1 00:00:00,624 --> 00:00:04,672 Orang selalu katakan bahawa apa yang terdapat di tempat orang lain 2 00:00:04,672 --> 00:00:07,726 adalah lebih baik. 3 00:00:07,726 --> 00:00:10,872 Saya percaya ia adalah benar, 4 00:00:10,872 --> 00:00:13,456 khasnya apabila saya selalu mendengar 5 00:00:13,456 --> 00:00:15,954 Presiden Obama bercakap tentang sistem pendidikan di Korea 6 00:00:15,954 --> 00:00:19,465 yang merupakan sebuah model. 7 00:00:19,465 --> 00:00:21,862 Saya boleh beritahu anda, 8 00:00:21,862 --> 00:00:25,409 sistem persekolahan di Korea 9 00:00:25,409 --> 00:00:27,600 bersifat tegar dan mempunyai persaingan sengit, 10 00:00:27,600 --> 00:00:29,934 ia disifatkan sebagai "periuk tekanan", 11 00:00:29,934 --> 00:00:35,593 bukannya semua orang akan berjaya dalam persekitaran itu. 12 00:00:35,593 --> 00:00:38,218 Sementara orang ramai memberikan respons yang berbeza 13 00:00:38,218 --> 00:00:41,218 tentang sistem pendidikan kami, 14 00:00:41,218 --> 00:00:44,594 respons saya tentang persekitaran yang merimaskan itu 15 00:00:44,594 --> 00:00:47,524 adalah dengan membuat busur daripada kayu 16 00:00:47,524 --> 00:00:50,268 yang ditemui berhampiran dengan pangsapuri saya. 17 00:00:50,268 --> 00:00:52,788 Busur? 18 00:00:52,788 --> 00:00:55,539 Saya tidak pasti mengapa. 19 00:00:55,539 --> 00:00:59,484 Mungkin disebabkan tekanan yang dialami, 20 00:00:59,484 --> 00:01:01,731 naluri orang zaman batu untuk hidup yang ada pada saya 21 00:01:01,731 --> 00:01:06,053 mengaitkannya dengan busur. 22 00:01:06,053 --> 00:01:07,787 Jika anda memikirkannya, 23 00:01:07,787 --> 00:01:11,200 busur telah membantu manusia prasejarah 24 00:01:11,200 --> 00:01:13,925 untuk kekal hidup. 25 00:01:13,925 --> 00:01:17,192 Dulu, kawasan dalam lingkungan 3km dari rumah saya 26 00:01:17,192 --> 00:01:19,375 merupakan sebuah hutan pokok mulberi 27 00:01:19,375 --> 00:01:21,665 semasa dinasti Joseon, 28 00:01:21,665 --> 00:01:26,122 di mana ulat sutera diberikan daun-daun pokok mulberi. 29 00:01:26,122 --> 00:01:30,828 untuk meningkatkan kesedaran tentang fakta sejarah ini, 30 00:01:30,828 --> 00:01:35,163 kerajaan kami telah menanam pokok mulberi. 31 00:01:35,163 --> 00:01:36,941 Biji benih daripada pokok-pokok ini 32 00:01:36,941 --> 00:01:39,740 telah disebarkan di sini dan di situ oleh burung-burung 33 00:01:39,740 --> 00:01:43,218 berhampiran dengan dinding kalis suara di lebuh raya 34 00:01:43,218 --> 00:01:47,584 yang telah dibina sekitar tahun 1988 semasa Sukan Olimpik. 