Salah satu perkara yang hebat dalam
pengaturcaraan komputer adalah
sebaik sahaja anda mengajar komputer
bagaimana untuk melakukan sesuatu tindakan,
anda boleh menggunakan semula fungsi itu. Anda
memberikannya nama dan kemudian memanggilnya.
Ia seperti memperluaskan bahasa. Dalam program
yang kita bina, kita belajar bagaimana untuk
melukis kotak dengan bergerak dan pusing
empat kali. Kita boleh mengambil fungsi itu
dan menamakannya, lukis kotak, jadi pada bila-bila
masa kita mahu lukis kotak, kita hanya perlu
katakan lukis kotak dan ia akan memanggil
fungsi tersebut, kod tersebut. Ia akan
melakukannya untuk kita. Kami telah menambah
konsep tersebut ke bahasa pengaturcaraan kami.