Waktu saya berumur enam tahun, saya menerima hadiah saya. Guru kelas pertama saya ada idea menarik. Dia ingin kelas kami mendapat pengalaman menerima hadiah dan juga kebaikan memuji satu sama lain. Jadi dia menyuruh seluruh kelas ke hadapan bilik darjah. Dia telah membeli hadiah untuk semua dan susun di satu sudut. Dia berkata, "Bolehkah semua diri di sini dan saling memuji? Jika dengar nama anda dipanggil, pilih satu hadiah dan duduk." Idea yang bagus, kan? Apa yang boleh jadi salah? (Gelak) Pertama, kami ada 40 orang, setiap kali saya mendengar nama dipanggil, saya akan menyorak dengan semangat. Kemudian, tinggal 20 orang, dan 10 orang, lima orang ... dan akhirnya tiga orang. Saya salah satu dari mereka. Pujian terhenti. Pada masa itu, saya menangis. Cikgu pula cemas. Dia berkata, "Ada sesiapa mahu cakap perkara baik tentang murid-murid ini? (Gelak) "Tiada siapa? OK, awak boleh pergi ambil hadiah dan duduk. Tahun depan berkelakuan baik mungkin ada orang akan puji awak (Gelak) Dari gaya saya bercerita, anda mungkin sedar saya sangat mengingatinya. (Gelak) Saya tak tahu siapa rasa lebih teruk hari itu. Adakah saya atau cikgu? Dia mungkin sedar dia menukar acara berkumpulan kepada acara memalukan untuk tiga budak berumur enam tahun. Tanpa jenaka. Bila anda tengok orang dimalukan di TV, Biasanya, lucu. Tapi tiada yang lucu tentang hari itu. Itu satu versi saya, dan saya sanggup mati untuk elak melalui situasi itu lagi -- ditolak di khalayak umum. Itu satu versi. Lapan tahun kemudian. Bill Gates datang ke kampung halaman saya -- Beijing, China -- untuk memberi ceramah, saya melihat ceramahnya. Saya mengaguminya. Saya berfikir, wow, saya tahu apa saya nak buat. Malam itu, saya menulis sepucuk surat ke keluarga saya isinya: sebelum umur 25, saya akan membina syarikat terbesar di dunia, dan syarikat itu akan beli Microsoft." (Gelak) Saya sangat percaya menakluk dunia -- penguasaan, kan? Saya tidak membuat-buat, saya betul-betul menulis surat itu. Inilah dia -- (Gelak) Anda tidak perlu membaca semuanya -- (Gelak) Ini juga tulisan buruk, tetapi saya tekankan beberapa perkataan. Awak faham-fahamlah. (Gelak) Jadi ... itu adalah versi lain saya: satu yang akan menakluki dunia. Dua tahun kemudian, saya diberi peluang untuk ke Amerika Syarikat. Saya tidak memikir panjang, kerana di situ Bill Gates berada, bukan? (Gelak) Saya fikir itu adalah permulaan keusahawanan saya. 14 tahun kemudian. Saya mencapai 30 tahun. Saya tidak membina syarikat itu. Saya masih belum bermula. Saya pengurus pemasaran untuk sebuah syarikat Fortune 500. Saya rasa tersangkut; tidak ke mana-mana. Kenapa? Mana semangat budak 14 tahun yang tulis surat itu? Bukan kerana dia tidak mencuba. Tapi kerana setiap kali saya mempunyai idea baru, setiap kali saya ingin cuba sesuatu baru, walaupun di tempat kerja -- Bila saya ingin membuat cadangan, atau bersuara di depan sekumpulan orang -- saya rasa pertempuran yang tiada henti antara 14 tahun dan 6 tahun saya. Satu yang ingin menakluki dunia -- melakukan perubahan -- satu lagi takut untuk ditolak. Dan setiap kali si 6 tahun menang. Dan ketakutan ini belarutan selepas saya memulakan syarikat saya. Saya memulakan syarikat saya bila berumur 30 tahun -- jika nak jadi Bill Gates, anda perlu bermula lambat laun, kan? Bila saya menjadi usahawan, saya diberi peluang pelaburan, dan ditolak. Penolakan itu menyakiti saya. Kesannya begitu kuat membuat saya ingin