengikut Tuhan,
dan lakukan apa yang kamu boleh
lakukan untuk menjangkau mereka.
Sila berdoa untuk pelayanan
seperti Pengembaraan Berbasikal I Will Go,
dan lain-lain di seluruh dunia
yang menggunakan kaedah
pelayanan yang unik
untuk menjangkau
yang belum dijangkau.
Terima kasih kerana menyokong Misi ini.
Pertama sekali,
apabila saya menunggang ini,
ia sangat menyeronokkan,
dan saya benar-benar berasa
seperti kanak-kanak kembali.
Seperti orang muda dimana
angin bertiup pada muka saya,
dan rambut saya, yang masih tertinggal.
Dan saya benar-benar
merasakan kegirangan Tuhan,
bahawa ini adalah sesuatu
yang kita lakukan bersama.
Apabila peluang untuk bersaksi datang,
kita lakukannya bersama,
dan ia sangat baik dan menyeronokkan.