[Guru] Nama saya?
Bagus!
Kamu?
Ya! Anne, Anne, bagus!
Nama saya?
[Budak perempuan memberi tanda isyarat] Miriam.
[Guru] Bagus! Bagus, bagus.
Kamu?
Nama kamu? Uh, uh, kamu bukan Anne.
Nama saya? Hmm. Kamu, kamu, kamu
[Budak lelaki] Kamu, kamu, kamu
[Guru] Hmm. Apa nama dia?
[Budak perempuan memberi tanda isyarat] "Cantik"
[Guru] Ya, cantik.
Dia sangat pandai dalam berbahasa isyarat
Ini adalah sangat penting kerana sekarang dia boleh berkomunikasi dengan orang lain
Apabila dia di rumah, dia tidak diajar bahasa isyarat di sana.
Adakah kamu gembira, gembira, gembira, gembira?
[Guru] Ya, gembira, gembira, gembira, gembira,
[Budak memberi tanda isyarat] Saya gembira berada di sekolah.
[Guru bercakap dan budak memberi tanda isyarat] Betul.
Setiap hari... kamu... datang... sekolah.
Ya.
[Memberi tanda isyarat dan mentafsir] Budak 6 tahun ini sangat gembira kerana akhirnya dia dapat
mengungkapkan perasaan mereka dan berkomunikasi dengan orang lain.
Hanya dengan mempelajari bahasa isyarat kanak-kanak pekak ini mampu berkomunikasi dengan sepenuhnya
Pada hari ini, kanak-kanak pekak dan orang muda di seluruh dunia selalunya dinafikan hak mereka terhadap pelajaran
Ini berikutan kekurangan guru-guru terlatih dalam bahasa isyarat
dan kekurangan kesedaran pada ibu bapa yang anak-anak mereka boleh dan mempunyai hak untuk ke sekolah.
Bahasa isyarat adalah mandatori jika golongan pekak ini mahu belajar. Tanpanya mereka tidak boleh belajar.
Jadi ia merupakan bahasa ibunda yang membantu mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Jadi tanpanya ia bermakna komunikasi berada pada tahap kosong
Dan kemudiannya tanpa komunikasi mereka tidak boleh menyampaikan kemahiran.
Di sini kita akan belajar tentang orang Eropah yang datang ke Afrika timur.
kenapa orang Eropah datang ke Kenya.
Lucy?
[Memberi tanda isyarat] Bagi mendapatkan tanah.
[Guru] Ok, kamu boleh kata untuk mendapatkan tanah.
Satu lagi?
[Memberi tanda isyarat] Mereka datang untuk berdagang.
[Guru] Mereka datang untuk berdagang. Itu betul.
Uh huh. Satu lagi?
[Memberi tanda isyarat] Sebab-sebab ekonomi.
[Guru] Sebab ekonomi
sama dengan berdagang... di mana mereka datang untuk berdagang. Ok?
Faham dengan baik.
Ia mungkin untuk golongan pekak untuk mempelajari apa-apa sahaja,
tetapi apa yang seharusnya berlaku adalah mereka memerlukan orang yang boleh berkomunikasi dengan mereka dengan baik
Orang yang boleh menggunakan bahasa isyarat.
Orang yang boleh memahami cara mereka bertindak.
Kamu lihat pada muka mereka, bagaimana mereka berkomunikasi,
badan mereka,
Guru-guru datang ke sini dan mengajar dengan baik dan saya faham.
[Elizabeth Gituku] Ia adalah sangat penting bagi kami mempunyai peluang pembelajaran
supaya mereka boleh menyertai penduduk lain dalam pekerjaan
and akan membuatkan mereka berdiri dengan sendiri, membuatkan mereka berdikari
dan juga menyara keluarga mereka.
[Memberi tanda isyarat dan mentafsir] Saya mahu menjadi seorang guru
mengajar kanak-kanak kecik di sekolah rendah.
[Memberi tanda isyarat dan mentafsir] Saya mahu menjadi seorang ahli farmasi.
[Memberi tanda isyarat dan mentafsir] Saya mahu menjadi seorang doktor atau peguam.
Kebanyakan kolej-kolej, lebih dari 90%, mereka sebenarnya tidak mempunyai bantuan sokongan untuk golongan pekak.
[Memberi tanda isyarat dan mentafsir] Sebagai contoh, saya sendiri, saya bersusah payah untuk menjadi akauntan.
Saya sudah lulus dengan baik dalam matematik, tetapi tiada kolej yang mahu menerima saya.
[Memberi tanda isyarat dan mentafsir] Jadi jika saya pergi ke universiti dan saya mendapati mereka tidak mempunyai penterjermah.
Saya akan mencari sesorang yang boleh membantu saya untuk menterjemah
kerana susah bagi saya untuk mengikuti sesuatu yang sedang berlaku tanpa seorang penterjemah
atau ... jika guru tersebut tidak menggunakan bahasa isyarat.
[Memberi tanda isyarat dan mentafsir] Dalam kelas, kami tidak mempunyai penterjemah tetapi saya belajar bersama-sama orang lain.
Jadi saya duduk bersama seseorang dan apabila pensyarah menulis sesuatu atau sedang mengajar
Saya selalu menyalin daripada kawan saya.
Jika saya mempunyai soalan, saya akan menulisnya dan menyerahkannya kepada orang yang mendengar
dan akan meminta pensyarah untuk menjelaskan.
[Bercakap dengan lembut] Kami terhalang kerana ketidakupayaan kami hanya menjejaskan telinga bukan pemikiran.
Pemikiran kanak-kanak pekak adalah sebaik seseorang yang boleh mendengar
[Menepuk tangan dan berbisik]
[Memberi tanda isyarat dan ] Dinafikan hak kemanusiaan terhadap pembelajaran dalam bahasa isyarat
mempunya kesan jangka panjang.
Jika kanak-kanak pekak tidak mengembangkan kebolehan untuk berkomunikasi, mereka tidak boleh belajar
dan mendapatkan pekerjaan dan terisisih dalam komuniti mereka sendiri.
[Memberi tanda isyarat] Saya suka belajar bahasa isyarat.