35 00:01:47,584 --> 00:01:50,085 Sebuah kawasan yang berhampiran dengan dinding ini 36 00:01:50,085 --> 00:01:53,065 yang tidak diberikan perhatian 37 00:01:53,065 --> 00:01:56,259 dan jarang dikunjungi, 38 00:01:56,259 --> 00:02:02,159 merupakan tempat di mana saya menemui benda kesayangan saya. 39 00:02:02,159 --> 00:02:05,360 Apabila saya semakin terpesona oleh pembuatan busur, 40 00:02:05,360 --> 00:02:09,571 saya mulakan pencarian di luar kawasan perumahan saya. 41 00:02:09,571 --> 00:02:11,689 Ketika saya menyertai lawatan lapangan, 42 00:02:11,689 --> 00:02:14,913 percutian keluarga, atau dalam perjalanan balik ke rumah 43 00:02:14,928 --> 00:02:17,763 daripada aktiviti ko-kurikulum, 44 00:02:17,763 --> 00:02:19,862 saya merayau-rayau di tempat yang berhutan tebal 45 00:02:19,862 --> 00:02:21,601 dan mengumpulkan dahan pokok 46 00:02:21,601 --> 00:02:25,572 dengan menggunakan alatan yang disembunyikan di dalam beg saya. 47 00:02:25,572 --> 00:02:29,273 Alatan itu termasuklah gergaji, pisau, 48 00:02:29,273 --> 00:02:31,519 sabit dan kapak 49 00:02:31,519 --> 00:02:36,207 yang saya baluti dengan sehelai tuala. 50 00:02:36,207 --> 00:02:38,088 Saya membawa dahan tersebut balik 51 00:02:38,088 --> 00:02:40,077 dengan menaiki bas dan kereta api bawah tanah, 52 00:02:40,077 --> 00:02:43,466 dahan tersebut berada dalam dakapan saya. 53 00:02:43,466 --> 00:02:47,342 Saya tidak membawa alatan tersebut ke Long Beach. 54 00:02:47,342 --> 00:02:48,898 Pemeriksaan keselamatan. 55 00:02:48,898 --> 00:02:50,978 (Gelak ketawa) 56 00:02:50,978 --> 00:02:54,697 Saya berada di dalam bilik dan dilitupi habuk gergaji, 57 00:02:54,697 --> 00:02:58,751 saya menggergaji, memotong dan memperhalus kayu sepanjang malam 58 00:02:58,751 --> 00:03:01,218 sehingga busur terbentuk. 59 00:03:01,218 --> 00:03:05,713 Pada suatu hari, saya mengubah bentuk sebatang buluh 60 00:03:05,713 --> 00:03:10,468 sehingga mengakibatkan kebakaran. 61 00:03:10,468 --> 00:03:15,257 Di mana? Di bumbung pangsapuri saya, 62 00:03:15,257 --> 00:03:18,897 sebuah tempat yang didiami 96 buah keluarga. 63 00:03:18,897 --> 00:03:21,488 Seseorang yang berada di seberang pangsapuri saya 64 00:03:21,488 --> 00:03:22,978 membuat panggilan 911, 65 00:03:22,978 --> 00:03:25,025 saya berlari ke tingkat bawah dan beritahu mak saya, 66 00:03:25,025 --> 00:03:30,242 separuh daripada rambut saya terbakar. 67 00:03:30,242 --> 00:03:32,370 Saya mahu mengambil peluang ini 68 00:03:32,370 --> 00:03:36,074 untuk beritahu mak saya yang berada di sini hari ini: 69 00:03:36,074 --> 00:03:38,415 Mak, saya meminta maaf, 70 00:03:38,415 --> 00:03:42,061 saya akan lebih berhati-hati semasa bermain dengan api kelak. 71 00:03:42,061 --> 00:03:44,695 Mak saya terpaksa memberikan banyak penjelasan, 72 00:03:44,695 --> 00:03:47,024 beritahu orang ramai bahawa anaknya 73 00:03:47,024 --> 00:03:50,483 tidak merancang kebakaran itu. 74 00:03:53,250 --> 00:03:57,405 Saya banyak mengkaji tentang busur di seluruh dunia. 75 00:03:57,420 --> 00:03:59,466 Dalam proses itu, saya cuba menggabungkan 76 00:03:59,466 --> 00:04:01,907 busur dari zaman dan tempat yang berbeza 77 00:04:01,907 --> 00:04:05,690 untuk membuat busur yang paling berkesan. 