♪ (muzik) ♪
[Piawaian Kewartawanan]
Kewartawanan adalah amalan menyelidik
pengesahan dan membentangkan maklumat
kepada umum
Tetapi tak semua hasil kewartawanan
adalah sama
Bentuk laporan boleh jadi satu buletin
pendek yang cepat ditulis
hingga ke satu penyiasatan yang mengambil
masa dan usaha yang lama untuk dihasilkan
Ada laporan seakan-akan hasil
kewartawanan
yang mungkin tak mempunyai piawaian
& keteliltian yang sama
dengan laporan yang dihasilkan
oleh badan profesional
Lebih mengelirukan,
Maklumat palsu & mengelirukan di talian
kelihatan seperti hasil kewartawanan
Dengan pelbagai sumber berbeza
tersedia untuk kita
adalah penting untuk menentukan
maklumat mana yang boleh dipercayai
dan mana yang tidak
Satu cara penting adalah mendapatkan
maklumat daripada organisasi-organisasi
yang beroperasi mengikut
kepada satu set piawaian.
Organisasi berita profesional
tidak semestinya selalu betul,
namun, hasil kisahnya lebih diyakini jika
ia dihasilkan melalui proses
yang mempunyai komitmen ketepatan maklumat
Anda boleh menilai kualiti
laporan kewartawanan
dengan melihat beberapa piawaian
takrifan kewartawanan
Ketepatan
Adakah organisasi berita ini mempunyai
reputasi profesionalisma?
Adakah mereka mempunyai polisi dalam
memperbetul kesilapan?
Penyelidikan
Berapa ramaikah yang ditemuramah atau
dipetik dalam sebuah kisah?
Apa penyelidikan sokongan atau
statistik yang disertakan?
Sumber
Adakah yang dipetik kata seorang pakar
atau layak bercakap tentang sesuatu isu?
Latar belakang
Adakah kisah itu memuatkan maklumat
latarbelakang
supaya anda lebih jelas
dengan tema utamanya?
Kesaksamaan
Adakah isu dan orang yang dinyatakan
dengan bahasa neutral?
Tidak semua hasil kewartawanan boleh
menepati piawaian yang sama
Membiasakan diri dengan
organisasi berita profesional
dan piawaian yang menakrifkan
makna kewartawanan
boleh membantu kita memastikan
apa yang boleh dipercayai
♪ (muzik) ♪
[Dibawakan oleh CIVIX]
[Dengan sokongan daripada Kanada]