1 00:00:00,760 --> 00:00:02,376 Waktu saya berumur enam tahun, 2 00:00:02,400 --> 00:00:03,640 saya menerima hadiah saya. 3 00:00:04,320 --> 00:00:07,776 Guru kelas pertama saya ada idea menarik. 4 00:00:07,800 --> 00:00:11,136 Dia ingin kelas kami mendapat pengalaman menerima hadiah 5 00:00:11,160 --> 00:00:15,160 dan juga kebaikan memuji satu sama lain. 6 00:00:15,200 --> 00:00:18,536 Jadi dia menyuruh seluruh kelas ke hadapan bilik darjah. 7 00:00:18,560 --> 00:00:21,536 Dia telah membeli hadiah untuk semua dan susun di satu sudut. 8 00:00:21,560 --> 00:00:22,776 Dia berkata, 9 00:00:22,800 --> 00:00:25,456 "Bolehkah semua diri di sini dan saling memuji? 10 00:00:25,480 --> 00:00:27,056 Jika dengar nama anda dipanggil, 11 00:00:27,080 --> 00:00:29,280 pilih satu hadiah dan duduk." 12 00:00:30,520 --> 00:00:32,000 Idea yang bagus, kan? 13 00:00:32,820 --> 00:00:34,096 Apa yang boleh jadi salah? 14 00:00:34,120 --> 00:00:35,640 (Gelak) 15 00:00:36,400 --> 00:00:38,456 Pertama, kami ada 40 orang, 16 00:00:38,480 --> 00:00:40,936 setiap kali saya mendengar nama dipanggil, 17 00:00:40,960 --> 00:00:42,760 saya akan menyorak dengan semangat. 18 00:00:43,280 --> 00:00:45,776 Kemudian, tinggal 20 orang, 19 00:00:45,800 --> 00:00:47,576 dan 10 orang, 20 00:00:47,600 --> 00:00:48,960 lima orang ... 21 00:00:49,560 --> 00:00:50,936 dan akhirnya tiga orang. 22 00:00:50,960 --> 00:00:52,160 Saya salah satu dari mereka. 23 00:00:52,720 --> 00:00:54,320 Pujian terhenti. 24 00:00:55,560 --> 00:00:57,600 Pada masa itu, saya menangis. 25 00:00:58,600 --> 00:01:00,616 Cikgu pula cemas. 26 00:01:00,640 --> 00:01:04,296 Dia berkata, "Ada sesiapa mahu cakap perkara baik tentang murid-murid ini? 27 00:01:04,319 --> 00:01:05,536 (Gelak) 28 00:01:05,560 --> 00:01:08,536 "Tiada siapa? OK, awak boleh pergi ambil hadiah dan duduk. 29 00:01:08,560 --> 00:01:11,856 Tahun depan berkelakuan baik mungkin ada orang akan puji awak 30 00:01:11,960 --> 00:01:13,720 (Gelak) 31 00:01:14,520 --> 00:01:16,136 Dari gaya saya bercerita, 32 00:01:16,160 --> 00:01:18,536 anda mungkin sedar saya sangat mengingatinya. 33 00:01:18,560 --> 00:01:20,160 (Gelak) 34 00:01:20,720 --> 00:01:22,896 Saya tak tahu siapa rasa lebih teruk hari itu. 35 00:01:22,920 --> 00:01:25,096 Adakah saya atau cikgu? 36 00:01:25,120 --> 00:01:28,256 Dia mungkin sedar dia menukar acara berkumpulan 37 00:01:28,280 --> 00:01:31,080 kepada acara memalukan untuk tiga budak berumur enam tahun. 38 00:01:31,800 --> 00:01:33,056 Tanpa jenaka. 39 00:01:33,080 --> 00:01:35,416 Bila anda tengok orang dimalukan di TV, 40 00:01:35,440 --> 00:01:36,656 Biasanya, lucu. 41 00:01:36,680 --> 00:01:38,538 Tapi tiada yang lucu tentang hari itu. 42 00:01:39,320 --> 00:01:42,336 Itu satu versi saya, 43 00:01:42,360 --> 00:01:45,856 dan saya sanggup mati untuk elak melalui situasi itu lagi -- 44 00:01:45,880 --> 00:01:47,760 ditolak di khalayak umum. 45 00:01:48,440 --> 00:01:49,896 Itu satu versi. 46 00:01:49,920 --> 00:01:52,376 Lapan tahun kemudian. 47 00:01:52,400 --> 00:01:54,376 Bill Gates datang ke kampung halaman saya -- 48 00:01:54,400 --> 00:01:55,616 Beijing, China -- 49 00:01:55,640 --> 00:01:56,856 untuk memberi ceramah, 50 00:01:56,880 --> 00:01:58,616 saya melihat ceramahnya. 51 00:01:58,640 --> 00:02:00,936 Saya mengaguminya. 