78 00:04:05,690 --> 00:04:08,043 Saya juga menggunakan pelbagai jenis kayu, 79 00:04:08,043 --> 00:04:11,231 contohnya kayu-kayu mapel, yew dan mulberi, 80 00:04:11,231 --> 00:04:13,171 dan membuat cubaan memanah 81 00:04:13,171 --> 00:04:15,670 di tempat yang berhutan tebal berhampiran lebuh raya yang saya sebut tadi. 82 00:04:15,670 --> 00:04:18,505 di tempat yang berhutan tebal berhampiran lebuh raya yang saya sebut tadi. 83 00:04:18,505 --> 00:04:20,530 Bagi saya, busur yang paling berkesan adalah seperti ini. 84 00:04:20,530 --> 00:04:23,297 Bagi saya, busur yang paling berkesan adalah seperti ini. 85 00:04:23,297 --> 00:04:27,510 Satu: Bahagian hujung yang melengkung memaksimumkan keanjalan 86 00:04:27,510 --> 00:04:31,041 ketika anda menarik dan melepaskan anak busur. 87 00:04:31,041 --> 00:04:35,938 Kedua: Bahagian perut ditarik untuk memberikan tarikan yang lebih kuat, 88 00:04:35,938 --> 00:04:39,599 maksudnya daya yang lebih tinggi. 89 00:04:39,599 --> 00:04:43,911 ketiga: Gunakan urat haiwan di lapisan luar lengan busur 90 00:04:43,911 --> 00:04:46,816 untuk memaksimumkan tegangan. 91 00:04:46,816 --> 00:04:55,055 Keempat: Gunakan tanduk untuk menyimpan tenaga termampat. 92 00:04:55,055 --> 00:04:58,053 Setelah memasang, merosakkan, mereka semula, 93 00:04:58,053 --> 00:05:00,984 membaiki, melenturkan dan membetulkan, 94 00:05:00,984 --> 00:05:04,291 busur saya yang ideal mula terbentuk. 95 00:05:04,291 --> 00:05:08,146 Setelah ia siap, 96 00:05:08,146 --> 00:05:11,600 ia kelihatan seperti ini. 97 00:05:12,673 --> 00:05:14,910 Saya sangat bangga dengan diri sendiri 98 00:05:14,910 --> 00:05:20,984 kerana mencipta busur yang sempurna ini. 99 00:05:20,984 --> 00:05:24,416 Ini busur Korea tradisional di sebuah muzium. 100 00:05:24,416 --> 00:05:26,312 Ini busur Korea tradisional di sebuah muzium. 101 00:05:26,312 --> 00:05:31,796 Lihatlah betapa serupanya busur saya dengan busur itu. 102 00:05:31,796 --> 00:05:33,362 Terima kasih kepada nenek moyang saya 103 00:05:33,362 --> 00:05:38,653 kerana merampas hasil ciptaan saya. (Gelak ketawa) 104 00:05:39,542 --> 00:05:41,394 Melalui penciptaan busur, 105 00:05:41,394 --> 00:05:44,455 saya belajar tentang warisan budaya nenek moyang saya. 106 00:05:44,455 --> 00:05:48,018 Mempelajari ilmu yang telah terkumpul 107 00:05:48,018 --> 00:05:50,856 dan membaca mesej yang ditinggalkan oleh nenek moyang saya 108 00:05:50,856 --> 00:05:53,455 adalah lebih baik daripada sebarang terapi 109 00:05:53,455 --> 00:05:58,404 atau nasihat yang diberikan oleh orang dewasa. 