Berikut adalah fungsi lukis kotak dengan sisi
50 piksel. Bagus, tetapi bagaimana jika saya
ingin lukis kotak sisi 50 piksel
dan satu lagi kotak sisi 100 piksel?
Kita tidak perlu hasilkan dua fungsi berasingan yang
melakukan perkara yang hampir sama. Sebaliknya, kita
boleh gunakan satu fungsi dengan parameter. Parameter
membolehkan kita hantar nilai ke fungsi yang
digunakan sebagai pembolehubah dalam fungsi tersebut.
Mari cuba tambah parameter yang dipanggil seperti ke
fungsi ini supaya kita boleh gunakannya untuk
membuat saiz kotak yang berbeza. Dalam editor fungsi,
anda boleh mengedit nama dan perihalan seperti sebelum
ini tetapi sekarang anda juga boleh menambah parameter.
Tulis nama parameter anda di ruang dan
klik Tambah Parameter. Ini akan wujudkan
blok merah dengan nama parameter yang baru
anda cipta. Kini kita boleh gantikan blok
bergerak ke hadapan 100 dengan parameter Ukuran
jadi ia akan bergerak ke hadapan "Ukuran". Klik simpan
dan tutup dan seret keluar blok baru lukis
kotak dari kategori fungsi dalam toolbox.
Anda akan melihat terdapat ruang kosong di
sebelah Ukuran kerana fungsi ingin tahu
apakah nilai Ukuran parameter yang harus dimasukkan.
Seret blok nombor dari kategori Matematik
dan letakkan di ruang ini. Cuba bagaimana anda boleh
gunakan fungsi ini berulang kali dengan ukuran
berbeza untuk hasilkan saiz kotak yang berbeza?
Cubalah sendiri!