52 00:02:00,960 --> 00:02:03,856 Saya berfikir, wow, saya tahu apa saya nak buat. 53 00:02:03,880 --> 00:02:06,016 Malam itu, saya menulis sepucuk surat ke keluarga saya 54 00:02:06,040 --> 00:02:08,336 isinya: sebelum umur 25, 55 00:02:08,360 --> 00:02:10,976 saya akan membina syarikat terbesar di dunia, 56 00:02:11,000 --> 00:02:12,936 dan syarikat itu akan beli Microsoft." 57 00:02:12,960 --> 00:02:14,856 (Gelak) 58 00:02:14,880 --> 00:02:17,496 Saya sangat percaya menakluk dunia -- 59 00:02:17,520 --> 00:02:18,720 penguasaan, kan? 60 00:02:19,160 --> 00:02:21,976 Saya tidak membuat-buat, saya betul-betul menulis surat itu. 61 00:02:22,000 --> 00:02:23,336 Inilah dia -- 62 00:02:23,360 --> 00:02:25,336 (Gelak) 63 00:02:25,360 --> 00:02:27,176 Anda tidak perlu membaca semuanya -- 64 00:02:27,200 --> 00:02:28,976 (Gelak) 65 00:02:29,000 --> 00:02:32,240 Ini juga tulisan buruk, tetapi saya tekankan beberapa perkataan. 66 00:02:33,600 --> 00:02:34,816 Awak faham-fahamlah. 67 00:02:34,840 --> 00:02:36,616 (Gelak) 68 00:02:36,640 --> 00:02:37,840 Jadi ... 69 00:02:39,280 --> 00:02:41,296 itu adalah versi lain saya: 70 00:02:41,320 --> 00:02:43,000 satu yang akan menakluki dunia. 71 00:02:43,880 --> 00:02:45,336 Dua tahun kemudian, 72 00:02:45,360 --> 00:02:49,296 saya diberi peluang untuk ke Amerika Syarikat. 73 00:02:49,320 --> 00:02:50,896 Saya tidak memikir panjang, 74 00:02:50,920 --> 00:02:53,136 kerana di situ Bill Gates berada, bukan? 75 00:02:53,160 --> 00:02:54,376 (Gelak) 76 00:02:54,400 --> 00:02:57,040 Saya fikir itu adalah permulaan keusahawanan saya. 77 00:02:57,680 --> 00:02:59,856 14 tahun kemudian. 78 00:02:59,880 --> 00:03:01,296 Saya mencapai 30 tahun. 79 00:03:01,320 --> 00:03:03,696 Saya tidak membina syarikat itu. 80 00:03:03,720 --> 00:03:05,256 Saya masih belum bermula. 81 00:03:05,280 --> 00:03:09,256 Saya pengurus pemasaran untuk sebuah syarikat Fortune 500. 82 00:03:09,280 --> 00:03:10,896 Saya rasa tersangkut; 83 00:03:10,920 --> 00:03:12,120 tidak ke mana-mana. 84 00:03:13,080 --> 00:03:14,296 Kenapa? 85 00:03:14,320 --> 00:03:16,870 Mana semangat budak 14 tahun yang tulis surat itu? 86 00:03:17,480 --> 00:03:18,957 Bukan kerana dia tidak mencuba. 87 00:03:19,480 --> 00:03:22,536 Tapi kerana setiap kali saya mempunyai idea baru, 88 00:03:22,560 --> 00:03:25,796 setiap kali saya ingin cuba sesuatu baru, walaupun di tempat kerja -- 89 00:03:25,800 --> 00:03:27,536 Bila saya ingin membuat cadangan, 90 00:03:27,560 --> 00:03:31,096 atau bersuara di depan sekumpulan orang -- 91 00:03:31,120 --> 00:03:32,936 saya rasa pertempuran yang tiada henti 92 00:03:32,960 --> 00:03:35,736 antara 14 tahun dan 6 tahun saya. 93 00:03:35,760 --> 00:03:37,896 Satu yang ingin menakluki dunia -- 94 00:03:37,920 --> 00:03:39,136 melakukan perubahan -- 95 00:03:39,160 --> 00:03:41,280 satu lagi takut untuk ditolak. 96 00:03:41,960 --> 00:03:44,480 Dan setiap kali si 6 tahun menang. 97 00:03:45,760 --> 00:03:49,736 Dan ketakutan ini belarutan selepas saya memulakan syarikat saya. 98 00:03:49,760 --> 00:03:52,896 Saya memulakan syarikat saya bila berumur 30 tahun -- 99 00:03:52,920 --> 00:03:54,336 jika nak jadi Bill Gates, 100 00:03:54,360 --> 00:03:56,400 anda perlu bermula lambat laun, kan? 101 00:03:57,080 --> 00:03:59,616 Bila saya menjadi usahawan, 102 00:03:59,640 --> 00:04:02,536 saya diberi peluang pelaburan, 103 00:04:02,560 --> 00:04:04,360 dan ditolak. 