Selepas tiga minggu di Afghanistan, kami sertai orang ramai di Lapangan Terbang Kabul. Kini, satu-satunya cara keluar dari negara. Terdapat banyak sekatan di sini. Banyak kereta. Ratusan orang ramai menunggu dalam kepanasan, berharap untuk penerbangan keluar. Jadi, kami hanya berusaha untuk masuk ke dalam kawasan lapangan terbang, an uh, saya harus katakan, ia cukup tegang. ia seperti, orang ramai yang terdesak ini berasak-asak, dan jeritan kanak-kanak, wanita serta bayi, dan um, ya. Ia bukan selalu anda melihat keadaan seperti ini. Beberapa orang berjaya melakukannya penat dan takut. Tapi, mereka yang bernasib baik. Mereka telah berjaya lalui pusat pemeriksaan Taliban, pengawal keselamatan Afghanistan, dan akhirnya, pintu lapangan terbang. Tapi mereka tidak boleh lupakan yang tertinggal di belakang. Kami akan keluar. Kami sangat gembira. Tapi hati kami hancur kerana negara kami, terutamanya mereka yang tidak dapat keluar, mereka yang sangkut di sini. Kami betul-betul sedih. Hati kami berdarah untuk mereka. Apa yang anda rasa semua para ibu, dengan anak perempuan yang sekarang akan membesar di bawah undang-undang Taliban? Perit. Banyak kesakitan. [Enjin kapal terbang mengaum.] Belakang barisan yang cukup panjang. Uh, pengangkutan dalam bebanan, kata mereka. Jelas, keutamaan mengeluarkan kanak-kanak dan bayi, secepat mungkin. Tapi, saya rasa kami mungkin akan berada di sini sebentar. Adakah anda bekerja dengan tentera A.S? Bukan tentera, tapi kami bekerja dengan Kementerian Pertahanan di Afghanistan. Tapi kami juga bekerja dengan orang luar. Jadi anda ada visa? Ya. Kami ada dokumen, dan juga visa. Semasa kami menemu ramah pasangan ini, tiba-tiba (mereka) jerit belakang kami. Sebuah kereta memecut. [Enjin kereta berlalu berdetus] Itu seorang bayi yang baru dilahirkan, baru berlalu, dalam kereta itu. Itu seorang bayi baru dilahirkan. Adakah anda nampak bayi itu? Ia sebesar ini. Bayi itu kami dapati, mengalami strok haba.