"In a Moment of Vision"
Pada 1930-an, di San Francisco.
Joseph B. Friedman dan
anak perempuannya Judith
sedang duduk di kaunter
di sebuah kedai minuman.
Judith baru sahaja memesan
segelas susu kocak.
Perisa vanilla atau strawberi,
kita tidak akan tahu.
Apabila susu kocak itu tiba, Joseph
melihat Judith mengalami kesukaran.
Duduk di atas bangku tinggi,
dia tidak dapat mencapai
mulut straw kertas berjalur
yang menjulur keluar dari susu kocaknya.
Joseph mendapat idea untuk
mengubah suai straw Judith
Dia masukkan sebatang skru di hujung straw
lalu, dengan menggunakan benang flos,
melilit di sekeliling straw
mengikut bebenang skru
menghasilkan rangkaian alunan
kecil yang berjarak sama.
Setelah skru dikeluarkan,
straw itu boleh membengkok ke tepi gelas
dan Judith dapat menikmati susu kocaknya.
Joseph pada mulanya
menjual straw fleksibel itu
kepada hospital untuk membantu pesakit
minum sambil berbaring,
tetapi kemudiannya, dengan ilmu pemasaran
dan perniagaan kakaknya, Betty,
straw boleh bengkok itu jadi
kegemaran setiap kanak-kanak
serta barang keperluan rumah.