.
Kita telah melihat pengenalan ringkas
tentang mitosis dan meiosis.
Kita akan
mendalaminya dalam video ini.
Saya telah sediakan video tentang mitosis.
Dalam video ini,
kita akan mendalami meiosis.
Ini ialah ulang kaji bagi mitosis.
Kita mulakan dengan 1 sel diploid
dan berakhir dengan 2 sel diploid.
Pada dasarnya, ia menghasilkan salinannya.
Secara formal, mitosis ialah proses
mereplikasi nukleus,
tapi biasanya ia berakhir dengan
2 sel.
Sitokinesis akan berlaku.
Inilah mitosis.
Kita telah melihat fasa-fasa mitosis, iaitu:
profasa, metafasa, anafasa, dan telofasa.
Mitosis.
Mitosis berlaku dalam hampir semua sel somatik
semasa sel kulit kita mereplikasi,
begitu juga sel rambut dan
semua tisu di dalam badan kita, semuanya
mengalami mitosis.
Meiosis berlaku di dalam sel germa.
Ia digunakan untuk menghasilkan gamet
yang membantu
pembiakan seks.
Jika saya mulakan dengan 1 sel diploid,
ini ialah sel germa.
Ini bukannya apa-apa saja sel
di dalam badan.
Ini ialah sel germa.
Ia boleh mengalami mitosis untuk
menghasilkan lebih banyak sel germa.
Saya akan jelaskan bagaimana ia menghasilkan gamet.
Terdapat 2 fasa meiosis.
Fasa meiosis yang pertama
ialah meiosis 1, iaitu M1.
Saya tidak merujuk kepada penawaran wang.
Semasa fasa meiosis yang pertama, sel diploid ini
membahagi kepada 2 sel haploid.
Jika terdapatnya 43 kromosom,
maka setiap 1
mempunyai 23 kromosom, atau anda boleh anggap
terdapatnya 23 pasang di sini,
setiap 1 mempunyai 2 kromosom,
Setiap pasangan ini
membahagi di peringkat ini.
Semasa fasa meiosis 2, semua ini membahagi
seperti apa yang berlaku semasa mitosis.
Kita akan melihat
fasa-fasa ini nanti.
Hakikatnya, profasa, metafasa, anafasa, telofasa
juga berlaku semasa fasa-fasa meiosis.
Biar saya lukis sel yang terbentuk akhirnya.
Akhirnya, terbentuknya 4 sel, setiap 1
adalah haploid.
.
Anda boleh lihat,
setiap kromosom akan terbahagi
kepada 2, sini bermula dengan N
dan berakhir dengan 2 kromosom
yang setiap 1 mempunyai N, jadi ia
sangat serupa dengan ini.
Jumlah kromosom kekal.
Mari kita mendalami bagaimana semua ini berlaku.
Kebanyakan masa, sel berada dalam
peringkat interfasa.
Interfasa ialah masa apabila sel
berada dalam keadaan normal,
mentranskrisi dan melakukan apa yang sepatutnya.
Sama seperti mitosis, 1 perkara yang penting berlaku semasa
interfasa, iaitu
fasa S semasa interfasa.
Ini sel, nukleus berada di sini.
Saya akan melukis kromosom.
Ingat bahawa biasanya
kromosom berbelit-belit, ia wujud dalam bentuk
kromatin. Kita telah belajar tentangnya.
DNA berada dalam keadaan berbelit-belit.
Tapi saya akan melukisnya secara menebal kerana
saya mahu tunjukkan bahawa ia mereplikasi.
Saya perlu berhati-hati di sini.
Dalam video tentang mitosis, saya cuma ada 2 kromosom.
Ia mereplikasi dan terpisah.
Apabila bercakap tentang meiosis,
kita perlu berhati-hati dan
menunjukkan pasangan homolog.
Katakan, terdapatnya 2 pasangan homolog.
Biar saya gunakan warna yang betul.
Ini daripada ayah saya.
Ini daripada mak saya.
Kedua-duanya adalah homolog.
Katakan, terdapatnya 1 lagi
daripada ayah saya.
.
Biar saya gunakan biru.
Saya patut gunakan warna
yang sama.
Mungkin ini lebih panjang.
Anda tahu tentangnya.
Kemudian, kromosom homolog daripada mak saya, ia juga
lebih panjang.
Ini adalah seperti
apa yang berlaku semasa mitosis, anda boleh anggapnya
selalu berlaku semasa interfasa.
Ini tidak berlaku semasa meiosis atau mitosis.
DNA mereplikasi.
Ingat,
pasangan homolog bermakna kedua-duanya bukan
kromosom yang serupa, tapi ia mengekod
gen yang sama.
Ia mungkin mempunyai alel atau gen yang berbeza
bagi ciri-ciri yang tertentu, tapi ia mengekod
bahan yang sama.
Jadi, setiap kromosom dalam pasangan ini
mereplikasi.
Kromosom daripada ayah saya mereplikasi.
Ia mereplikasi dan terikat pada sentromer.
Kromosom daripada mak saya mereplikasi.