104 00:04:05,040 --> 00:04:06,776 Penolakan itu menyakiti saya. 105 00:04:06,800 --> 00:04:10,400 Kesannya begitu kuat membuat saya ingin berhenti. 106 00:04:11,280 --> 00:04:12,496 Tapi saya berfikir, 107 00:04:12,520 --> 00:04:16,360 adakah Bill Gates akan berhenti selepas ditolak pelaburannya? 108 00:04:16,920 --> 00:04:19,776 Adakah usahawan yang berjaya berputus asa begitu sahaja? 109 00:04:19,800 --> 00:04:21,176 Mustahil. 110 00:04:21,200 --> 00:04:23,100 Perkara itu menyedarkan saya. 111 00:04:23,100 --> 00:04:25,246 OK, saya boleh bina syarikat yang lebih mantap. 112 00:04:25,246 --> 00:04:27,256 Saya boleh bina pasukan atau produk yang lebih bagus, 113 00:04:27,280 --> 00:04:28,816 tapi yang paling penting: 114 00:04:28,840 --> 00:04:30,756 Saya perlu jadi pemimpin yang lebih baik. 115 00:04:30,756 --> 00:04:32,240 Saya perlu jadi seorang yang lebih baik. 116 00:04:32,720 --> 00:04:36,096 Saya tak boleh biarkan saya umur 6 tahun tentukan hidup saya lagi. 117 00:04:36,120 --> 00:04:38,200 Saya perlu pulangkan beliau ke tempatnya. 118 00:04:39,000 --> 00:04:41,416 Jadi saya melayar internet dan mencari pertolongan. 119 00:04:41,440 --> 00:04:42,696 Google adalah kawan saya. 120 00:04:42,720 --> 00:04:43,856 (Gelak) 121 00:04:43,880 --> 00:04:46,440 Saya mencari, "Bagaimana mengatasi ketakutan ditolak?" 122 00:04:46,960 --> 00:04:49,816 Saya mendapat artikel-artikel psikologi 123 00:04:49,840 --> 00:04:52,696 tentang sumber ketakutan dan kesakitan. 124 00:04:52,720 --> 00:04:56,016 Kemudian saya temui artikel-artikel berinspirasi 125 00:04:56,040 --> 00:04:58,421 tentang, "Jangan ambil hati, atasinya sahaja." 126 00:04:59,200 --> 00:05:00,856 Siapa yang tidak tahu? 127 00:05:00,880 --> 00:05:02,456 (Gelak) 128 00:05:02,480 --> 00:05:04,616 Tapi kenapa saya masih begitu takut? 129 00:05:04,640 --> 00:05:06,656 Kemudian, saya tercari laman web ini. 130 00:05:06,680 --> 00:05:09,056 rejectiontherapy.com 131 00:05:09,080 --> 00:05:11,616 (Gelak) 132 00:05:11,640 --> 00:05:15,576 "Terapi Penolakan" adalah permainan dicipta seorang usahawan Kanada. 133 00:05:15,600 --> 00:05:17,296 Namanya Jason Comely. 134 00:05:17,320 --> 00:05:22,416 Ideanya mencari penolakan untuk 30 hari 135 00:05:22,440 --> 00:05:24,696 dan setiap hari ditolak untuk sesuatu, 136 00:05:24,720 --> 00:05:28,240 dan akhirnya, anda kurang terpengaruh dengan sakit yang disebabkan. 137 00:05:29,200 --> 00:05:30,896 Saya suka idea itu. 138 00:05:30,920 --> 00:05:32,456 (Gelak) 139 00:05:32,480 --> 00:05:34,616 Saya cakap, "Tahu tak? Saya akan lakukannya. 140 00:05:34,640 --> 00:05:37,656 Saya akan mempunyai pengalaman penolakan 100 hari." 141 00:05:37,680 --> 00:05:40,096 Saya memikir sendiri idea untuk ditolak, 142 00:05:40,120 --> 00:05:42,600 dan membuat vlog tentangnya. 143 00:05:43,600 --> 00:05:45,536 Inilah hasilnya. 144 00:05:45,560 --> 00:05:48,176 Blog saya seperti ini. 145 00:05:48,200 --> 00:05:49,400 Hari Pertama ... 146 00:05:50,000 --> 00:05:51,296 (Gelak) 147 00:05:51,320 --> 00:05:54,560 Pinjam 100 dolar dari orang yang tak dikenali. 148 00:05:55,720 --> 00:05:58,456 Saya pergi ke tempat kerja saya 149 00:05:58,480 --> 00:06:00,216 turun ke tingkat bawah 150 00:06:00,240 --> 00:06:02,456 nampak seorang lelaki besar duduk di tempatnya. 