Saya tahu apa yang anda sedang fikirkan. Anda fikir bahawa saya tersesat, dan seseorang akan naik ke pentas nanti dan membawa saya balik ke tempat duduk saya. (Tepukan) Ia selalu berlaku di Dubai. "Bercuti di sini, sayang?" (Tepukan) "Melawat anak-anak di sini?" "Singgah berapa lama di sini?" Saya harap, lebih lama. Saya telah menetap dan mengajar di Teluk lebih daripada 30 tahun. (Tepukan) Sepanjang masa itu, saya telah melihat banyak perubahan. Statistik itu agak memeranjatkan. Hari ini, saya mahu bercakap tentang kehilangan bahasa dan globalisasi bahasa Inggeris. Saya mahu ceritakan tentang kawan saya yang mengajar orang dewasa bahasa Inggeris di Abu Dhabi. Pada suatu hari yang indah, dia putuskan untuk membawa mereka ke taman dan mengajar kosa kata alam semula jadi. Tapi akhirnya, dialah yang belajar semua perkataan Arab tentang tumbuhan tempatan dan kegunaannya -- semua perkataan Arab tentang tumbuhan tempatan dan kegunaannya -- mengubat, kosmetik, memasak, herba. Bagaimanakah pelajar tersebut memperoleh ilmu itu? Semestinya, daripada datuk nenek mereka, bahkan moyang mereka. Semestinya, daripada datuk nenek mereka, bahkan moyang mereka. Saya tidak perlu beritahu anda betapa pentingnya keupayaan untuk berkomunikasi antara generasi. keupayaan untuk berkomunikasi antara generasi. Malangnya, kini, bahasa-bahasa pupus dalam kadar yang tidak pernah berlaku. Sesebuah bahasa pupus setiap 14 hari. Pada masa yang sama, bahasa Inggeris ialah bahasa global yang tidak dapat dipertikaikan. Mungkinkah terdapat kaitan? Saya tak tahu. Tapi, saya tahu bahawa saya telah melihat banyak perubahan. Semasa saya baru tiba di Teluk, saya pergi ke Kuwait yang pada masa itu, ia sebuah jawatan yang sukar. Sebenarnya, jarak masanya tidak begitu jauh. Jarak masa itu terlalu jauh. Sebenarnya, jarak masanya tidak begitu jauh. Jarak masa itu terlalu jauh. Bagaimanapun, Saya direkrut oleh British Council bersama dengan 25 orang cikgu yang lain. Kami ialah cikgu bukan Muslim yang pertama yang mengajar di sekolah di Kuwait. Kami dihantar untuk mengajar bahasa Inggeris kerana kerajaan itu mahu memodenkan negara itu dan memajukan rakyat melalui pendidikan. Dan semestinya, U.K. mendapat manfaat dari segi kekayaan minyak. Okey. Inilah perubahan utama yang saya lihat -- bagaimana pengajaran bahasa Inggeris telah berubah beransur-ansur daripada amalan saling memanfaatkan kepada perniagaan antarabangsa besar-besaran pada masa kini. Ia bukan lagi sekadar bahasa asing dalam kurikulum sekolah, ia juga bukan lagi satu-satunya domain di England, ia juga bukan lagi satu-satunya domain di England, ia telah menjadi sampan tunda bagi setiap negara yang menggunakan bahasa Inggeris. Kenapa tidak? Pendidikan terbaik -- menurut Ranking Universiti Dunia -- didapati di universiti U.K dan A.S. Jadi, semua orang mahu berpendidikan Inggeris, Tapi, jika anda bukan penutur asli, anda perlu lulus sesebuah ujian. Tapi, jika anda bukan penutur asli, anda perlu lulus sesebuah ujian. Adakah wajar untuk menolak seorang pelajar Adakah wajar untuk menolak seorang pelajar hanya berdasarkan kebolehan linguistik? Mungkin terdapat seorang ahli sains komputer yang sangat pintar. Mungkin terdapat seorang ahli sains komputer yang sangat pintar. Adakah dia perlukan kebolehan bahasa yang sama seperti seorang peguam? Rasanya, tidak. Kami, guru bahasa Inggeris, selalu menolak mereka. Kami memberikan tanda noktah, dan kami menghentikan perjalanan mereka. Mereka tidak lagi dapat mengejar impian mereka sehingga mereka lulus bahasa Inggeris. Biar saya berikan sebuah contoh: Jika saya bertemu dengan seorang Belanda yang berekabahasa Belanda, dia boleh merawat kanser, adakah saya akan larang dia memasuki Universiti British? Rasanya, tidak. Tapi, itulah yang kita lakukan. Kami, guru bahasa Inggeris, ialah penjaga pintu. Anda perlu memuaskan hati kami dulu bahawa bahasa Inggeris anda adalah baik. Adalah bahaya untuk memberikan terlalu banyak kuasa kepada sebilangan kecil orang dalam masyarakat. Mungkin penghalangnya adalah terlalu umum. Okey. Anda kata, "Tapi," "Bagaimana dengan penyelidikan?" "Semuanya dalam bahasa Inggeris." Buku diterbitkan dalam bahasa Inggeris, jurnal juga dalam bahasa Inggeris, tapi itu bukan kebenarannya. Ia memenuhi keperluan mereka yang berbahasa Inggeris. Dan ia berterusan. Bagaimana dengan penterjemahan? Jika anda berfikir tentang Zaman Kegemilangan Islam, terdapat banyak penterjemahan pada masa itu. Bahasa Latin dan Greek diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi, kemudian ia diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Germanik