0:00:00.613,0:00:03.652 Kenapa kita belajar matematik? 0:00:03.652,0:00:06.200 Asasnya, kerana tiga sebab: 0:00:06.200,0:00:07.828 pengiraan, aplikasi, 0:00:07.828,0:00:09.728 pengiraan, aplikasi, 0:00:09.728,0:00:12.415 dan yang terakhir, yang malangnya [br]kurang diberikan perhatian, 0:00:12.415,0:00:14.520 dan yang terakhir, yang malangnya [br]kurang diberikan perhatian, 0:00:14.520,0:00:16.442 inspirasi. 0:00:16.442,0:00:18.714 Matematik merupakan sains corak. 0:00:18.714,0:00:22.072 Kita belajar berfikir secara logik, kritikal dan kreatif, 0:00:22.072,0:00:24.599 Kita belajar berfikir secara logik, kritikal dan kreatif, 0:00:24.599,0:00:27.525 tetapi yang diajar di sekolah, 0:00:27.525,0:00:29.844 tidak memberikan rangsangan yang baik. 0:00:29.844,0:00:31.269 Apabila pelajar kita bertanya, 0:00:31.269,0:00:32.944 "Kenapa kita belajar ni?" 0:00:32.944,0:00:34.905 Ini penting untuk kelas yang berikutnya 0:00:34.905,0:00:38.170 atau ujian yang akan datang. 0:00:38.170,0:00:39.972 Bukankah lebih bagus 0:00:39.972,0:00:42.490 kalau kadangkala kita membuat matematik 0:00:42.490,0:00:45.439 kerana ia menyeronokkan, mengasyikkan 0:00:45.439,0:00:47.529 atau kerana ia merangsang minda? 0:00:47.529,0:00:49.251 Ramai yang tak berpeluang untuk 0:00:49.251,0:00:51.570 memahami bagaimana ini boleh berlaku, 0:00:51.570,0:00:53.399 jadi biar saya berikan contoh 0:00:53.399,0:00:55.740 dengan koleksi nombor kegemaran saya, 0:00:55.740,0:00:58.468 nombor Fibonacci. (Tepukan) 0:00:58.468,0:01:00.520 Ya, ada peminat Fibonacci di sini. Bagus. 0:01:00.520,0:01:01.836 Ya, ada peminat Fibonacci di sini. Bagus. 0:01:01.836,0:01:03.952 Nombor-nombor ini boleh dihargai 0:01:03.952,0:01:05.830 dalam berbagai-bagai cara. 0:01:05.830,0:01:08.539 Dari sudut pengiraan, 0:01:08.539,0:01:10.216 ia sangat senang difahami 0:01:10.216,0:01:12.770 seperti 1 + 1 = 2, 0:01:12.770,0:01:14.773 1 + 2 = 3, 0:01:14.773,0:01:17.787 2 + 3 = 5, [br]3 + 5 = 8, 0:01:17.787,0:01:19.312 dan begitulah seterusnya. 0:01:19.312,0:01:21.489 Orang yang dikenali sebagai Fibonacci 0:01:21.489,0:01:24.669 sebenarnya bernama Leonardo of Pisa, 0:01:24.669,0:01:27.722 nombor-nombor ini diterangkan [br]dalam buku "Liber Abaci", 0:01:27.722,0:01:29.372 di mana dunia Barat telah diajar 0:01:29.372,0:01:32.199 kaedah aritmetik yang digunakan sekarang. 0:01:32.199,0:01:33.920 Dari segi aplikasi, nombor Fibonacci 0:01:33.920,0:01:36.103 selalu muncul dalam alam semula jadi. 0:01:36.103,0:01:37.960 selalu muncul dalam alam semula jadi. 0:01:37.960,0:01:39.700 Bilangan kelopak bunga 0:01:39.700,0:01:41.562 selalunya ialah nombor Fibonacci, 0:01:41.562,0:01:44.332 lingkaran bunga matahari atau nenas, 0:01:44.332,0:01:45.743 lingkaran bunga matahari atau nenas, 0:01:45.743,0:01:48.137 biasanya merupakan nombor Fibonacci. 