151 00:06:02,480 --> 00:06:05,586 Dia nampak seperti pengawal keselamatan. Jadi saya mendekatinya. 152 00:06:05,800 --> 00:06:07,536 Bila saya berjalan 153 00:06:07,560 --> 00:06:09,896 seperti perjalanan paling lama dalam hidup -- 154 00:06:09,920 --> 00:06:12,056 saya mulai rasa gementar, bulu roma berdiri 155 00:06:12,080 --> 00:06:14,536 saya berpeluh dan hati berdebar. 156 00:06:14,560 --> 00:06:15,776 Saya sampai dan bertanya, 157 00:06:15,800 --> 00:06:18,456 "Hai, bolehkah saya pinjam 100 dolar dari awak?" 158 00:06:18,480 --> 00:06:19,816 (Gelak) 159 00:06:19,840 --> 00:06:21,750 Dia melihat saya, dan berkata, "Tidak." 160 00:06:22,640 --> 00:06:23,840 "Kenapa?" 161 00:06:24,200 --> 00:06:26,496 Saya menjawab, "Tidak? Maaf." 162 00:06:26,520 --> 00:06:28,235 Saya berpaling, dan berlari. 163 00:06:28,259 --> 00:06:29,619 (Gelak) 164 00:06:30,960 --> 00:06:32,696 Saya berasa begitu malu. 165 00:06:32,720 --> 00:06:34,176 Tapi kerana saya telah merakam 166 00:06:34,200 --> 00:06:37,336 jadi malam itu, saya melihat rakaman saya bila ditolak, 167 00:06:37,360 --> 00:06:39,456 saya nampak begitu takut. 168 00:06:39,480 --> 00:06:41,936 Saya seperti budak dalam filem "The Sixth Sense." 169 00:06:41,960 --> 00:06:43,376 Saya nampak orang mati. 170 00:06:43,400 --> 00:06:45,016 (Gelak) 171 00:06:45,040 --> 00:06:46,576 Kemudian saya nampak lelaki ini. 172 00:06:46,600 --> 00:06:48,496 Dia tidak begitu menakutkan. 173 00:06:48,520 --> 00:06:50,896 Dia montel, senang disukai, 174 00:06:50,920 --> 00:06:54,376 dan tanya saya, "Kenapa?" 175 00:06:54,400 --> 00:06:56,816 Dia minta saya beri penjelasan. 176 00:06:56,840 --> 00:06:58,416 Saya boleh memberi banyak alasan. 177 00:06:58,440 --> 00:07:00,736 Saya boleh jelaskan, atau merunding, 178 00:07:00,760 --> 00:07:02,200 Saya tidak melakukannya. 179 00:07:02,680 --> 00:07:04,200 Saya hanya berlari. 180 00:07:05,160 --> 00:07:08,320 Saya sedar betapa kecilnya hal ini. 181 00:07:08,920 --> 00:07:11,456 Setiap kali saya berasa ditolak, 182 00:07:11,480 --> 00:07:13,616 saya akan berlari secepat mungkin. 183 00:07:13,640 --> 00:07:14,896 Anda tahu tak? 184 00:07:14,920 --> 00:07:16,736 Keesokan harinya, apa pun terjadi, 185 00:07:16,760 --> 00:07:18,256 saya tidak akan berlari. 186 00:07:18,280 --> 00:07:19,480 Saya akan bertekad. 187 00:07:20,080 --> 00:07:22,136 Hari Kedua: Meminta isi semula burger 188 00:07:22,160 --> 00:07:24,136 (Gelak) 189 00:07:24,160 --> 00:07:26,456 Bila saya ke restoran burger, 190 00:07:26,480 --> 00:07:29,026 Saya habis makan tengahari, saya ke juruwang dan cakap 191 00:07:29,026 --> 00:07:31,006 "Hai, boleh saya isi semula burger saya?" 192 00:07:31,006 --> 00:07:32,776 (Gelak) 193 00:07:32,800 --> 00:07:35,256 Dia keliru and jawab, "Apa itu isi semula burger?" 194 00:07:35,280 --> 00:07:36,536 (Gelak) 195 00:07:36,560 --> 00:07:40,216 Saya jawab, "Seperti isi semula air, tapi dengan burger." 196 00:07:40,240 --> 00:07:42,736 Dia kata, "Maaf, kita tak isi semula untuk burger." 197 00:07:42,760 --> 00:07:44,096 (Gelak) 198 00:07:44,120 --> 00:07:48,176 Ini adalah penolakan dan saya patut lari, tapi saya kekal. 