berhenti. Tapi saya berfikir, adakah Bill Gates akan berhenti selepas ditolak pelaburannya? Adakah usahawan yang berjaya berputus asa begitu sahaja? Mustahil. Perkara itu menyedarkan saya. OK, saya boleh bina syarikat yang lebih mantap. Saya boleh bina pasukan atau produk yang lebih bagus, tapi yang paling penting: Saya perlu jadi pemimpin yang lebih baik. Saya perlu jadi seorang yang lebih baik. Saya tak boleh biarkan saya umur 6 tahun tentukan hidup saya lagi. Saya perlu pulangkan beliau ke tempatnya. Jadi saya melayar internet dan mencari pertolongan. Google adalah kawan saya. (Gelak) Saya mencari, "Bagaimana mengatasi ketakutan ditolak?" Saya mendapat artikel-artikel psikologi tentang sumber ketakutan dan kesakitan. Kemudian saya temui artikel-artikel berinspirasi tentang, "Jangan ambil hati, atasinya sahaja." Siapa yang tidak tahu? (Gelak) Tapi kenapa saya masih begitu takut? Kemudian, saya tercari laman web ini. rejectiontherapy.com (Gelak) "Terapi Penolakan" adalah permainan dicipta seorang usahawan Kanada. Namanya Jason Comely. Ideanya mencari penolakan untuk 30 hari dan setiap hari ditolak untuk sesuatu, dan akhirnya, anda kurang terpengaruh dengan sakit yang disebabkan. Saya suka idea itu. (Gelak) Saya cakap, "Tahu tak? Saya akan lakukannya. Saya akan mempunyai pengalaman penolakan 100 hari." Saya memikir sendiri idea untuk ditolak, dan membuat vlog tentangnya. Inilah hasilnya. Blog saya seperti ini. Hari Pertama ... (Gelak) Pinjam 100 dolar dari orang yang tak dikenali. Saya pergi ke tempat kerja saya turun ke tingkat bawah nampak seorang lelaki besar duduk di tempatnya. Dia nampak seperti pengawal keselamatan. Jadi saya mendekatinya. Bila saya berjalan seperti perjalanan paling lama dalam hidup -- saya mulai rasa gementar, bulu roma berdiri saya berpeluh dan hati berdebar. Saya sampai dan bertanya, "Hai, bolehkah saya pinjam 100 dolar dari awak?" (Gelak) Dia melihat saya, dan berkata, "Tidak." "Kenapa?" Saya menjawab, "Tidak? Maaf." Saya berpaling, dan berlari. (Gelak) Saya berasa begitu malu. Tapi kerana saya telah merakam jadi malam itu, saya melihat rakaman saya bila ditolak, saya nampak begitu takut. Saya seperti budak dalam filem "The Sixth Sense." Saya nampak orang mati. (Gelak) Kemudian saya nampak lelaki ini. Dia tidak begitu menakutkan. Dia montel, senang disukai, dan tanya saya, "Kenapa?" Dia minta saya beri penjelasan. Saya boleh memberi banyak alasan. Saya boleh jelaskan, atau merunding, Saya tidak melakukannya. Saya hanya berlari. Saya sedar betapa kecilnya hal ini. Setiap kali saya berasa ditolak, saya akan berlari secepat mungkin. Anda tahu tak? Keesokan harinya, apa pun terjadi, saya tidak akan berlari. Saya akan bertekad. Hari Kedua: Meminta isi semula burger (Gelak) Bila saya ke restoran burger, Saya habis makan tengahari, saya ke juruwang dan cakap "Hai, boleh saya isi semula burger saya?" (Gelak) Dia keliru and jawab, "Apa itu isi semula burger?" (Gelak) Saya jawab, "Seperti isi semula air, tapi dengan burger." Dia kata, "Maaf, kita tak isi semula untuk burger." (Gelak) Ini adalah penolakan dan saya patut lari, tapi saya kekal. Saya berkata, "Saya suka burger di sini, saya suka restoran ini, jika isi semula burrger wujud, saya bertambah suka." (Gelak) Dia cakap, "OK, saya akan beritahu pengurus tentangnya dan mungkin kita akan melakukannya, tapi maaf, bukan hari ini." Kemudian saya pergi. Sebenarnya, saya rasa mereka