Ia terikat pada sentromer.
Begitu juga dengan yang ini.
Ini lebih pendek.
Oh, ia sepatutnya lebih panjang.
Ini lebih panjang.
Saya sepatutnya bezakan yang mana lebih
panjang dan pendek.
Begitu juga dengan kromosom daripada mak saya.
Ini ialah fasa S interfasa.
Kita belum sampai ke peringkat pembahagian sel.
Begitu juga
dengan sentrosom.
Kita telah lihat dalam video tentang mitosis,
sentrosom akan menghasilkan struktur mikrotubul yang
menarik dan memisahkan kromosom,
terdapat 1 sentrosom
di sini, ia akan
mereplikasi, jadi terbentuknya 2 sentrosom.
Semua ini berlaku semasa interfasa,
iaitu fasa S semasa interfasa,
bukannya peringkat pertumbuhan.
Selepas itu,
mitosis atau meiosis akan berlaku, tapi kita akan
memasuki meiosis sekarang.
Ini sel germa.
Kita akan lihat Profasa I.
Jika anda masih ingat, biar saya tuliskannya
kerana ia adalah penting.
Semasa mitosis, terdapatnya profasa, metafasa,
anafasa dan telofasa.
Saya tidak akan tulis kesemuanya.
PMAT.
Semasa meiosis 1 and 2,
semua fasa ini akan berlaku.
Jadi, profasa I, diikuti metafasa I,
anafasa I, dan telofasa I.
Selepas meiosis 1, semua fasa ini berlaku sekali lagi.
Jadi, profasa II, diikuti metafasa II,
anafasa II, dan telofasa II.
Anda perlu menghafal nama-nama ini,
khasnya jika anda
perlu mengambil ujian.
Yang penting, anda faham apa yang
berlaku. Anda hanya perlu ingat profasa,
metafasa, anafasa, telofasa. Ia meliputi
semuanya.
Anda hanya perlu ingat, meiosis berlaku 2 kali.
Terdapat sedikit perbezaan. Inilah
yang saya akan fokuskan di sini.
Mari kita lihat profasa I semasa meiosis I.
Ini profasa I.
Apakah yang akan berlaku?
Sama seperti profasa mitosis, beberapa perkara
akan berlaku.
Selubung nukleus mula menghilang.
Selubung nukleus mula menghilang.
Sentromer--, maaf, bukan sentromer.
Saya telah keliru.
Sepatutnya sentrosom.
Sentromer ialah bahan yang menyambungkan kromatid
beradik ini.
Sentrosom akan membantu perkembangan
gelendong, ia akan menjarakkan diri daripada
gelendong.
Ia akan menjarakkan diri dan bergerak ke
bahagian bertentangan
kromosom.
Ini ialah perkara yang sangat penting semasa profasa I.
Saya akan jelaskannya.
Ingat, semasa interfasa, walaupun saya melukisnya begini,
sebenarnya kromosom tidak berada dalam bentuk ini.
Kromosom berada dalam bentuk kromatin.
Sebenarnya, ia kelihatan seperti ini.
Kromosom berada di merata-rata tempat.
Adalah sangat sukar untuk melihatnya
dengan mikroskop.
Ia hanyalah sekelompak besar histon,
iaitu protein, dan DNA.
Itulah yang dirujuk sebagai kromatin.
Semasa profasa, ia akan terbentuk menjadi kromosom.
Ia akan mula mempunyai struktur.
Proses yang sama berlaku
semasa profasa mitosis.
Perkara yang menarik di sini ialah
pasangan homolog ini akan tersusun.
Saya telah melukisnya di sini, mungkin saya hanya
perlu salin dan tampalnya.
Biar saya lakukannya.
Saya telah katakan tadi
nukleus akan menghilang,
biar saya padamkan nukleus.
Saya telah katakan tadi.
Nukleus akan menghilang.
Protein akan muncul semasa profasa I.
Saya tidak akan melukis sel yang lengkap
kerana apa yang menarik
berlaku di nukleus, iaitu
peringkat nukleus.
Perkara yang menarik di sini yang
berbeza dengan mitosis ialah
pasangan homolog akan tersusun bersebelahan.
Ia bukan saja tersusun, malah berlakunya
gabungan semula genetik.
Di titik ini, iaitu
titik homolog, kedua-dua kromosom ini
akan saling menyilang.
Biar saya lukis dengan terperinci.
Biar saya fokuskan kepada kedua-dua kromosom ini.
Jadi, 1 kromosom daripada ayah saya, ia terdiri daripada
2 kromatid, ia telah mereplikasi, tapi kita hanya
anggapnya sebagai 1 kromosom. Kemudian,
1 kromosam daripada mak saya yang berwarna hijau.
Saya akan melukisnya begini.
1 kromosam daripada mak saya yang berwarna hijau.
Ia juga mempunyai 2 kromatid.
Kadangkala ia juga dipanggil tetrad
kerana ia mempunyai 4
kromatid, tapi ia berada dalam bentuk pasangan
kromosom homolog.
Ini ialah sentromer.
