Unplugged Activity | Algoritma Kehidupan Sebenar: Kapal terbang Kertas Pelajaran ini dipanggil Algoritma Kehidupan Sebenar. Algoritma menggambarkan perkara yang orang lakukan setiap hari. Resipi kuih dan arahan untuk membina rumah burung kedua-duanya algoritma harian. Hari ini kita akan membuat, mencipta, dan menguji algoritma untuk kapal terbang kertas. Pertama, kita perlu membahagikan projek besar ini ke langkah kecil yang mudah diikut. Untuk membuat kapal terbang kertas, kita perlu memutuskan langkah yang perlu diambil dan susunannya. Anda akan mencipta algoritma dengan memotong gambar ini terdahulu. Seterusnya, pilih 6 gambar yang menunjukkan langkah-langkah yang diperlukan untuk membuat kapal terbang kertas dan mengatur gambar dalam susunan yang betul. Selepas anda mempunyai susunan yang betul, anda akan bertukar algoritma dengan pasukan pelajar lain untuk menguji fungsi algoritma mereka. Algoritma yang dirancang dengan baik adalah sangat penting untuk menghasilkan kapal terbang kertas terbaik. Semasa membuat coklat, terdapat banyak langkah besar dalam process tersebut. Dan dalam setiap langkah besar tersebut mempunyai langkah-langkah yang lebih kecil. Dan terdapat pelbagai resipi, atau algoritma, bergantung pada bagaimana kita mahu coklat itu rasa. Setiap langkah penting, walaupun yang kecil. Jadi tanpa satu langkah, yang selebihnya tidak boleh diselesaikan. Menghasilkan algoritma yang dapat difahami orang lain adalah sangat penting. Itulah sebabnya setiap langkah mesti dicatat, jadi tidak kira siapa yang melakukannya, hasilnya mesti sama.