takk pernah beri isi semula burger. (Gelak) Saya rasa mereka masih sana. Tetapi rasa takut dan cemas kali pertama tiada lagi, kerana saya kekal berbual -- kerana saya tidak lari. Saya berfikir, "Wow, bagus, saya belajar benda baru. Bagus." Kemudian Hari Ketiga: Beli Donut Olimpik. Inilah peristiwa yang mengubah hidup saya. Saya ke Krispy Kreme. Sebuah gerai donut kebanyakannya di bahagian tenggara Amerika Syarikat. Saya tentu mereka ada cawangan di sini. Saya melangkah masuk, dan bertanya, "Bolehkah saya membeli donut mirip simbol Olimpik? Kamu hanya perlu menyambung lima donut bersama ..." Mereka tidak akan bersetuju, kan? Pembuat donut bersetuju. (Gelak) Dia keluarkan kertas, menulis warna dan bulatan dan bertanya, "Bagaimana nak buat?" 15 minit kemudian, dia keluar dengan sebuah kotak mirip bulatan Olimpik. Saya berasa terharu. Saya tidak boleh mempercayainya. Video itu ditonton lebih lima juta kali di Youtube. Dunia ini tidak mempercayainya juga. (Gelak) Kerana peristiwa itu, saya muncul disurat khabar, program bual bicara, dan banyak lagi. Saya menjadi terkenal. Ramai orang mula menulis emel kepada saya berkata, "Apa yang awak lakukan amat menarik." Tapi tahukah anda, kemasyuran tidak menolong saya. Apa yang saya ingin adalah belajar, dan merubah diri saya. Jadi saya menukar 100 hari penolakan saya yang lain ke taman permainan ini -- projek penyelidikan ini. Saya ingin lihat apa yang saya boleh pelajari. Kemudian saya pun belajar banyak perkara. Saya menemui banyak rahsia. Contohnya, saya mendapati jika saya tak berlari, bila ditolak, saya boleh merubah "tidak" kepada "ya", dan kata keramatnya ialah, "kenapa". Suatu hari, saya ke rumah seorang yang tak dikenali, dengan bunga di tangan, ketuk pintu dan bertanya, "Hai, boleh saya tanam bunga ini di belakang rumah awak?" (Gelak) Dia menjawab, "Tidak." Sebelum saya pergi, saya bertanya, "Bolehkah saya tahu kenapa?" Dan dia menjawab, "Saya membela seekor anjing ia gali semua yang saya tanam di belakang rumah. Saya tak nak bazir bunga awak. Jika awak nak tanam juga, cuba pergi ke rumah depan dan tanya Connie. Dia suka bunga." Jadi saya pun melakukannya. Saya melintas jalan dan ketuk pintu Connie. Dia gembira melihat saya. (Gelak) Setengah jam kemudian, ada bunga di belakang rumah Connie. Saya pasti ia nampak lebih cantik sekarang. (Gelak) Tapi jika saya pergi selepas penolakan pertama, saya mungkin fikir, mungkin lelaki itu tak percaya saya mungkin sebab saya gila, saya tak berpakaian kemas tak nampak elok. Itu bukan sebab-sebanya. Ia kerana apa yang saya tawar tidak bersesuaian dengan kemahuannya. Dan dia percayakan saya untuk beri rujukan, menggunakan istilah jualan. Saya berjaya dengan rujukan. Kemudian suatu hari -- saya juga belajar saya boleh cakap sesuatu dan tinggikan peluang dapat ya. Contohnya, suatu hari saya ke Starbucks, dan tanya pengurus, "Hai, boleh saya jadi penyambut Starbucks?" Dia bertanya, "Apa itu penyambut Starbucks?" Saya cakap, "Awak tahu penyambut di Walmart? Orang yang menyambut pelanggan dan berkata "hai" sebelum masuk kedai, dan memastikan awak tidak mencuri, Saya nak beri pengalaman Walmart kepada pelanggan Starbucks." (Gelak) Sebenarnya, saya tidak pasti ini perkara baik atau sebaliknya, Sebenarnya, saya pasti ini bukan idea bagus. Dan dia berkata, "Oh"-- ini reaksinya, namanya Eric -- dia berkata, "Saya tak pasti." Dia dengar saya kata. "Tak pasti." Kemudian saya tanya