(pencerita) Secara kasarnya kira-kira 7,000 bahasa di dunia, kira-kira 500 darinya kini berisiko menghilang, kerana bilangan penutur asli semakin berkurangan. Inilah cerita seorang lelaki menghantar pasukan sukarelawan untuk merakamkan percakapan ini sebelum terlambat. ♪ (muzik yang menyenangkan) ♪ Nama saya Daniel, saya pengarah dan pengasas bersama Wikitongues, dibawakan oleh pertubuhan berkecuali daripada ribuan sukarelawan di seluruh dunia bekerja untuk memeihara dan menyalurkan setiap bahasa ke generasi seterusnya. Setiap hari,ratusan sukarelawan seluruh dunia merakamkan video. (bahasa asing) (bercakap Tunica) Saya bantu memantau semua video ini sebaik ia dihantar, supaya ia boleh diguna semula untuk tujuan pendidikan dan kebudayaan. (bunyi jalan keretapi bawah tanah) New York sangat penting untuk kepelbagaian bahasa. New York ialah kota bahasa yang paling pelbagai di dunia. Ia terdapat sebanyak 800 bahasa yang dituturkan dalam sekitar lima daerah. Kebanyakan kes, ia mudah bagi penduduk untuk mengekalkan bahasa mereka di sini berbanding mengekalkan bahasa di kampung halaman mereka. (bunyi keretapi bawah tanah) Kini, kita akan bertemu sukarelawan Wikitongues yang akan membawa kita menerusi sisi lain New York. ♪ (muzik ceria) ♪ - Jadi kami akan bercakap Ilocano. - Ya, baik. Yeah! Wikitongues fokus pada sejarah lisan, yang mana ia satu cara taksiran ungkapan bercakap mengenai budaya dan diri anda sendiri. Kadangkala orang hampir tidak bercakap mengenai bahasa mereka langsung, mereka hanya bercakap tentang pekerjaan harian mereka, sudah tentu dalam istilah mereka sendiri. (bunyi keretapi bawah tanah) Kadangkala orang bercakap tentang sejarah budaya dan bahasa mereka. (bercakap Melayu Aru) Nama saya Elfie Goliat. Saya akan bercakap bahasa Aru. (bercakap Melayu Aru) (bercakap Melayu Aru) Pendekatan Wikitongues: Rakamkan dan klasifikasikannya kemudian. Apa yang saya lakukan memastikan semua kandungan dapat dijejaki dan diarkibkan, supaya tidak hilang jadi ia boleh digunakan untuk generasi akan datang. (bercakap bahasa Bavaria) Wikitongues telah merekodkan lebih 435 bahasa lebih dari 70 negara. (bercakap Oshiwambo) Bilangan itu berubah setiap hari. (bercakap Haryanvi) Terdapat banyak contoh bahasa dihidupkan semula. Ia adalah Cornish, Hebrew, Tunica. Semua bahasa ini ada satu persamaan: ketika penutur asli terakhir mati, ia penting untuk budaya anak cucu membawanya semula. Kemudian meluaskan arkib setiap bahasa di dunia bukan hanya cara menjamin orang ramai hari ini dapat menggiatkan dan mengajar bahasa mereka ke generasi seterusnya. Ia caranya bagi menjamin generasi akan datang dapat hidupkan semula bahasa mereka walaupun jika ia pupus.