(pencerita) Secara kasarnya kira-kira 7,000 bahasa di dunia, 500 darinya kini berisiko menghilang, kerana bilangan penutur asli semakin berkurangan. Inilah cerita seorang lelaki menghantar pasukan sukarelawan untuk merakamkan percakapan ini sebelum terlambat. ♪ (muzik yang menyenangkan) ♪ Nama saya Daniel, dan saya pengarah dan pengasas bersama Wikitongues, dibawakan oleh pertubuhan berkecuali daripada ribuan sukarelawan di seluruh dunia. bekerja untuk memeihara dan menyalurkan setiap bahasa ke generasi seterusnya. Setiap hari,ratusan sukarelawan seluruh dunia merakamkan video. (bahasa asing) (bercakap Tunica) Saya bantu memantau semua video ini sebaik ia dihantar, supaya ia boleh diguna semula untuk tujuan pendidikan dan kebudayaan. (bunyi jalan dan keretapi bawah tanah) New York sangat penting untuk kepelbagaian bahasa. New York ialah kota bahasa yang paling pelbagai di dunia. Ia terdapat sebanyak 800 bahasa yang dituturkan dalam sekitar lima daerah. Kebanyakan kes, ia mudah bagi penduduk untuk mengekalkan bahasa mereka di sini berbanding mengekalkan bahasa mereka di negara sendiri. (bunyi keretapi bawah tanah)