199 00:07:48,200 --> 00:07:50,336 Saya berkata, "Saya suka burger di sini, 200 00:07:50,360 --> 00:07:51,776 saya suka restoran ini, 201 00:07:51,800 --> 00:07:53,896 jika isi semula burrger wujud, 202 00:07:53,920 --> 00:07:55,256 saya bertambah suka." 203 00:07:55,280 --> 00:07:56,536 (Gelak) 204 00:07:56,560 --> 00:07:59,176 Dia cakap, "OK, saya akan beritahu pengurus tentangnya 205 00:07:59,200 --> 00:08:02,176 dan mungkin kita akan melakukannya, tapi maaf, bukan hari ini." 206 00:08:02,200 --> 00:08:03,616 Kemudian saya pergi. 207 00:08:03,640 --> 00:08:05,496 Sebenarnya, 208 00:08:05,520 --> 00:08:07,956 saya rasa mereka takk pernah beri isi semula burger. 209 00:08:07,956 --> 00:08:09,016 (Gelak) 210 00:08:09,040 --> 00:08:10,600 Saya rasa mereka masih sana. 211 00:08:11,160 --> 00:08:14,456 Tetapi rasa takut dan cemas kali pertama 212 00:08:14,480 --> 00:08:15,816 tiada lagi, 213 00:08:15,840 --> 00:08:17,576 kerana saya kekal berbual -- 214 00:08:17,600 --> 00:08:19,216 kerana saya tidak lari. 215 00:08:19,240 --> 00:08:21,680 Saya berfikir, "Wow, bagus, saya belajar benda baru. 216 00:08:22,520 --> 00:08:23,736 Bagus." 217 00:08:23,760 --> 00:08:25,960 Kemudian Hari Ketiga: Beli Donut Olimpik. 218 00:08:26,760 --> 00:08:29,280 Inilah peristiwa yang mengubah hidup saya. 219 00:08:30,120 --> 00:08:31,736 Saya ke Krispy Kreme. 220 00:08:31,760 --> 00:08:32,976 Sebuah gerai donut 221 00:08:33,000 --> 00:08:35,616 kebanyakannya di bahagian tenggara Amerika Syarikat. 222 00:08:35,640 --> 00:08:37,496 Saya tentu mereka ada cawangan di sini. 223 00:08:37,520 --> 00:08:38,775 Saya melangkah masuk, 224 00:08:38,799 --> 00:08:41,936 dan bertanya, "Bolehkah saya membeli donut mirip simbol Olimpik? 225 00:08:41,960 --> 00:08:44,856 Kamu hanya perlu menyambung lima donut bersama ..." 226 00:08:44,880 --> 00:08:47,120 Mereka tidak akan bersetuju, kan? 227 00:08:47,640 --> 00:08:50,016 Pembuat donut bersetuju. 228 00:08:50,040 --> 00:08:51,256 (Gelak) 229 00:08:51,280 --> 00:08:54,566 Dia keluarkan kertas, menulis warna dan bulatan 230 00:08:54,580 --> 00:08:56,736 dan bertanya, "Bagaimana nak buat?" 231 00:08:56,760 --> 00:08:58,656 15 minit kemudian, 232 00:08:58,680 --> 00:09:02,096 dia keluar dengan sebuah kotak mirip bulatan Olimpik. 233 00:09:02,120 --> 00:09:03,776 Saya berasa terharu. 234 00:09:03,800 --> 00:09:05,936 Saya tidak boleh mempercayainya. 235 00:09:05,960 --> 00:09:09,720 Video itu ditonton lebih lima juta kali di Youtube. 236 00:09:10,440 --> 00:09:12,536 Dunia ini tidak mempercayainya juga. 237 00:09:12,560 --> 00:09:14,080 (Gelak) 238 00:09:15,440 --> 00:09:18,656 Kerana peristiwa itu, saya muncul disurat khabar, 239 00:09:18,680 --> 00:09:21,516 program bual bicara, dan banyak lagi. Saya menjadi terkenal. 240 00:09:21,646 --> 00:09:23,776 Ramai orang mula menulis emel kepada saya 241 00:09:23,800 --> 00:09:26,336 berkata, "Apa yang awak lakukan amat menarik." 242 00:09:26,360 --> 00:09:29,896 Tapi tahukah anda, kemasyuran tidak menolong saya. 243 00:09:29,920 --> 00:09:31,736 Apa yang saya ingin adalah belajar, 244 00:09:31,760 --> 00:09:32,976 dan merubah diri saya. 245 00:09:33,000 --> 00:09:35,616 Jadi saya menukar 100 hari penolakan saya yang lain 246 00:09:35,640 --> 00:09:37,536 ke taman permainan ini -- 247 00:09:37,560 --> 00:09:39,696 projek penyelidikan ini. 248 00:09:39,720 --> 00:09:41,910 Saya ingin lihat apa yang saya boleh pelajari. 