Waktu saya berumur enam tahun,
saya menerima hadiah saya.
Guru kelas pertama saya
ada idea menarik.
Dia ingin kelas kami mendapat pengalaman
menerima hadiah
dan juga kebaikan memuji
satu sama lain.
Jadi dia menyuruh seluruh kelas
ke hadapan bilik darjah.
Dia telah membeli hadiah untuk semua
dan susun di satu sudut.
Dia berkata,
"Bolehkah semua diri di sini
dan saling memuji?
Jika dengar nama anda dipanggil,
pilih satu hadiah dan duduk."
Idea yang bagus, kan?
Apa yang boleh jadi salah?
(Gelak)
Pertama, kami ada 40 orang,
setiap kali saya mendengar
nama dipanggil,
saya akan menyorak dengan semangat.
Kemudian, tinggal 20 orang,
dan 10 orang,
lima orang ...
dan akhirnya tiga orang.
Saya salah satu dari mereka.
Pujian terhenti.
Pada masa itu, saya menangis.
Cikgu pula cemas.
Dia berkata, "Ada sesiapa mahu cakap
perkara baik tentang murid-murid ini?
(Gelak)
"Tiada siapa? OK, awak boleh pergi
ambil hadiah dan duduk.
Tahun depan berkelakuan baik
mungkin ada orang akan puji awak
(Gelak)
Dari gaya saya bercerita,
anda mungkin sedar
saya sangat mengingatinya.
(Gelak)
Saya tak tahu siapa rasa
lebih teruk hari itu.
Adakah saya atau cikgu?
Dia mungkin sedar dia menukar
acara berkumpulan
kepada acara memalukan untuk
tiga budak berumur enam tahun.
Tanpa jenaka.
Bila anda tengok
orang dimalukan di TV,
Biasanya, lucu.
Tapi tiada yang lucu
tentang hari itu.
Itu satu versi saya,
dan saya sanggup mati untuk elak
melalui situasi itu lagi --
ditolak di khalayak umum.
Itu satu versi.
Lapan tahun kemudian.
Bill Gates datang ke kampung halaman saya --
Beijing, China --
untuk memberi ceramah,
saya melihat ceramahnya.
Saya mengaguminya.
Saya berfikir, wow,
saya tahu apa saya nak buat.
Malam itu, saya menulis sepucuk
surat ke keluarga saya
isinya: sebelum umur 25,
saya akan membina syarikat
terbesar di dunia,
dan syarikat itu akan beli Microsoft."
(Gelak)
Saya sangat percaya
menakluk dunia --
penguasaan, kan?
Saya tidak membuat-buat,
saya betul-betul menulis surat itu.
Inilah dia --
(Gelak)
Anda tidak perlu membaca semuanya --
(Gelak)
Ini juga tulisan buruk,
tetapi saya tekankan beberapa perkataan.
Awak faham-fahamlah.
(Gelak)
Jadi ...
itu adalah versi lain saya:
satu yang akan menakluki dunia.
Dua tahun kemudian,
saya diberi peluang untuk ke
Amerika Syarikat.
Saya tidak memikir panjang,
kerana di situ Bill Gates berada, bukan?
(Gelak)
Saya fikir itu adalah permulaan
keusahawanan saya.
14 tahun kemudian.
Saya mencapai 30 tahun.
Saya tidak membina syarikat itu.
Saya masih belum bermula.
Saya pengurus pemasaran untuk
sebuah syarikat Fortune 500.
Saya rasa tersangkut;
tidak ke mana-mana.
Kenapa?
Mana semangat budak 14 tahun
yang tulis surat itu?
Bukan kerana dia tidak mencuba.
Tapi kerana setiap kali saya mempunyai
idea baru,
setiap kali saya ingin cuba sesuatu baru,
walaupun di tempat kerja --
Bila saya ingin membuat cadangan,
atau bersuara di depan sekumpulan orang --
saya rasa pertempuran yang tiada henti
antara 14 tahun dan 6 tahun saya.
Satu yang ingin menakluki dunia --
melakukan perubahan --
satu lagi takut untuk ditolak.
Dan setiap kali si 6 tahun menang.
Dan ketakutan ini belarutan
selepas saya memulakan syarikat saya.
Saya memulakan syarikat saya
bila berumur 30 tahun --
jika nak jadi Bill Gates,
anda perlu bermula lambat laun, kan?
Bila saya menjadi usahawan,
saya diberi peluang pelaburan,
dan ditolak.
Penolakan itu menyakiti saya.
Kesannya begitu kuat membuat
saya ingin berhenti.
