Kembali ke universiti... Papan kekunci saya sangat berminyak LOL [Tolong abaikan suara saya kerana saya sakit ˙◠˙] Sekarang merupakan semester kedua bagi tahun pertama saya di fakulti perubatan. Dan peperiksaan pertama kami bakal berlangsung dalam tiga hari lagi. Saya ketinggalan untuk bahagian ini. Saya merasakan saya patut merakam diri saya mengulang kaji untuk peperiksaan ini. Pada semester kali ini, kami tidak mempunyai begitu banyak peperiksaan, oleh itu setiap markah peperiksaan akan dinilai dan menjadi penyumbang utama bagi gred kami, yang mana ia sangat menakutkan. Hari ini hari Sabtu. Peperiksaan saya akan dijalankan pada hari Selasa dan saya tidak mempunyai apa-apa perancangan pada hari Isnin, jadi saya ada tiga hari penuh untuk mengulang kaji bagi peperiksaan kali ini, yang saya rasa lebih dari cukup masa yang sepatutnya saya perlukan jika saya menggunakannya secara bijak. Pada semester kali ini, kami belajar mengenai kardiovaskular, buah pinggang, dan sistem pernafasan, yang saya telah pelajari sebelumnya dalam bidang sarjana. Jadi, hanya berharap agar semuanya hanya dapat disemak semula. Tapi, saya juga lupa banyak perkara. serbuk puding krim pisang harus makan cepat semasa ia masih segar + berserta sedikit bijirin suapan besar masa untuk kopi☕️ kafein kafein kafein okey jom mulakan ulang kaji (੭˃ᴗ˂)੭ shabu shabu untuk makan malam! Selamat pagi ◡̈ Sekarang waktu untuk dobi pakaian ⊹ ࣪ ˖ Saya akan cuba habiskan ulang kaji hari ini, jadi esok saya hanya akan menguji pengetahuan saya. Mungkin itu tidak mampu untuk dicapai. Tengoklah macam mana. Soalan ujian akan ditanya daripada kesemua senarai soalan objektif ini dan sesetengah profesor memaklumkan secara spesifik topik yang pelajar perlu tahu. Jadi saya akan membaca sekali lalu daripada senarai ini dan kemudiannya mencatat nota-nota penting. sedang buat bibimbap~ simpan untuk makan kemudian :3 Baru-baru ini saya mula mendengar rakaman audio tentang '12 Peraturan untuk Hidup' oleh Jordan Peterson. Ia merupakan salah satu tajuk dalam kategori kesihatan dan kesejahteraan, Terima kasih kepada Audible yang merupakan penaja pada hari ini. Saya dapat melakukan perkara yang memberi saya semangat dengan mudah dalam rutin harian saya, dan ia membantu diri saya untuk melakukan perubahan secara positif dalam hidup.