249 00:09:41,930 --> 00:09:44,016 Kemudian saya pun belajar banyak perkara. 250 00:09:44,040 --> 00:09:45,616 Saya menemui banyak rahsia. 251 00:09:45,640 --> 00:09:48,536 Contohnya, saya mendapati jika saya tak berlari, 252 00:09:48,560 --> 00:09:49,816 bila ditolak, 253 00:09:49,840 --> 00:09:53,546 saya boleh merubah "tidak" kepada "ya", dan kata keramatnya ialah, "kenapa". 254 00:09:53,560 --> 00:09:57,656 Suatu hari, saya ke rumah seorang yang tak dikenali, dengan bunga di tangan, 255 00:09:57,680 --> 00:09:59,096 ketuk pintu dan bertanya, 256 00:09:59,120 --> 00:10:01,856 "Hai, boleh saya tanam bunga ini di belakang rumah awak?" 257 00:10:01,856 --> 00:10:02,936 (Gelak) 258 00:10:02,960 --> 00:10:04,680 Dia menjawab, "Tidak." 259 00:10:05,640 --> 00:10:07,376 Sebelum saya pergi, saya bertanya, 260 00:10:07,400 --> 00:10:09,336 "Bolehkah saya tahu kenapa?" 261 00:10:09,360 --> 00:10:12,416 Dan dia menjawab, "Saya membela seekor anjing 262 00:10:12,440 --> 00:10:14,776 ia gali semua yang saya tanam di belakang rumah. 263 00:10:14,800 --> 00:10:17,436 Saya tak nak bazir bunga awak. Jika awak nak tanam juga, 264 00:10:17,436 --> 00:10:20,366 cuba pergi ke rumah depan dan tanya Connie. Dia suka bunga." 265 00:10:20,660 --> 00:10:22,136 Jadi saya pun melakukannya. 266 00:10:22,160 --> 00:10:24,216 Saya melintas jalan dan ketuk pintu Connie. 267 00:10:24,240 --> 00:10:26,096 Dia gembira melihat saya. 268 00:10:26,120 --> 00:10:27,816 (Gelak) 269 00:10:27,840 --> 00:10:30,866 Setengah jam kemudian, ada bunga di belakang rumah Connie. 270 00:10:30,880 --> 00:10:32,946 Saya pasti ia nampak lebih cantik sekarang. 271 00:10:32,946 --> 00:10:34,056 (Gelak) 272 00:10:34,080 --> 00:10:37,016 Tapi jika saya pergi selepas penolakan pertama, 273 00:10:37,040 --> 00:10:40,116 saya mungkin fikir, mungkin lelaki itu tak percaya saya 274 00:10:40,140 --> 00:10:42,636 mungkin sebab saya gila, saya tak berpakaian kemas 275 00:10:42,648 --> 00:10:43,578 tak nampak elok. 276 00:10:43,578 --> 00:10:44,794 Itu bukan sebab-sebanya. 277 00:10:44,794 --> 00:10:47,950 Ia kerana apa yang saya tawar tidak bersesuaian dengan kemahuannya. 278 00:10:47,970 --> 00:10:50,256 Dan dia percayakan saya untuk beri rujukan, 279 00:10:50,280 --> 00:10:51,936 menggunakan istilah jualan. 280 00:10:51,960 --> 00:10:53,480 Saya berjaya dengan rujukan. 281 00:10:54,560 --> 00:10:55,776 Kemudian suatu hari -- 282 00:10:55,800 --> 00:10:58,696 saya juga belajar saya boleh cakap sesuatu 283 00:10:58,720 --> 00:11:00,656 dan tinggikan peluang dapat ya. 284 00:11:00,680 --> 00:11:02,896 Contohnya, suatu hari saya ke Starbucks, 285 00:11:02,920 --> 00:11:06,496 dan tanya pengurus, "Hai, boleh saya jadi penyambut Starbucks?" 286 00:11:06,520 --> 00:11:08,896 Dia bertanya, "Apa itu penyambut Starbucks?" 287 00:11:08,920 --> 00:11:11,016 Saya cakap, "Awak tahu penyambut di Walmart? 288 00:11:11,040 --> 00:11:14,456 Orang yang menyambut pelanggan dan berkata "hai" sebelum masuk kedai, 289 00:11:14,480 --> 00:11:16,696 dan memastikan awak tidak mencuri, 290 00:11:16,720 --> 00:11:19,856 Saya nak beri pengalaman Walmart kepada pelanggan Starbucks." 291 00:11:19,880 --> 00:11:21,336 (Gelak) 292 00:11:21,360 --> 00:11:24,360 Sebenarnya, saya tidak pasti ini perkara baik atau sebaliknya, 293 00:11:25,600 --> 00:11:27,836 Sebenarnya, saya pasti ini bukan idea bagus. 