Tapi saya berfikir,
adakah Bill Gates akan berhenti
selepas ditolak pelaburannya?
Adakah usahawan yang berjaya
berputus asa begitu sahaja?
Mustahil.
Perkara itu menyedarkan saya.
OK, saya boleh bina syarikat
yang lebih mantap.
Saya boleh bina pasukan
atau produk yang lebih bagus,
tapi yang paling penting:
Saya perlu jadi pemimpin
yang lebih baik.
Saya perlu jadi seorang
yang lebih baik.
Saya tak boleh biarkan saya umur 6 tahun
tentukan hidup saya lagi.
Saya perlu pulangkan beliau ke tempatnya.
Jadi saya melayar internet
dan mencari pertolongan.
Google adalah kawan saya.
(Gelak)
Saya mencari, "Bagaimana mengatasi
ketakutan ditolak?"
Saya mendapat artikel-artikel psikologi
tentang sumber ketakutan dan kesakitan.
Kemudian saya temui
artikel-artikel berinspirasi
tentang, "Jangan ambil hati,
atasinya sahaja."
Siapa yang tidak tahu?
(Gelak)
Tapi kenapa saya masih begitu takut?
Kemudian, saya tercari laman web ini.
rejectiontherapy.com
(Gelak)
"Terapi Penolakan" adalah permainan
dicipta seorang usahawan Kanada.
Namanya Jason Comely.
Ideanya mencari penolakan untuk 30 hari
dan setiap hari ditolak untuk sesuatu,
dan akhirnya, anda kurang terpengaruh
dengan sakit yang disebabkan.
Saya suka idea itu.
(Gelak)
Saya cakap, "Tahu tak?
Saya akan lakukannya.
Saya akan mempunyai pengalaman
penolakan 100 hari."
Saya memikir sendiri idea untuk ditolak,
dan membuat vlog tentangnya.
Inilah hasilnya.
Blog saya seperti ini.
Hari Pertama ...
(Gelak)
Pinjam 100 dolar
dari orang yang tak dikenali.
Saya pergi ke tempat kerja saya
turun ke tingkat bawah
nampak seorang lelaki besar
duduk di tempatnya.
Dia nampak seperti pengawal keselamatan.
Jadi saya mendekatinya.
Bila saya berjalan
seperti perjalanan
paling lama dalam hidup --
saya mulai rasa gementar,
bulu roma berdiri
saya berpeluh
dan hati berdebar.
Saya sampai dan bertanya,
"Hai, bolehkah saya pinjam
100 dolar dari awak?"
(Gelak)
Dia melihat saya,
dan berkata, "Tidak."
"Kenapa?"
Saya menjawab, "Tidak? Maaf."
Saya berpaling,
dan berlari.
(Gelak)
Saya berasa begitu malu.
Tapi kerana saya telah merakam
jadi malam itu, saya melihat rakaman
saya bila ditolak,
saya nampak begitu takut.
Saya seperti budak
dalam filem "The Sixth Sense."
Saya nampak orang mati.
(Gelak)
Kemudian saya nampak lelaki ini.
Dia tidak begitu menakutkan.
Dia montel, senang disukai,
dan tanya saya, "Kenapa?"
Dia minta saya beri penjelasan.
Saya boleh memberi banyak alasan.
Saya boleh jelaskan,
atau merunding,
Saya tidak melakukannya.
Saya hanya berlari.
Saya sedar betapa kecilnya hal ini.
Setiap kali saya berasa ditolak,
saya akan berlari secepat mungkin.
Anda tahu tak?
Keesokan harinya, apa pun terjadi,
saya tidak akan berlari.
Saya akan bertekad.
Hari Kedua: Meminta isi semula burger
(Gelak)
Bila saya ke restoran burger,
Saya habis makan tengahari,
saya ke juruwang dan cakap
"Hai, boleh saya
isi semula burger saya?"
(Gelak)
Dia keliru and jawab,
"Apa itu isi semula burger?"
(Gelak)
Saya jawab, "Seperti isi semula air,
tapi dengan burger."
Dia kata, "Maaf, kita tak
isi semula untuk burger."
(Gelak)
Ini adalah penolakan dan saya patut lari,
tapi saya kekal.
Saya berkata, "Saya suka burger di sini,
saya suka restoran ini,
jika isi semula burrger wujud,
saya bertambah suka."
(Gelak)
Dia cakap, "OK, saya akan
beritahu pengurus tentangnya
dan mungkin kita akan melakukannya,
tapi maaf, bukan hari ini."
Kemudian saya pergi.
