Setiap orang adalah pelajar dan juga pengajar. Ini adalah saya sedang diinspirasikan oleh tutor pertama saya, iaitu ibu saya, dan ini adalah saya sedang mengajar subjek Pengenalan Kebijaksanaan Buatan kepada 200 pelajar di Universiti Stanford. Saya dan para pelajar sukakan kelas ini tetapi terlintas difikiran saya dimana sementara perihal subjek kelas ini yang sangat ke hadapan dan moden namun teknologi pengajarannya tidak. Hakikatnya, saya menggunakan teknologi yang sama seperti kelas di kurun ke-14 ini. Perhatikan buku teks tersebut, pendeta di atas pentas itu, dan pelajar yang sedang tidur di belakang. (Gelak tawa) Sama seperti hari ini. Pengajar bersama saya, Sebastian Thrun, dan saya sendiri berpendapat pasti ada cara yang lebih baik. Kami mencabar diri sendiri untuk mengadakan kelas dalam talian yang setaraf atau lebih baik dari segi kualitinya dengan kelas kami di Stanford, tetapi kelas tersebut boleh disertai oleh sesiapa sahaja di dunia secara percuma. Kami mengumumkan kelas tersebut pada 29 Julai, dan dalam masa dua minggu, 50,000 orang telah mendaftar. Dan angka tersebut menjadi 160,000 pelajar dari 209 buah negara. Kami sangat teruja mendapat audiens sedemikian rupa, dan sedikit rasa gerun kerana kami belum selesai menyediakan kelas tersebut. (Gelak tawa) Jadi kami mula bekerja. Kami mengkaji apa yang telah dilakukan oleh orang lain, apa yang kami boleh tiru dan apa yang perlu diubah. Benjamin Bloom telah menunjukkan yang belajar seorang sama seorang adalah paling baik, jadi itulah yang cuba kami contohi, seperti saya dengan ibu, walaupun kami tahu yang kelas ini adalah seorang dengan beribu-ribu orang. Di sini, sebuah kamera video overhed sedang merakamkan saya yang sedang bercakap dan melukis di atas sekeping kertas. Seorang pelajar berkata, "Kelas ini rasanya seperti bersantai di sebuah bar bersama-sama seorang sahabat yang bijak yang sedang menerangkan sesuatu yang anda belum paham, tetapi hampir faham." Dan itulah matlamat kami. Daripada Akademi Khan, kami saksikan yang sebuah video pendek 10 minit lebih baik daripada cuba merakam kelas selama sejam dan meletakkannya dalam skrin format kecil. Kami mengambil keputusan untuk buat lagi pendek dan lebih interaktif. Video kami biasanya dua minit, kadang-kadang lebih pendek daripada itu, tidak pernah lebih daripada enam minit, dan kami berhenti seketika untuk satu soalan kuiz, supaya ia seperti kelas seorang dengan seorang. Di sini, saya sedang menerangkan bagaimana sebuah komputer menggunakan tatabahasa Bahasa Inggeris untuk menghuraikan ayat, dan di sini, kami berhenti dan pelajar perlu melakukan refleksi, dan memahami apa yang sedang berlaku dan menandakan kotak yang betul sebelum mereka meneruskan pelajaran. Para pelajar belajar dengan lebih baik apabila mereka melakukan latihans secara aktif. Kami mahu melibatkan mereka, supaya mereka dapat bergelut dalamn kesamaran dan membimbing mereka untuk mensintesiskan idea-idea utama dengan usaha mereka sendiri Kami biasanya mengelakkan soalan-soalan seperti, "Ini dia formulanya, sekarang berikan nilai Y apabila X sama dengan dua." Kami lebih sukakan soalan-soalan terbuka. Salah seorang daripada pelajar menulis"Sekarang saya nampak rangkaian Bayes dan contoh-contoh teori permainan di mana-mana sahaja saya pandang,." dan saya suka respon seperti itu. Itulah matlamat kami. Kami tidak mahu para pelajar menghafal formula; kami mahu mengubah cara mereka