294 00:11:28,120 --> 00:11:30,176 Dan dia berkata, "Oh"-- 295 00:11:30,200 --> 00:11:32,106 ini reaksinya, namanya Eric -- 296 00:11:32,230 --> 00:11:33,806 dia berkata, "Saya tak pasti." 297 00:11:34,080 --> 00:11:35,826 Dia dengar saya kata. "Tak pasti." 298 00:11:35,830 --> 00:11:37,796 Kemudian saya tanya dia, "Pelikkah?" 299 00:11:37,840 --> 00:11:39,880 Dia jawab, "Ya, sangat pelik." 300 00:11:40,800 --> 00:11:43,656 Sebaik dia mengaku, sikapnya berubah. 301 00:11:43,680 --> 00:11:46,616 Seakan rasa ragu-ragunya hilang. 302 00:11:46,640 --> 00:11:49,556 Dia berkata, "Ya, awak boleh buat jangan buat terlalu pelik." 303 00:11:49,686 --> 00:11:50,786 (Gelak) 304 00:11:50,786 --> 00:11:53,392 Untuk satu jam kemudian, saya jadi penyambut Starbucks. 305 00:11:53,400 --> 00:11:55,876 Saya cakap "hai" kepada setiap pelanggan yang masuk, 306 00:11:55,876 --> 00:11:58,056 dan memberi mereka ucapan cuti. 307 00:11:58,080 --> 00:12:00,736 Saya tidak tahu laluan kerjaya anda, 308 00:12:00,760 --> 00:12:01,976 jangan jadi peyambut. 309 00:12:02,000 --> 00:12:03,216 (Gelak) 310 00:12:03,240 --> 00:12:04,440 Ia amat membosankan. 311 00:12:05,200 --> 00:12:10,136 Tetapi saya dapati saya boleh buat kerana saya bertanya, "Pelik ke?" 312 00:12:10,160 --> 00:12:12,296 Saya menyebut keraguan yang hadir. 313 00:12:12,320 --> 00:12:15,856 Dan kerana saya tanya, "Pelik ke?', bermaksud saya tidak pelik. 314 00:12:15,880 --> 00:12:18,416 Ini bermaksud saya berfikir sepertinya, 315 00:12:18,440 --> 00:12:20,816 mengakui ini sebenarnya pelik. 316 00:12:20,840 --> 00:12:22,096 Berkali-kali, 317 00:12:22,120 --> 00:12:25,256 saya mempelajari jika saya menyebut keraguan yang orang mungkin ada 318 00:12:25,280 --> 00:12:28,376 sebelum saya bertanya, saya mendapat kepercayaan mereka. 319 00:12:28,400 --> 00:12:30,360 Orang lebih cenderung berkata ya. 320 00:12:30,800 --> 00:12:34,136 Kemudian saya juga menemui saya boleh menyatakan impian hidup ... 321 00:12:34,160 --> 00:12:35,576 dengan bertanya. 322 00:12:35,600 --> 00:12:38,696 Saya datang dari empat generasi guru, 323 00:12:38,720 --> 00:12:41,536 dan nenek saya selalu memberitahu saya, 324 00:12:41,560 --> 00:12:43,856 "Jia, awak boleh jadi apa saja, 325 00:12:43,880 --> 00:12:45,936 tapi ia amat bagus jika awak seorang guru." 326 00:12:45,960 --> 00:12:47,376 (Gelak) 327 00:12:47,400 --> 00:12:49,656 Tetapi saya ingin jadi usahawan, jadi saya jadi. 328 00:12:49,680 --> 00:12:53,056 Sentiasa jadi impian saya untuk ajar sesuatu. 329 00:12:53,080 --> 00:12:55,246 Jadi saya cakap, "Bagaimana kalau saya tanya 330 00:12:55,246 --> 00:12:57,536 dan mengajar satu kelas kolej?" 331 00:12:57,560 --> 00:13:01,076 Saya tinggal di Austin masa itu, jadi saya ke University of Texas, 332 00:13:01,120 --> 00:13:04,336 ketuk pintu profesor dan bertanya, "Bolehkah saya ajar kelas awak?" 333 00:13:04,360 --> 00:13:06,856 Saya tidak kemana beberapa kali pertama. 334 00:13:06,880 --> 00:13:09,376 Sebab saya tidak lari -- saya terus melakukannya -- 335 00:13:09,400 --> 00:13:12,736 dan dalam percubaan ketiga profesor amat kagum. 336 00:13:12,760 --> 00:13:14,816 Dia cakap, "Tiada siapa pernah lakukannya." 