Sebenarnya,
saya rasa mereka takk pernah
beri isi semula burger.
(Gelak)
Saya rasa mereka masih sana.
Tetapi rasa takut dan cemas kali pertama
tiada lagi,
kerana saya kekal berbual --
kerana saya tidak lari.
Saya berfikir, "Wow, bagus,
saya belajar benda baru.
Bagus."
Kemudian Hari Ketiga:
Beli Donut Olimpik.
Inilah peristiwa yang mengubah
hidup saya.
Saya ke Krispy Kreme.
Sebuah gerai donut
kebanyakannya di bahagian tenggara
Amerika Syarikat.
Saya tentu mereka ada
cawangan di sini.
Saya melangkah masuk,
dan bertanya, "Bolehkah saya membeli donut
mirip simbol Olimpik?
Kamu hanya perlu menyambung
lima donut bersama ..."
Mereka tidak akan bersetuju, kan?
Pembuat donut bersetuju.
(Gelak)
Dia keluarkan kertas,
menulis warna dan bulatan
dan bertanya,
"Bagaimana nak buat?"
15 minit kemudian,
dia keluar dengan sebuah kotak
mirip bulatan Olimpik.
Saya berasa terharu.
Saya tidak boleh mempercayainya.
Video itu ditonton lebih lima juta
kali di Youtube.
Dunia ini tidak mempercayainya juga.
(Gelak)
Kerana peristiwa itu,
saya muncul disurat khabar,
program bual bicara, dan banyak lagi.
Saya menjadi terkenal.
Ramai orang mula menulis emel
kepada saya
berkata, "Apa yang awak lakukan
amat menarik."
Tapi tahukah anda, kemasyuran
tidak menolong saya.
Apa yang saya ingin adalah belajar,
dan merubah diri saya.
Jadi saya menukar 100 hari penolakan
saya yang lain
ke taman permainan ini --
projek penyelidikan ini.
Saya ingin lihat apa yang
saya boleh pelajari.
Kemudian saya pun belajar
banyak perkara.
Saya menemui banyak rahsia.
Contohnya, saya mendapati jika
saya tak berlari,
bila ditolak,
saya boleh merubah "tidak" kepada "ya",
dan kata keramatnya ialah, "kenapa".
Suatu hari, saya ke rumah seorang yang
tak dikenali, dengan bunga di tangan,
ketuk pintu dan bertanya,
"Hai, boleh saya tanam bunga
ini di belakang rumah awak?"
(Gelak)
Dia menjawab, "Tidak."
Sebelum saya pergi, saya bertanya,
"Bolehkah saya tahu kenapa?"
Dan dia menjawab, "Saya membela
seekor anjing
ia gali semua yang saya
tanam di belakang rumah.
Saya tak nak bazir bunga awak.
Jika awak nak tanam juga,
cuba pergi ke rumah depan
dan tanya Connie. Dia suka bunga."
Jadi saya pun melakukannya.
Saya melintas jalan dan ketuk
pintu Connie.
Dia gembira melihat saya.
(Gelak)
Setengah jam kemudian,
ada bunga di belakang rumah Connie.
Saya pasti ia nampak lebih
cantik sekarang.
(Gelak)
Tapi jika saya pergi selepas
penolakan pertama,
saya mungkin fikir,
mungkin lelaki itu tak percaya saya
mungkin sebab saya gila,
saya tak berpakaian kemas
tak nampak elok.
Itu bukan sebab-sebanya.
Ia kerana apa yang saya tawar
tidak bersesuaian dengan kemahuannya.
Dan dia percayakan saya untuk
beri rujukan,
menggunakan istilah jualan.
Saya berjaya dengan rujukan.
Kemudian suatu hari --
saya juga belajar
saya boleh cakap sesuatu
dan tinggikan peluang
dapat ya.
Contohnya, suatu hari
saya ke Starbucks,
dan tanya pengurus, "Hai,
boleh saya jadi penyambut Starbucks?"
Dia bertanya,
"Apa itu penyambut Starbucks?"
Saya cakap, "Awak tahu penyambut
di Walmart?
Orang yang menyambut pelanggan
dan berkata "hai" sebelum masuk kedai,
dan memastikan awak tidak mencuri,
Saya nak beri pengalaman Walmart
kepada pelanggan Starbucks."
(Gelak)
Sebenarnya, saya tidak pasti
ini perkara baik atau sebaliknya,
Sebenarnya, saya pasti ini
bukan idea bagus.
Dan dia berkata, "Oh"--
ini reaksinya, namanya Eric --
dia berkata, "Saya tak pasti."
Dia dengar saya kata.