110 00:05:58,404 --> 00:06:01,322 Saya telah mencari di luar secara meluas, 111 00:06:01,322 --> 00:06:04,798 tapi saya tidak pernah terfikir untuk mencari di sekitar saya. 112 00:06:04,798 --> 00:06:07,043 Setelah menyedarinya, 113 00:06:07,043 --> 00:06:09,864 saya mula berminat tentang sejarah Korea 114 00:06:09,864 --> 00:06:13,261 yang tidak pernah menarik perhatian saya sebelum itu. 115 00:06:13,261 --> 00:06:16,637 Akhirnya, apa yang terdapat di tempat sendiri 116 00:06:16,637 --> 00:06:18,427 adalah lebih baik, 117 00:06:18,427 --> 00:06:21,604 walaupun kita tidak menyedarinya. 118 00:06:21,604 --> 00:06:26,355 Sekarang, saya akan menunjukkan bagaimana busur saya berfungsi. 119 00:06:26,355 --> 00:06:29,476 Marilah lihat bagaimana ia berfungsi. 120 00:06:31,568 --> 00:06:33,705 Ini merupakan busur buluh, 121 00:06:33,705 --> 00:06:37,637 daya tarikannya 45 paun. 122 00:06:37,637 --> 00:06:39,821 (Bunyi panahan) 123 00:06:39,821 --> 00:06:44,779 (Tepukan) 124 00:06:48,285 --> 00:06:52,694 Busur berfungsi berdasarkan mekanisme yang mudah, 125 00:06:52,694 --> 00:06:55,245 tapi untuk menghasilkan busur yang baik, 126 00:06:55,245 --> 00:06:59,257 tahap kepekaan yang tinggi diperlukan. 127 00:06:59,257 --> 00:07:01,787 Anda perlu menyenangkan dan berkomunikasi dengan kayu. 128 00:07:01,787 --> 00:07:04,533 Anda perlu menyenangkan dan berkomunikasi dengan kayu. 129 00:07:04,533 --> 00:07:06,225 Setiap serat wujud kerana sebab dan fungsi tertentu. 130 00:07:06,225 --> 00:07:09,051 Setiap serat wujud kerana sebab dan fungsi tertentu. 131 00:07:09,051 --> 00:07:12,446 Kerjasama dan keharmonian antara serat-serat itulah 132 00:07:12,446 --> 00:07:16,043 yang membentuk sebuah busur yang baik. 133 00:07:16,043 --> 00:07:17,833 Mungkin saya seorang pelajar yang pelik 134 00:07:17,833 --> 00:07:20,024 dan mempunyai minat yang luar biasa, 135 00:07:20,024 --> 00:07:22,966 tapi saya berharap saya dapat menyumbangkan sesuatu 136 00:07:22,966 --> 00:07:26,855 dengan cara berkongsikan kisah saya dengan anda semua. 137 00:07:26,855 --> 00:07:29,108 Bagi saya, dunia yang ideal 138 00:07:29,108 --> 00:07:31,321 ialah sebuah tempat di mana tiada orang yang ketinggalan, 139 00:07:31,321 --> 00:07:34,614 setiap orang diperlukan mengikut kebolehannya, 140 00:07:34,614 --> 00:07:38,210 seperti serat dan tendon pada sebuah busur, 141 00:07:38,210 --> 00:07:41,479 sebuah tempat di mana yang kuat adalah fleksibel 142 00:07:41,479 --> 00:07:45,272 dan yang lemah adalah tahan lasak. 143 00:07:45,272 --> 00:07:46,923 Busur ini seakan-akan saya, 144 00:07:46,923 --> 00:07:49,971 saya pula seakan-akan busur ini. 145 00:07:49,971 --> 00:07:54,835 Saya sedang menyampaikan sebahagian daripada saya kepada anda. 146 00:07:54,835 --> 00:07:57,585 Atau lebih baik, sebahagian daripada fikiran saya 147 00:07:57,585 --> 00:08:00,424 baru disampaikan kepada anda. 148 00:08:00,424 --> 00:08:02,668 Adakah anda menerimanya? 149 00:08:02,668 --> 00:08:04,208 Terima kasih. 150 00:08:04,208 --> 00:08:09,870 (Tepukan)