di Eropah dan bahasa-bahasa Romawi. Jadi, cahaya menyinari Zaman Gelap di Eropah. Jangan salah tafsir; saya bukan membantah pengajaran bahasa Inggeris, guru-guru bahasa Inggeris di luar sana. Saya besar hati bahawa kita mempunyai bahasa sejagat. Kita sangat memerlukannya pada masa kini. Tapi, saya membantah penggunaannya sebagai satu penghalang. Tapi, saya membantah penggunaannya sebagai satu penghalang. Adakah kita mahu mempunyai 600 bahasa tapi bahasa utama ialah bahasa Inggeris, atau bahasa Cina? Kita mahu lebih daripada itu. Di manakah sempadannya? Sistem ini menyamakan kecerdasan Sistem ini menyamakan kecerdasan dengan pengetahuan bahasa Inggeris, ini dilakukan secara sewenang-wenang. (Tepukan) Saya mahu mengingatkan anda bahawa mereka yang merupakan golongan bijak pandai tidak perlu berbahasa Inggeris, mereka tidak perlu lulus ujian bahasa Inggeris. Contohnya, Einstein. Dia dianggap pelajar yang lembam di sekolah; sebenarnya, dia menderitai disleksia. Mujurlah, dia tidak perlu lulus ujian bahasa Inggeris, kerana TOEFL dimulakan pada tahun 1964, iaitu ujian bahasa Inggeris di Amerika. Kini, ia telah meletus. Terdapat banyak ujian bahasa Inggeris. Berjuta-juta orang pelajar ambil ujian-ujian ini setiap tahun. Anda dan saya mungkin fikir, "Bayaran ujian tidak mahal, ia okey," tapi ia adalah sangat tinggi bagi orang miskin. tapi ia adalah sangat tinggi bagi orang miskin. Jadi, kita menolak mereka serta-merta. (Tepukan) Saya teringat sebuah tajuk berita yang saya baca baru-baru ini: "Pendidikan: Pemisah yang Besar." Kini, saya faham kenapa orang ramai mahu fokuskan pada bahasa Inggeris. Mereka mahu berikan anak mereka peluang terbaik dalam hidup. Untuk melakukannya, mereka perlukan pendidikan Barat. Kerana, semestinya, pekerjaan terbaik diberikan kepada graduan universiti Barat yang telah saya sebut tadi. Ia merupakan sebuah kitaran. Okey. Biar saya ceritakan tentang 2 orang ahli sains Inggeris. Mereka menjalankan sebuah eksperimen tentang genetik Mereka menjalankan sebuah eksperimen tentang genetik serta kaki hadapan dan kaki belakang haiwan. Tapi, mereka tidak mendapat hasil yang dikehendaki. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan sehingga munculnya seorang ahli sains Jerman yang sedar bahawa mereka menggunakan 2 perkataan untuk kaki hadapan dan kaki belakang sedangkan genetik tidak membezakannya; begitu juga dengan bahasa Jerman. Jadi, bingo, masalah diselesaikan. Jika anda tidak faham sesuatu, anda menghadapi kesulitan. Tapi, jika bahasa yang lain dapat memahaminya, maka melalui kerjasama, kita dapat mencapai dan belajar lebih banyak lagi. Anak perempuan saya pergi ke England dari Kuwait. Dia telah mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Arab. Sekolah itu bermediumkan bahasa Arab. Dia perlu terjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris di sekolah. Dialah yang terbaik di dalam kelas dalam mata pelajaran tersebut. Dialah yang terbaik di dalam kelas dalam mata pelajaran tersebut. Ini menunjukkan bahawa bagi pelajar yang datang dari luar negara, mungkin kita tidak memberikan kredit yang sewajar terhadap apa yang mereka tahu, mungkin kita tidak memberikan kredit yang sewajar terhadap apa yang mereka tahu, tapi mereka tahu tentangnya dalam bahasa mereka. Apabila sebuah bahasa pupus, kita tidak tahu kehilangan kita dalam bahasa tersebut. Ini ialah -- Entah anda telah melihatnya di CNN baru-baru ini -- mereka memberikan Anugerah Hero kepada seorang budak penggembala di Kenya yang tidak dapat belajar pada waktu malam di kampungnya, seperti semua budak di kampung, kerana lampu kerosin bebaskan asap dan rosakkan matanya. kerana lampu kerosin bebaskan asap dan rosakkan matanya. Bagaimanapun, tidak terdapat kerosin yang cukup. Apakah yang boleh dibeli dengan satu dolar setiap hari? Jadi, dia mencipta lampu suria tanpa kos. Kini, budak-budak di kampungnya mendapat gred yang sama di sekolah, sama seperti mereka yang mempunyai elektrik di rumah. (Tepukan) Semasa dia menerima anugerah, dia mengeluarkan kata-kata yang indah ini: "Budak-budak ini dapat memimpin Afrika daripada sebuah benua yang gelap ke sebuah benua yang cerah." Sebuah idea yang mudah, tapi ia mungkin mempunyai kesan yang mendalam. Mereka yang tidak mempunyai cahaya, sama ada secara fizikal atau metafora, tidak dapat lulus peperiksaan kita, kita tidak tahu apa yang mereka tahu. Jangan biarkan mereka dan kita berada dalam kegelapan. Mari kita meraikan kepelbagaian. Hargai bahasa anda. Gunakannya untuk menyebarkan idea yang baik. (Tepukan) Terima kasih banyak-banyak. (Tepukan)