0:01:48.137,0:01:51.640 Banyak lagi aplikasi nombor Fibonacci, 0:01:51.640,0:01:54.200 yang paling memberikan inspirasi 0:01:54.200,0:01:56.934 ialah corak nombor yang dipaparkan. 0:01:56.934,0:01:59.128 Ini salah satu kegemaran saya. 0:01:59.128,0:02:01.349 Katakan anda suka nombor kuasa dua, 0:02:01.349,0:02:04.024 siapa yang tak suka, kan? (Gelak ketawa) 0:02:04.040,0:02:06.280 Mari kita lihat nombor kuasa dua 0:02:06.280,0:02:08.131 bagi nombor-nombor Fibonacci. 0:02:08.131,0:02:10.161 1 kuasa dua = 1, 0:02:10.161,0:02:12.478 2 kuasa dua = 4, [br]3 kuasa dua = 9, 0:02:12.478,0:02:15.651 5 kuasa dua = 25, [br]dan seterusnya. 0:02:15.651,0:02:17.552 Jadi, tak hairanlah apabila 0:02:17.552,0:02:20.380 jumlah dua nombor Fibonacci yang berturut 0:02:20.380,0:02:22.412 menghasilkan nombor Fibonacci yang berikutnya. 0:02:22.412,0:02:23.807 Itu merupakan cara ia dicipta. 0:02:23.807,0:02:25.580 Anda tak akan menjangkakan apa-apa jika 0:02:25.580,0:02:28.656 nombor-nombor kuasa dua tersebut ditambah. 0:02:28.656,0:02:30.002 Cuba tengok ni. 0:02:30.002,0:02:32.003 1 + 1 = 2, 0:02:32.003,0:02:34.765 1 + 4 = 5, 0:02:34.765,0:02:36.960 4 + 9 = 13, 0:02:36.960,0:02:40.173 9 + 25 = 34, 0:02:40.173,0:02:42.832 dan corak itu berterusan. 0:02:42.832,0:02:44.453 Ini satu lagi contoh. 0:02:44.453,0:02:46.297 Katakan anda tambah beberapa 0:02:46.297,0:02:48.795 nombor kuasa dua Fibonacci yang awal. 0:02:48.795,0:02:50.403 Mari kita lihat apa hasilnya. 0:02:50.403,0:02:52.542 1 + 1 + 4 = 6. 0:02:52.542,0:02:55.547 6 + 9 = 15. 0:02:55.547,0:02:57.760 15 + 25 = 40. 0:02:57.760,0:03:00.551 40 + 64 = 104. 0:03:00.551,0:03:02.203 Tengok nombor-nombor ini. 0:03:02.203,0:03:04.587 Ia bukan nombor-nombor Fibonacci. 0:03:04.587,0:03:06.466 Tetapi jika anda lihat dengan teliti, 0:03:06.466,0:03:08.349 ada nombor Fibonacci 0:03:08.349,0:03:10.527 yang tersembunyi di dalamnya. 0:03:10.527,0:03:12.597 Nampak tak? Saya akan tunjukkan. 0:03:12.597,0:03:16.330 6 = 2 x 3, [br]15 = 3 x 5, 0:03:16.330,0:03:18.389 40 = 5 x 8, 0:03:18.389,0:03:21.317 2, 3, 5, 8, terima kasih kepada siapa? 0:03:21.317,0:03:22.504 (Gelak ketawa) 0:03:22.504,0:03:24.659 Semestinya, Fibonacci! 0:03:24.659,0:03:28.442 Corak ini memang menyeronokkan, 0:03:28.442,0:03:30.924 tapi lebih memuaskan jika kita faham 0:03:30.924,0:03:32.882 kenapa ia begitu. 0:03:32.882,0:03:34.771 Cuba lihat persamaan yang terakhir. 0:03:34.771,0:03:38.639 Kenapa kuasa dua kepada 1, 1, 2, 3, 5 dan 8 0:03:38.639,0:03:41.184 jumlahnya sama dengan 8 x 13? 0:03:41.184,0:03:44.145 Saya akan lukiskan satu gambar. 0:03:44.145,0:03:46.832 Ada satu segi empat 1 x 1, 0:03:46.832,0:03:50.997 dan satu lagi segi empat 1 x 1. 0:03:50.997,0:03:54.405 Hasilnya segi empat tepat 1 x 2. 