[KLIK PENGATUP KAMERA ] [Elle Pérez, Artis] Saya suka mengatakan di mana sesuatu ruang itu adalah gambar dan ia tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Atau, anda tidak perlu untuk menyatakan sesuatu atas apa yang anda lihat. Fotografi sesuatu yang pasti dan tidak perlu untuk disangkal lagi. [Elle Pérez Works Between the Frame] Sepupu saya Alex ialah seorang ahli gusti hiburan di Bronx Saya telah menghantar pesanan padanya, "Boleh saya datang dan ambil gambar di pertunjukkan kamu?" Dan dia pun berkata, "Ya, cuma jangan beritahu keluarga kita." Semasa saya sedang mengambil gambar semua ahli gusti, apa yang menarik minat saya ialah koreografi dalam pertandingan tinju tersebut, oleh kerana semua ini adalah satu hiburan dan ianya telah dirancang dan semuanya adalah gerakan koreografi. Dan ia adalah satu pergerakan badan untuk menampakkan gerakan itu lebih asli apabila berada dalam keadaan sakit. Jika dilihat Joe seperti bergayut pada tali, saat ini dibiarkan buat seketika ia seperti lebih kepada arca. [KETAWA] Saya tidak fikir ada cara lain untuk kamera merakamkannya dengan pantas mengenai pergerakan fiksyen tersebut. Semua perkara ini adalah satu aspirasi dengan adanya lakonan. [BUNYI KERETA API BAWAH TANAH] Dengan cara ini, saya sentiasa bekerjasama dengan pihak yang lain, Oleh kerana itu, saya tidak fikir ini adalah satu dokumentari. Kerana kerja saya sesuatu yang asli, mempunyai hubungan yang mendalam mengenai emosi. Kebanyakan mereka mencadangkan saya melibatkan diri dalam dokumentari. Tapi saya tidak dapat bayangkan etika kerja sedemikian Saya pernah dimarahi oleh editor National Geographic disebabkan hasil gambar yang nampak mengelirukan, kerana ia kelihatan seperti gambar dokumentari, tapi sebenarnya ia diambil atas arahan mereka. Ia kelihatan seperti tidak bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, ia tetap cantik. [KLIK PENGATUP KAMERA] Banyak gambar yang berkaitan ilmu alam yang diambil sama ada di Bronx atau pun di Puerto Rico ia amat penting, dan saya tidak mahu terlampau memikirkannya. Saya berfikir ianya lebih berkaitan dengan kehidupan manusia. Ia mempunyai hubungan yang kuat. Tetapi bagaimana anda mengaitkan dengan hanya pengalaman tertentu sahaja. tanpa menunjukkan perspektif yang lain? Gambar yang diambil dengan tangan sendiri, ia amat mendalam maknanya, perasaan dan fizikal telah menjadi satu. Anda menggunakan fotografi sebagai satu perkara yang anda sebenarnya tidak dapat hendak digambarkan. Ia mempunyai banyak kaitan dengan identiti, dan banyak kaitan dengan bagaimana muncul penemuan yang baharu mengikut pengalaman demi pengalaman. Binder ialah sejenis pakaian untuk memampatkan dada, mulanya, ia direka untuk kaum lelaki yang mempunyai lebihan tisu pada buah dada. Kemudian ianya digunakan oleh komuniti transgender wanita Fotografi yang diambil oleh saya hanya diguna pakai selepas objek tersebut di pasaran selama lima tahun. Ia telah manjadi lapuk.