dia, "Pelikkah?" Dia jawab, "Ya, sangat pelik." Sebaik dia mengaku, sikapnya berubah. Seakan rasa ragu-ragunya hilang. Dia berkata, "Ya, awak boleh buat jangan buat terlalu pelik." (Gelak) Untuk satu jam kemudian, saya jadi penyambut Starbucks. Saya cakap "hai" kepada setiap pelanggan yang masuk, dan memberi mereka ucapan cuti. Saya tidak tahu laluan kerjaya anda, jangan jadi peyambut. (Gelak) Ia amat membosankan. Tetapi saya dapati saya boleh buat kerana saya bertanya, "Pelik ke?" Saya menyebut keraguan yang hadir. Dan kerana saya tanya, "Pelik ke?', bermaksud saya tidak pelik. Ini bermaksud saya berfikir sepertinya, mengakui ini sebenarnya pelik. Berkali-kali, saya mempelajari jika saya menyebut keraguan yang orang mungkin ada sebelum saya bertanya, saya mendapat kepercayaan mereka. Orang lebih cenderung berkata ya. Kemudian saya juga menemui saya boleh menyatakan impian hidup ... dengan bertanya. Saya datang dari empat generasi guru, dan nenek saya selalu memberitahu saya, "Jia, awak boleh jadi apa saja, tapi ia amat bagus jika awak seorang guru." (Gelak) Tetapi saya ingin jadi usahawan, jadi saya jadi. Sentiasa jadi impian saya untuk ajar sesuatu. Jadi saya cakap, "Bagaimana kalau saya tanya dan mengajar satu kelas kolej?" Saya tinggal di Austin masa itu, jadi saya ke University of Texas, ketuk pintu profesor dan bertanya, "Bolehkah saya ajar kelas awak?" Saya tidak kemana beberapa kali pertama. Sebab saya tidak lari -- saya terus melakukannya -- dan dalam percubaan ketiga profesor amat kagum. Dia cakap, "Tiada siapa pernah lakukannya." Dan saya masuk siap dengan powerpoint dan pengajaran saya. Dia berkata, "Wow, saya boleh guna ini. Boleh datang semula dua bulan lagi? Saya masukkan awak dalam kurikulum." Dua bulan kemudian saya mengajar satu kelas. Ini. Awak mungkin tak dapat lihat, gambar ini kurang jelas. Kadang kala lampu pun boleh menolak awak, tahu tak? (Gelak) Tapi wow -- selepas habis mengajar kelas itu, saya keluar menangis, kerana saya berfikir saya boleh menyatakan impian hidup hanya dengan bertanya. Saya fikir saya perlu laksanakan semua perkara -- menjadi usahawan hebat, atau mendapat PhD untuk mengajar -- tetapi tidak, saya hanya tanya, dan saya dapat mengajar. Dalam gambar itu, anda tak dapat lihat, saya memaparkan petikan Martin Luther King, Jr. Kenapa? Sebab dalam kajian saya, saya dapati orang yang menukar dunia, menukar cara kita hidup dan cara kita berberfikir, adalah orang pada mulanya sering ditolak. Orang seperti Martin Luther King, Jr.. Mahatma Gandhi, Nelson Mandela, ataupun Jesus Christ. Semua orang ini tidak membiarkan penolakan mendifinisi mereka. Mereka membenarkan reaksi sendiri selepas penolakan mendifinisi mereka. Mereka menerima penolakan. Kita tidak perlu menjadi mereka untuk pelajari tentang penolakan, dan dalam kes saya, penolakan adalah sumpahan saya, ketakutan terbesar saya. Ia menghantui saya seluruh hidup kerana saya melarikan diri darinya. Bila saya mula menerimanya, saya menukarkannya ke hadiah terbesar dalam hidup saya. Saya bermula mengajar orang bagaimana menukar penolakan kepada peluang. Saya menggunakan blog dan ceramah buku saya terbit, dan membina teknologi membantu orang mengatasi takut akan penolakan. Bila anda ditolak dalam hidup, bila anda berdepan halangan atau kegagalan, pertimbangkan kemungkinan. Jangan lari. Jika awak terima, ia mungkin menjadi kurniaan untuk anda. Terima kasih. (Tepukan)