0:03:54.405,0:03:56.954 Letakkan segi empat 2 x 2 di bawah, 0:03:56.954,0:03:59.749 dan segi empat 3 x 3 di sebelah, 0:03:59.749,0:04:01.750 segi empat 5 x 5 di bawah, 0:04:01.750,0:04:03.662 dan satu lagi segi empat 8 x 8, 0:04:03.662,0:04:06.234 membentuk segi empat tepat yang besar, kan? 0:04:06.234,0:04:08.150 Izinkan saya bertanya, 0:04:08.150,0:04:11.806 berapakah luas segi empat tepat itu? 0:04:11.806,0:04:13.777 Yang pertama, ia merupakan jumlah luas 0:04:13.777,0:04:16.307 Yang pertama, ia merupakan jumlah luas 0:04:16.307,0:04:18.173 semua segi empat di dalamnya, kan? 0:04:18.173,0:04:19.532 Sama seperti yang kita buat tadi. 0:04:19.532,0:04:21.704 1 kuasa dua + 1 kuasa dua, 0:04:21.704,0:04:23.937 + 2 kuasa dua, + 3 kuasa dua, 0:04:23.937,0:04:26.536 + 5 kuasa dua, + 8 kuasa dua. 0:04:26.536,0:04:28.393 Itu merupakan luasnya. 0:04:28.393,0:04:30.719 Yang kedua, luas sebuah segi empat tepat, 0:04:30.719,0:04:34.367 ialah tinggi x tapak, 0:04:34.367,0:04:36.414 tinggi = 8, 0:04:36.414,0:04:39.317 tapak = 5 + 8, 0:04:39.317,0:04:43.255 iaitu 13, nombor Fibonacci yang berikutnya, kan? 0:04:43.255,0:04:46.618 Jadi luasnya ialah 8 x 13 juga. 0:04:46.618,0:04:48.880 Kita telah mengira luas 0:04:48.880,0:04:50.567 dengan dua cara yang berbeza, 0:04:50.567,0:04:52.739 hasilnya mesti sama, 0:04:52.739,0:04:56.130 sebab itu kuasa dua kepada 1, 1, 2, 3, 5 dan 8, 0:04:56.130,0:04:58.421 jumlahnya sama dengan 8 x 13. 0:04:58.421,0:05:00.795 Jika kita teruskan proses ini, 0:05:00.795,0:05:04.773 hasilnya ialah segi empat tepat 13 x 21, 0:05:04.773,0:05:07.167 21 x 34, dan seterusnya. 0:05:07.167,0:05:08.576 Sekarang tengok ni. 0:05:08.576,0:05:10.769 Jika anda bahagi 13 dengan 8, 0:05:10.769,0:05:12.812 anda dapat 1.625. Bahagikan nombor 0:05:12.812,0:05:16.239 yang lebih besar dengan yang sebelumnya 0:05:16.239,0:05:19.112 nisbahnya akan semakin hampir 0:05:19.112,0:05:21.765 dengan kira-kira 1.618, 0:05:21.765,0:05:25.066 juga dikenali sebagai Nisbah Keemasan, 0:05:25.066,0:05:27.662 nombor yang mempesonakan ahli matematik, 0:05:27.662,0:05:30.908 saintis dan seniman sejak dulu. 0:05:30.908,0:05:33.139 Saya bentangkan semua ini kerana, 0:05:33.139,0:05:35.164 seperti kebanyakan matematik, 0:05:35.164,0:05:37.131 ia mempunyai aspek yang menakjubkan 0:05:37.131,0:05:39.146 yang sayangnya tak mendapat perhatian 0:05:39.146,0:05:40.713 di sekolah-sekolah kita. 0:05:40.713,0:05:43.546 Banyak masa dihabiskan untuk belajar mengira, 0:05:43.546,0:05:46.302 tetapi jangan lupa tentang aplikasinya 0:05:46.302,0:05:49.756 termasuk aplikasi yang paling penting, 0:05:49.756,0:05:51.832 belajar cara berfikir. 0:05:51.832,0:05:53.789 Saya simpulkan dalam satu ayat: 0:05:53.789,0:05:55.250 Saya simpulkan dalam satu ayat: 0:05:55.250,0:05:58.610 Matematik bukan hanya untuk mencari x, 0:05:58.610,0:06:01.535 tapi juga untuk mengetahui kenapa (why). 0:06:01.535,0:06:03.350 Terima kasih. 0:06:03.350,0:06:07.757 (Tepukan)