Hai semua.
Minggu ini saya amat berbangga untuk
menyertai pelajar, guru, peniaga dan
organisasi bukan keuntungan mengambil
langkah baru yang besar untuk menyokong
sains komputer di sekolah-sekolah Amerika.
Mempelajari kemahiran ini bukan hanya
penting untuk masa depan anda,
ia penting untuk masa depan negara kita.
Jika kita mahu Amerika terus maju,
kita perlukan orang muda Amerika,
seperti anda,
untuk menguasai alat dan teknologi
yang akan mengubah cara kita melakukan
segala-galanya.
Itulah sebabnya saya meminta anda untuk
melibatkan diri.
Jangan hanya membeli permainan
video baru,
mencipta satu.
Jangan hanya memuat turun aplikasi terkini,
membantu mereka bentuknya.
Jangan hanya bermain pada telefon anda,
atur caranya.
Tidak ada yang lahir sebagai saintis
komputer,
tetapi dengan berusaha, dan
matematik dan sains,
sesiapa pun boleh menjadi saintis
komputer.
Minggu ini adalah peluang untuk
anda mencubanya.
Dan jangan biarkan sesiapa pun memberitahu
anda "anda tidak boleh."
Sama ada anda seorang lelaki muda
atau gadis muda,
sama ada anda tinggal di bandar atau
luar bandar,
komputer akan menjadi sebahagian besar
masa depan anda.
Dan jika anda sanggup bekerja keras dan
belajar bersungguh-sungguh,
masa depan adalah milik anda untuk
dibentuk.
Terima kasih semua!