Tentukan sama ada 394 lebih atau kurang daripada 397. Kemudian, tulis jawapan menggunakan simbol ini atau simbol itu, dan ini ialah sebenarnya simbol 'kurang daripada' Nanti kita fikirkan cara untuk mengingatinya. Itu simbol 'kurang daripada' dan ini ialah simbol 'lebih daripada'. Pertama sekali, mari kita lihat dua nombor ini : 394 dan 397. Jadi, biar saya tuliskan di sini. 394 dan nombor yang satu lagi iaitu 397. Sekarang, kedua-dua nombor ini ada 3 ratus, maka nilai tempat 'ratus' adalah sama. Kedua-dua nombor ada 90 dengan 9 di sana, tetapi ini ialah 300 tambah 90 tambah 4 dan ini ialah 300 tambah 90 tambah 7. Dan kita tahu 4 ialah kurang daripada 7. Jika kamu melihat pada garis nombor, 4 adalah di hadapan 7. Jika kamu kira ke 7, kamu akan lalu 4, jadi 394 ialah kurang daripada 397. Dan cara kita menulisnya, kita hanya akan tulis 394 ialah kurang daripada 397. Dan cara yang saya gunakan untuk mengingatinya ialah nombor yang lebih kecil berada di sebelah yang lebih kecil. Kamu boleh bayangkan sebelah ini adalah lebih kecil daripada sebelah ini. Kita juga boleh menulisnya dengan cara lain. Kita boleh tulis 397 ialah lebih besar daripada 394. Satu kali lagi, nombor yang lebih besar ialah di sebelah benda kecil ini yang sedang membuka, atau sebelah yang mempunyai bahagian yang lebih besar pada simbol ini. Titik ini ialah sebelah yang lebih kecil. Ini ialah lebih besar. Disinilah kamu letak nombor yang lebih besar. Lebih daripada, kurang daripada.