KIta diminta untuk menyusun unit ukuran ini
kepada dua kategori: unit ukuruan U.S dan unit metrik.
Keduanya merupakan sistem yang berbeza. Anda akan menjadi biasa dengan kedua unit ini.
Kemudian, tentukan sama ada unit ini mengukur panjang, berat, jisim atau isipadu.
Liter ialah unit metrik.
Anda akan gunakannya dalam sistem metrik.
Gelen merupakan unit ukuran U.S.
Kita mengetahui bahawa
kalau anda mengisi gasolin di Eropah, anda akan
mengisinya dalam unit liter.
Di A.Ss, anda akan mengisinya
dalam unit gelen.
Sekarang kita akan bincangkan sama ada mereke adalah unit
isipadu ataupun bukan sebentar lagi.
Desigram, ini ialah sistem metrik.
Umumnya, apabila anda melihat awalan ini, desi, centi,
kilo, anda sedang berurusan dengan sistem metrik.
Mililiter
ini ialah sistem metrik
Gram juga ialah sistem metrik.
Begitu juga dengan meter.
Kaki ialah unit ukuran A.S.
Kita akan bincangkan sama ada jarak atau apa sahaja unit sebentar lagi.
Kilogram, sekali lagi, ia ialah unit metrik.
Kalau anda tidak memahami apa yang sedang saya lakukan, biru adalah
unit metrik, merah adalah unit ukuran A.S.
Centiliter, ini adalah unit metrik.
Centimeter, meter adalah unit metrik.
Lihat, kita mempunyai awalan dalam kedua-dua kes.
Centi bermaksud 1/100
Cup, ini adalah unit ukuran A.S.
Cup, unit ukuran A.S.
Meter, ini adalah sistem metrik.
Paun, unit ukuran A.S.
Inci, ini yang kami gunakan di A.S. Auns,
dan ela juga digunakan di A.S.
Sekarang kita telah bahagikan mereka.
Kesemua yang berwarna merah digunakan di A.S. Dan yang berwarna biru
digunakan di serata dunia dan
di sesetengah tempat di A.S.
Saya rasa ramai kecewa dengan A.S kerana
tidak kesemuanya ditukarkan kepada bentuk metrik kerana sistem metrik
sebenarnya lebih logik.
Ia senang untuk dikenal pasti apa yang dikatakan dan kita
akan berurusan dengan lebih mendalam selepas ini.
Sekarang, perkara seterusnya yang kita akan cari ialah sama ada
sesuatu itu adalah ukuran panjang, berat/jisim-- dan
mereka bukanlah perkara yang sama.
Jisim ialah berapa banyak bahan yang anda ada.
Berat ialah berapa banyak daya dengan graviti yang menarik pada jisim tersebut.
Dan ia akan bertukar mengikut planet yang anda berada.
Kemudian anda mempunyai isipadu, atau berapa banyak ruang yang anda guna.
Jadi ini adalah jarak.
Ia bergerak dalam satu dimensi.
Jisim ialah berapa banyak bahan yang ada.
Berat ialah berapa banyak daya bahan yang ditarik di
planet, oleh graviti.
Dan isipadu ialah berapa banyak ruang yang digunakan.
Sekarang mari fikirkan tentangnya.
Liter ialah isipadu.
Ini adalah isipadu.
Berapa banyak ruang yang anda gunakan
Gelen juga merupakan isipadu.
Itu di A,S dan di Eropah atau dalam sistem
metrik, ianya liter.
Ini adalah gram.
Gram ialah unit jisim.
Jadi decigram bermaksud 1/10 daripada gram.
Milimeter.
Meter ialah unit.
Meter di sini, ialah unit jarak atau panjang.
Milimeter, mili bermaksud 1/1,000 daripada 1 meter.
Kaki, itu juga merupakan unit bagi panjang.
Kilogram, ini bersamaan dengan 1000 gram
Kilo bermaksud 1000
Gram, ialah unit bagi berat.
Centiliter bermaksuf 1/100 daripada seliter
Liter ialah unit bagi isipadu
Kita telah tahu apa itu centimeter.
Meter ialah unit bagi panjang.
Centimeter bersamaan dengan 1/100 daripada satu meter.
Jadi ini ialah unit bagi panjang.
Cup, kita telah lihat beberapa kali.
Ia merupakan unit isipadu/
Meter ialah jarak
Paun, ianya merupakan unit bagi berat.
Inci ialah unit bagi panjang.
Satu auns-- anda perlu berhati-hati di sini-- jika seseorang
mempunyai 1 auns, ia bersamaan dengan 1/16 paun.
Ia merupakan unit bagi berat.
Kalau ditulis cecair auns, kita akan bercakap tentang
1/16 daripada pint, dan kemudian ia menjadi unit bagi isipadu
Apabila ia disebut auns sahaja, ia unit bagi
berat, 1/16 daripada 1 paun.
Akhir sekali, ela merupakan unit bagi jarak
Dan kita telah selesai