"Tak pasti."
Kemudian saya tanya dia,
"Pelikkah?"
Dia jawab, "Ya, sangat pelik."
Sebaik dia mengaku, sikapnya berubah.
Seakan rasa ragu-ragunya hilang.
Dia berkata, "Ya, awak boleh buat
jangan buat terlalu pelik."
(Gelak)
Untuk satu jam kemudian,
saya jadi penyambut Starbucks.
Saya cakap "hai" kepada setiap
pelanggan yang masuk,
dan memberi mereka ucapan cuti.
Saya tidak tahu laluan kerjaya anda,
jangan jadi peyambut.
(Gelak)
Ia amat membosankan.
Tetapi saya dapati saya boleh buat
kerana saya bertanya, "Pelik ke?"
Saya menyebut keraguan yang hadir.
Dan kerana saya tanya, "Pelik ke?',
bermaksud saya tidak pelik.
Ini bermaksud saya berfikir
sepertinya,
mengakui ini sebenarnya pelik.
Berkali-kali,
saya mempelajari jika saya menyebut
keraguan yang orang mungkin ada
sebelum saya bertanya,
saya mendapat kepercayaan mereka.
Orang lebih cenderung berkata ya.
Kemudian saya juga menemui saya
boleh menyatakan impian hidup ...
dengan bertanya.
Saya datang dari empat generasi guru,
dan nenek saya selalu memberitahu saya,
"Jia, awak boleh jadi apa saja,
tapi ia amat bagus
jika awak seorang guru."
(Gelak)
Tetapi saya ingin jadi usahawan,
jadi saya jadi.
Sentiasa jadi impian saya
untuk ajar sesuatu.
Jadi saya cakap,
"Bagaimana kalau saya tanya
dan mengajar satu kelas kolej?"
Saya tinggal di Austin masa itu,
jadi saya ke University of Texas,
ketuk pintu profesor dan bertanya,
"Bolehkah saya ajar kelas awak?"
Saya tidak kemana beberapa
kali pertama.
Sebab saya tidak lari --
saya terus melakukannya --
dan dalam percubaan ketiga
profesor amat kagum.
Dia cakap, "Tiada siapa
pernah lakukannya."
Dan saya masuk siap dengan
powerpoint dan pengajaran saya.
Dia berkata, "Wow, saya boleh guna ini.
Boleh datang semula dua bulan lagi?
Saya masukkan awak dalam kurikulum."
Dua bulan kemudian
saya mengajar satu kelas.
Ini. Awak mungkin tak dapat lihat,
gambar ini kurang jelas.
Kadang kala lampu pun boleh menolak
awak, tahu tak?
(Gelak)
Tapi wow --
selepas habis mengajar kelas itu,
saya keluar menangis,
kerana saya berfikir
saya boleh menyatakan impian hidup
hanya dengan bertanya.
Saya fikir saya perlu
laksanakan semua perkara --
menjadi usahawan hebat, atau
mendapat PhD untuk mengajar --
tetapi tidak,
saya hanya tanya,
dan saya dapat mengajar.
Dalam gambar itu, anda
tak dapat lihat,
saya memaparkan petikan
Martin Luther King, Jr.
Kenapa? Sebab dalam kajian saya, saya
dapati orang yang menukar dunia,
menukar cara kita hidup dan
cara kita berberfikir,
adalah orang pada mulanya
sering ditolak.
Orang seperti Martin Luther King, Jr..
Mahatma Gandhi, Nelson Mandela,
ataupun Jesus Christ.
Semua orang ini tidak membiarkan
penolakan mendifinisi mereka.
Mereka membenarkan reaksi sendiri
selepas penolakan mendifinisi mereka.
Mereka menerima penolakan.
Kita tidak perlu menjadi mereka
untuk pelajari tentang penolakan,
dan dalam kes saya,
penolakan adalah sumpahan saya,
ketakutan terbesar saya.
Ia menghantui saya seluruh hidup
kerana saya melarikan diri darinya.
Bila saya mula menerimanya,
saya menukarkannya ke hadiah
terbesar dalam hidup saya.
Saya bermula mengajar orang bagaimana
menukar penolakan kepada peluang.
Saya menggunakan blog dan ceramah
buku saya terbit,
dan membina teknologi membantu
orang mengatasi takut akan penolakan.
Bila anda ditolak dalam hidup,
bila anda berdepan halangan
atau kegagalan,
pertimbangkan kemungkinan.
Jangan lari.
Jika awak terima,
ia mungkin menjadi
kurniaan untuk anda.
Terima kasih.
(Tepukan)