memandang dunia. Dan kami berjaya melakukannya. Atau, mungkin sepatutnya, para pelajar ini yang telah berjaya. Agak sedikit ironik kerana pada mulanya kami mahu menggoncang pendidikan tradisional tetapi dalam melakukannya, kami akhirnya telah menjadikan kelas dalam talian ini hampir menyerupai kelas kolej tradisional berbanding kelas-kelas dalam talian yang lain. Kebanyakan kelas dalam talian, video-videonya sentiasa mudah diperolehi. Anda boleh menontonnya bila-bila masa sahaja. Tetapi jika anda boleh menontonnya pada bila-bila masa, bermakna anda boleh menontonnya esok, dan jika anda boleh menontonnya esok, mungkin lama-kelamaan anda tidak akan menontonnya langsung. (Gelak tawa) Jadi, kami kembalikan semula inovasi tarikh tamat. (Gelak tawa) Anda boleh menonton video-video ini bila-bila masa yang anda mahu sepanjang minggu itu, tetapi pada akhir minggu, anda perlu menyiapkan kerja yang diberikan. Ini merangsang para pelajar untuk terus belajar, dan ia juga bermaksud mereka semua berusaha memahami perkara yang sama pada masa yang sama, jadi jika anda masuk ke forum perbincangan, anda boleh mendapat jawapan daripada rakan forum dalam beberapa minit sahaja Saya akan tunjukkan beberapa forum yang kebanyakannya diselenggarakan sendiri oleh para pelajar ini. Daripada Daphne Koller dan Andrew Ng, kami mempelajari konsep "menterbalikkan" (flipping) kelas. Para pelajar menonton video itu sendiri kemudian mereka akan berkumpul untuk membincangkan video-video tersebut. Daripada Eric Mazur, saya mempelajari tentang arahan rakan sebaya, yang rakan sebaya boleh menjadi guru yang paling baik, kerana mereka ini masih ingat bagaimana rasanya ketika tidak memahami sesuatu subjek. Saya dan Sebastian sudah tidak berapa ingat rasa itu. Pastinya, kami tidak boleh mengadakan perbincangan kelas dengan beratus-ratus ribu pelajar jadi kami menggalakkan dan menyemai forum-forum dalam talian ini. Dan akhirnya, dari Teach For America saya dapati yang sesebuah kelas bukanlah mengenai maklumat semata-mata. Apa yang lebih penting adalah motivasi dan tekad. Adalah penting untuk para pelajar ini melihat yang kami sedang berusaha kerasa untuk mereka dan mereka menyokong sesama sendiri. Kini, kelas ini telah berjalan selama 10 minggu, akhirnya, lebih kurang separuh daripada 160,000 pelajar tadi menonton sekurang-kurangnya satu video setiap minggu, dan lebih kurang 20,000 lagi menyiapkan kerja yang diberikan, dengan menghabiskan 50 sehingga 100 jam. Mereka memperoleh pernyataan pencapaian seperti ini. Apa yang boleh kita pelajari di sini? Kami telah mencuba beberapa idea lama dan juga beberapa idea baru dan menggabungkannya, tetapi ada beberapa idea yang belum dicuba. Sebastian sedang mengajar sebuah kelas lain sekarang. Saya akan mengajar sebuah kelas lagi pada musim luruh nanti. Standford Coursera, Udacity, MITx dan lain-lain ada lebih banyak kelas yang akan diadakan. Ini memang satu masa yang mengujakan. Tetapi bagi saya, apa yang paling mengujakan adalah sebahagiannya adalah data yang kami dapat kumpulkan. Kami mengumpul beribu-ribu interaksi untuk setiap seorang pelajar untuk setiap sebuah kelas, berbilion-bilion interaksi apabila digabungkan, dan kini kami boleh mula menganalisa dan apabila kami pelajari daripada data itu, melakukan experimentasi masa itulah mulanya revolusi sebenarnya Dan anda boleh melihat hasilnya daripada satu generasi baru para pelajar yang menakjubkan. (Tepukan)