337 00:13:14,840 --> 00:13:18,856 Dan saya masuk siap dengan powerpoint dan pengajaran saya. 338 00:13:18,880 --> 00:13:20,936 Dia berkata, "Wow, saya boleh guna ini. 339 00:13:20,960 --> 00:13:24,296 Boleh datang semula dua bulan lagi? Saya masukkan awak dalam kurikulum." 340 00:13:24,320 --> 00:13:26,396 Dua bulan kemudian saya mengajar satu kelas. 341 00:13:26,400 --> 00:13:29,696 Ini. Awak mungkin tak dapat lihat, gambar ini kurang jelas. 342 00:13:29,720 --> 00:13:32,496 Kadang kala lampu pun boleh menolak awak, tahu tak? 343 00:13:32,520 --> 00:13:33,720 (Gelak) 344 00:13:34,680 --> 00:13:35,896 Tapi wow -- 345 00:13:35,920 --> 00:13:38,656 selepas habis mengajar kelas itu, saya keluar menangis, 346 00:13:38,680 --> 00:13:40,456 kerana saya berfikir 347 00:13:40,480 --> 00:13:43,776 saya boleh menyatakan impian hidup hanya dengan bertanya. 348 00:13:43,800 --> 00:13:46,456 Saya fikir saya perlu laksanakan semua perkara -- 349 00:13:46,480 --> 00:13:50,096 menjadi usahawan hebat, atau mendapat PhD untuk mengajar -- 350 00:13:50,120 --> 00:13:51,656 tetapi tidak, saya hanya tanya, 351 00:13:51,680 --> 00:13:52,880 dan saya dapat mengajar. 352 00:13:53,400 --> 00:13:55,776 Dalam gambar itu, anda tak dapat lihat, 353 00:13:55,800 --> 00:13:59,096 saya memaparkan petikan Martin Luther King, Jr. 354 00:13:59,120 --> 00:14:03,656 Kenapa? Sebab dalam kajian saya, saya dapati orang yang menukar dunia, 355 00:14:03,680 --> 00:14:06,616 menukar cara kita hidup dan cara kita berberfikir, 356 00:14:06,640 --> 00:14:10,736 adalah orang pada mulanya sering ditolak. 357 00:14:10,760 --> 00:14:12,816 Orang seperti Martin Luther King, Jr.. 358 00:14:12,840 --> 00:14:14,896 Mahatma Gandhi, Nelson Mandela, 359 00:14:14,920 --> 00:14:16,456 ataupun Jesus Christ. 360 00:14:16,480 --> 00:14:19,856 Semua orang ini tidak membiarkan penolakan mendifinisi mereka. 361 00:14:19,880 --> 00:14:24,040 Mereka membenarkan reaksi sendiri selepas penolakan mendifinisi mereka. 362 00:14:24,920 --> 00:14:26,480 Mereka menerima penolakan. 363 00:14:27,360 --> 00:14:30,576 Kita tidak perlu menjadi mereka untuk pelajari tentang penolakan, 364 00:14:30,600 --> 00:14:31,856 dan dalam kes saya, 365 00:14:31,880 --> 00:14:33,896 penolakan adalah sumpahan saya, 366 00:14:33,920 --> 00:14:35,176 ketakutan terbesar saya. 367 00:14:35,200 --> 00:14:39,376 Ia menghantui saya seluruh hidup kerana saya melarikan diri darinya. 368 00:14:39,400 --> 00:14:41,120 Bila saya mula menerimanya, 369 00:14:41,800 --> 00:14:44,520 saya menukarkannya ke hadiah terbesar dalam hidup saya. 370 00:14:45,320 --> 00:14:49,776 Saya bermula mengajar orang bagaimana menukar penolakan kepada peluang. 371 00:14:49,800 --> 00:14:51,816 Saya menggunakan blog dan ceramah 372 00:14:51,840 --> 00:14:53,736 buku saya terbit, 373 00:14:53,760 --> 00:14:58,320 dan membina teknologi membantu orang mengatasi takut akan penolakan. 374 00:15:00,200 --> 00:15:01,936 Bila anda ditolak dalam hidup, 375 00:15:01,960 --> 00:15:04,176 bila anda berdepan halangan 376 00:15:04,200 --> 00:15:06,216 atau kegagalan, 377 00:15:06,240 --> 00:15:08,056 pertimbangkan kemungkinan. 378 00:15:08,080 --> 00:15:09,296 Jangan lari. 379 00:15:09,320 --> 00:15:10,536 Jika awak terima, 380 00:15:10,560 --> 00:15:12,640 ia mungkin menjadi kurniaan untuk anda. 381 00:15:13,160 --> 00:15:14,376 Terima kasih. 382 00:15:14,400 --> 00:15:18,744 (Tepukan)