Apakah yang menyebabkan, contohnya
ketagihan heroin?
Soalan itu memang bodoh, bukan?
Memang jelas semua orang tahu;
heroin menyebabkan ketagihan heroin.
Begini caranya ia berlaku:
Kalau anda menggunakan heroin untuk 20
hari, pada hari ke-21,
badan anda akan gilakan dadah secara
fizikal
kerana terdapat bahan kimia di
dalamnya.
Itulah maksud ketagihan.
Tetapi ada masalah tersembunyi
Hampir semua perkara yang kita tahu
tentang ketagihan adalah salah.
Sebagai contoh, jika pinggul anda patah, anda akan dibawa ke hospital
dan diberi diamorfin yang terlalu banyak untuk berminggu-minggu atau berbulan-bulan
Diamorfin ialah heroin
Sebenarnya, heroin yang lebih kuat daripada yang didapati di jalanan
kerana tidak dicemari dengan bahan yang mencairkannya oleh pengedar dadah
Terdapat ramai orang di sekeliling anda yang diberi
heroin yang terlalu banyak di hospital sekarang
Jadi, adakah sebahagian daripada mereka menjadi penagih?
Tetapi jika dikaji dengan teliti, ini tidak berlaku
Nenek anda tidak menjadi penagih kerana
penukaran pinggulnya.
Kenapa?
Teori ketagihan pada hari ini datang
daripada siri eksperimen
yang dijalankan pada abad ke-20.
Eksperimen itu mudah:
anda ambil seekor tikus dan letakkannya
dalam sangkar dengan dua botol air.
Satu botol diisi dengan air, yang lain
diisi air bercampur heroin atau kokain.
Hampir setiap kali eksperimen ini
dijalankan
tikus itu akan gilakan air bercampur dadah
itu
dan asyik pulang semula untuk lebih
banyak lagi sehingga membunuh dirinya.
Namun, pada 1970-an, Bruce Alexander,
profesor psikologi
terjumpa sesuatu yang pelik tentang
eksperimen ini:
tikus itu diletakkan secara bersendirian.
Tikus itu hanya mengambil dadah itu.
"Apakah yang akan terjadi" beliau terfikir, "Jika kita cuba dengan cara berbeza"
Jadi beliau membina Taman Tikus, syurga kepada tikus-tikus
Ia ialah sebuah sangkar yang menarik, yang mana tikus akan ada bola yang berwarna, terowong untuk pergi ke bawah
kawan-kawan untuk bermain dan mereka boleh melakukan hubungan intim *hehe
segala-gala benda yang tikus inginkan
Dan mereka ada botol air berdadah dan air biasa
Dan inilah perkara yang menakjubkan
dalam Taman Tikus, tikus-tikus jarang menggunakan air berdadah
tiada yang menggunakan mengikut nafsu atau terlebih dos
Tetapi ini mungkin khas untuk tikus, betul?
Nasib baik, terdapat juga eksperimen
sama yang terlibat dengan manusia:
Perang Vietnam.
20% tentera Amerika di Vietnam menggunakan
banyak heroin.
Rakyat di tanah air sangat takut
kerana terfikir beratus-ratus ribu penagih
dadah akan ada
di jalanan Amerika Syarikat apabila
perang itu berakhir.
Namun, sebuah kajian mengikut kepulangan
tentera dan hasilnya mengejutkan.
mereka tidak pergi ke pusat pemulihan dadah dan penyahtoksikkan dadah
95% daripada mereka terus berhenti apabila tiba di tanah air
Sekiranya anda mempercayai teori lama
ketagihan, itu tak masuk akal.
Sekiranya anda mempercayai teori Prof.
Alexander, itu sangat masuk akal.
kerana jika anda diletakkan dalam hutan
yang teruk di negara asing
yang anda tak sanggup pergi dan anda boleh
dipaksa untuk dibunuh atau mati,
memakai heroin ialah cara yang
bijak untuk meluangkan masa
Namun kalau anda pulang semula ke rumah
yang indah dengan saudaramu,
itu bagaikan anda dikeluarkan dari sangkar
itu dan diletakkan
ke dalam Taman Tikus manusia;
Ia bukan salah bahan kimia, ia salah
sangkar anda.
Kita mesti berfikir ketagihan dengan
berbeza.
Manusia mempunyai keinginan semula jadi untuk berhubung
Semasa kita gembira dan sihat, kita akan
berhubung sesama manusia.
Namun, sekiranya tidak,
ini disebabkan oeh trauma, disisihkan atau gagal dalam
kehidupan,
kita terikat dengan sesuatu yang boleh
melegakan kita.
Ia mungkin asyik menggunakan telefon anda,
ia mungkin pornografi, permainan video,
Reddit, judi atau mungkin kokain.
Namun, kita pasti terikat dengan sesuatu
kerana itu fitrah manusia.
Jalan keluar daripada hubungan tidak sihat
ialah membina hubungan sihat
iaitu berhubung dengan
Ketagihan hanyalah gejala dalam krisis
perhubungan
yang berlaku di sekeliling.
Kita semua merasainya.
Sejak 1950an, nombor purata kawan baik
rakyat Amerika
telah menurun.
Pada masa yang sama, keluasan ruang lantai
di rumahnya
telah meningkat.
Memilih ruang lantai daripada kawan,
memilih harta daripada perhubungan.
Peperangan Dadah yang kita bertarung
selama hampir seabad
telah memburukkan segalanya.
Daripada menolong memulihkan manusia dan
mendapat kehidupannya,
kita sisihkan mereka daripada masyarakat,
kita menjadikannya susah untuk mencari
kerja dan menjadi stabil,
kita mencari peluang dan menjauhi mereka
apabila ditangkap kerana dadah,
kita letakkan mereka ke dalam penjara yang
memanglah sebuah sangkar,
kita letakkan manusia yang tidak baik
dalam situasi yang menjadikannya lebih
teruk dan membencinya kerana tidak pulih.
Sudah lama kita hanya bercakap tentang
pemulihan ketagihan individu.
Sekarang, kita perlu berbincang pasal
pemulihan sosial.
Kerana terdapat sesuatu yang tidak kena terhadap kita sebagai satu kumpulan
Kita perlu membina masyarakat yang seperti Taman Tikus
dan lebih kurang seperti sangkar yang terpencil
Kita akan menghadapi perubahan dengan cara hidup yang bukan semula jadi
dan membuat penemuan semula terhadap yang lain
Perkara yang berlawanan untuk ketagihan bukanlah keseriusan tetapi perhubungan
Video ini merupakan kerjasama dengan
Encik Johann Hari,
penulis buku
“Chasing the Scream: The First and Last
Days of the War on Drugs”.
Beliau sangatlah berbesar hati untuk bekerja dengan kami untuk video ini untuk penyebaran maklumat
Kami mencadangkan anda untuk membaca buku ini sebagai percubaan
Video kami dihasilkan kerana berkat sokongan anda di Patreon.com
Jika ingin membantu kami untuk membuat lebih lagi, kami menghargai sokongan anda
Kita membuat versi interaktif video ini
dengan kawan-kawan kami.
Lihat pautan dalam penerangan