Orang selalu katakan bahawa apa yang terdapat di tempat orang lain adalah lebih baik. Saya percaya ia adalah benar, khasnya apabila saya selalu mendengar Presiden Obama bercakap tentang sistem pendidikan di Korea yang merupakan sebuah model. Saya boleh beritahu anda, sistem persekolahan di Korea bersifat tegar dan mempunyai persaingan sengit, ia disifatkan sebagai "periuk tekanan", bukannya semua orang akan berjaya dalam persekitaran itu. Sementara orang ramai memberikan respons yang berbeza tentang sistem pendidikan kami, respons saya tentang persekitaran yang merimaskan itu adalah dengan membuat busur daripada kayu yang ditemui berhampiran dengan pangsapuri saya. Busur? Saya tidak pasti mengapa. Mungkin disebabkan tekanan yang dialami, naluri orang zaman batu untuk hidup yang ada pada saya mengaitkannya dengan busur. Jika anda memikirkannya, busur telah membantu manusia prasejarah untuk kekal hidup. Dulu, kawasan dalam lingkungan 3km dari rumah saya merupakan sebuah hutan pokok mulberi semasa dinasti Joseon, di mana ulat sutera diberikan daun-daun pokok mulberi. untuk meningkatkan kesedaran tentang fakta sejarah ini, kerajaan kami telah menanam pokok mulberi. Biji benih daripada pokok-pokok ini telah disebarkan di sini dan di situ oleh burung-burung berhampiran dengan dinding kalis suara di lebuh raya yang telah dibina sekitar tahun 1988 semasa Sukan Olimpik. Sebuah kawasan yang berhampiran dengan dinding ini yang tidak diberikan perhatian dan jarang dikunjungi, merupakan tempat di mana saya menemui benda kesayangan saya. Apabila saya semakin terpesona oleh pembuatan busur, saya mulakan pencarian di luar kawasan perumahan saya. Ketika saya menyertai lawatan lapangan, percutian keluarga, atau dalam perjalanan balik ke rumah daripada aktiviti ko-kurikulum, saya merayau-rayau di tempat yang berhutan tebal dan mengumpulkan dahan pokok dengan menggunakan alatan yang disembunyikan di dalam beg saya. Alatan itu termasuklah gergaji, pisau, sabit dan kapak yang saya baluti dengan sehelai tuala. Saya membawa dahan tersebut balik dengan menaiki bas dan kereta api bawah tanah, dahan tersebut berada dalam dakapan saya. Saya tidak membawa alatan tersebut ke Long Beach. Pemeriksaan keselamatan. (Gelak ketawa) Saya berada di dalam bilik dan dilitupi habuk gergaji, saya menggergaji, memotong dan memperhalus kayu sepanjang malam sehingga busur terbentuk. Pada suatu hari, saya mengubah bentuk sebatang buluh sehingga mengakibatkan kebakaran. Di mana? Di bumbung pangsapuri saya, sebuah tempat yang didiami 96 buah keluarga. Seseorang yang berada di seberang pangsapuri saya membuat panggilan 911, saya berlari ke tingkat bawah dan beritahu mak saya, separuh daripada rambut saya terbakar. Saya mahu mengambil peluang ini untuk beritahu mak saya yang berada di sini hari ini: Mak, saya meminta maaf, saya akan lebih berhati-hati semasa bermain dengan api kelak. Mak saya terpaksa memberikan banyak penjelasan, beritahu orang ramai bahawa anaknya tidak merancang kebakaran itu. Saya banyak mengkaji tentang busur di seluruh dunia. Dalam proses itu, saya cuba menggabungkan busur dari zaman dan tempat yang berbeza untuk membuat busur yang paling berkesan. Saya juga menggunakan pelbagai jenis kayu, contohnya kayu-kayu mapel, yew dan mulberi, dan membuat cubaan memanah di tempat yang berhutan tebal berhampiran lebuh raya yang saya sebut tadi. di tempat yang berhutan tebal berhampiran lebuh raya yang saya sebut tadi. Bagi saya, busur yang paling berkesan adalah seperti ini. Bagi saya, busur yang paling berkesan adalah seperti ini. Satu: Bahagian hujung yang melengkung memaksimumkan keanjalan ketika anda menarik dan melepaskan anak busur. Kedua: Bahagian perut ditarik untuk memberikan tarikan yang lebih kuat, maksudnya daya yang lebih tinggi. ketiga: Gunakan urat haiwan di lapisan luar lengan busur untuk memaksimumkan tegangan. Keempat: Gunakan tanduk untuk menyimpan tenaga termampat. Setelah memasang, merosakkan, mereka semula, membaiki, melenturkan dan membetulkan, busur saya yang ideal mula terbentuk. Setelah ia siap, ia kelihatan seperti ini. Saya sangat bangga dengan diri sendiri kerana mencipta busur yang sempurna ini. Ini busur Korea tradisional di sebuah muzium. Ini busur Korea tradisional di sebuah muzium. Lihatlah betapa serupanya busur saya dengan busur itu. Terima kasih kepada nenek moyang saya kerana merampas hasil ciptaan saya. (Gelak ketawa) Melalui penciptaan busur, saya belajar tentang warisan budaya nenek moyang saya. Mempelajari ilmu yang telah terkumpul dan membaca mesej yang ditinggalkan oleh nenek moyang saya adalah lebih baik daripada sebarang terapi atau nasihat yang diberikan oleh orang dewasa. Saya telah mencari di luar secara meluas, tapi saya tidak pernah terfikir untuk mencari di sekitar saya. Setelah menyedarinya, saya mula berminat tentang sejarah Korea yang tidak pernah menarik perhatian saya sebelum itu. Akhirnya, apa yang terdapat di tempat sendiri adalah lebih baik, walaupun kita tidak menyedarinya. Sekarang, saya akan menunjukkan bagaimana busur saya berfungsi. Marilah lihat bagaimana ia berfungsi. Ini merupakan busur buluh, daya tarikannya 45 paun. (Bunyi panahan) (Tepukan) Busur berfungsi berdasarkan mekanisme yang mudah, tapi untuk menghasilkan busur yang baik, tahap kepekaan yang tinggi diperlukan. Anda perlu menyenangkan dan berkomunikasi dengan kayu. Anda perlu menyenangkan dan berkomunikasi dengan kayu. Setiap serat wujud kerana sebab dan fungsi tertentu. Setiap serat wujud kerana sebab dan fungsi tertentu. Kerjasama dan keharmonian antara serat-serat itulah yang membentuk sebuah busur yang baik. Mungkin saya seorang pelajar yang pelik dan mempunyai minat yang luar biasa, tapi saya berharap saya dapat menyumbangkan sesuatu dengan cara berkongsikan kisah saya dengan anda semua. Bagi saya, dunia yang ideal ialah sebuah tempat di mana tiada orang yang ketinggalan, setiap orang diperlukan mengikut kebolehannya, seperti serat dan tendon pada sebuah busur, sebuah tempat di mana yang kuat adalah fleksibel dan yang lemah adalah tahan lasak. Busur ini seakan-akan saya, saya pula seakan-akan busur ini. Saya sedang menyampaikan sebahagian daripada saya kepada anda. Atau lebih baik, sebahagian daripada fikiran saya baru disampaikan kepada anda. Adakah anda menerimanya? Terima kasih. (Tepukan)