Terdapatnya persilangan. Ini ialah
proses yang sangat teratur.
Saya katakan teratur kerana ia menyilang di
titik homolog.
Ia menyilang di satu titik
dan berlakunya pertukaran gen yang serupa.
Ia tidak bermakna 1 kromosom mendapat 2 versi gen dan
1 kromosom lagi mendapat 2 versi gen yang lain.
Pertukaran berlaku di mana kedua-dua kromosom masih
mengekod gen yang berbeza, tapi ia mendapat
versi gen ataul alel yang berbeza, iaitu
versi-versi gen ini.
Selepas itu, kromosom daripada ayah saya
akan berubah, ia mungkin kelihatan
seperti ini.
Ia akan kelihatan seperti ini.
Kromosom daripada ayah saya ada
sebahagian kromosom daripada
mak saya, oh, kromosom mak saya berwarna
hijau-- Dan, kromosam daripada
mak saya ada sebahagian kromosom daripada ayah saya.
Ini adalah sangat menakjubkan kerana ia
mewujudkan variasi populasi.
Ia telah menjadi bahagian yang formal dalam proses meiosis.
Ia kerap berlaku.
Ia tidak berlaku secara rawak. Ia berlaku
secara teratur.
Ia berlaku, tapi tidak menghasilkan
gen yang tidak berguna.
Anda boleh bayangkan, bahagian ini dipanggil
kiasma, ia mungkin berlaku di dalam sesuatu
gen, ia mungkin akibatkan gangguan,
ia mungkin merosakkan penghasilkan protein
pada masa depan dan sebagainya.
Tapi, ia tidak berlaku.
Ia berlaku secara teratur.
Ia sebahagian daripada proses ini.
Jadi, ia juga berlaku semasa profasa I.
Selepas itu, yang ini mendapatkan sebahagian kecil
kromatid itu, begitu juga dengan
yang ini.
Jadi, semua ini berlaku semasa profasa I.
Berlakunya persilangan.
Selubung nukleus mula menghilang. Kemudian,
semua ini tersusun dan kromatin mula
menebal.
Semasa kita bercakap tentang mitosis,
banyak perkara yang berlaku.
Selepas itu, kita bersedia untuk
memasuki metafasa I.
Biar saya salin dan tampal apa yang telah dilukis tadi.
Selubung nukleus telah hilang.
Selubung nukleus telah hilang.
Sentrosom telah bergerak ke arah
bertentangan di dalam sel.
Mungkin saya patut melukis sel yang lengkap
kerana nukleus tidak lagi kelihatan.
Biar saya padamkan
nukleus.
Biar saya padamkan semua ini.
Kemudian, gelendong terhasil
atas bantuan sentrosom.
Seperti yang telah dipelajari, inilah yang
berlaku semasa mitosis.
Ia melekat pada kinetokor, iaitu
melekat pada sentromer kromosom.
Apa yang menarik di sini ialah setiap satu ini akan--
Biar saya lakukan sesuatu
yang menarik di sini.
Saya mahu tunjukkan bahawa
semua kromosom ayah saya
tidak bergerak ke arah yang sama,
begitu juga dengan kromosom mak saya.
Saya tidak mahu biarkannya begini.
Biar saya ubah kedudukannya.
Biar saya cuba.
Biar saya ubah kedudukannya.
Kedudukannya adalah secara
rawak, itulah yang mewujudkan variasi.
Seperti yang telah dipelajari,
pembiakan seks adalah penting
untuk mewujudkan variasi populasi.
Jadi, itulah dia.
Ia tidak semestinya begini.
Mungkin semua kromosom daripada ayah saya
bergerak ke arah
yang sama, begitu juga dengan kromosom mak saya.
Apabila ia melibatkan 23 pasangan,
kemungkinannya lebih rendah.
Jadi, kromosm ini daripada ayah saya.
Ia mempunyai sentromer.
Biar saya lukisnya.
Sebahagian gelendong ini melekat pada
kinetokor, iaitu struktur protein di dalam
sentromer.
Ini adalah seperti metafasa.
Ini sangat serupa dengan metafasa mitosis.
Ini dipanggil metafasa I, semua kromosom tersusun.
Kita akan memasuki anafasa I.
Anafasa I adalah menarik.
Jika anda masih ingat,
semasa anafasa mitosis, kromatid beradik
akan ditarik dan dipisahkan.
Tapi, ia adalah berbeza semasa
anafasa I meiosis.
Semasa kita memasuki anafasa I, hanya
pasangan homolog akan ditarik dan dipisahkan,
jadi kromatid kekal bersama
kromatid beradiknya.
Di bahagian ini, semua ini akan bergerak ke situ.
Tengok jika saya dapat
melukisnya.
Kromosom yang berwarna ungu.
Yang ini lebih pendek.
Ia mempunyai sebahagian kecil yang berwarna hijau.
Yang ini mempunyai sebahagian kecil yang berwarna ungu.
Kemudian, kromosom ungu yang lebih panjang.
Inilah anafasa I.
Ia akan ditarik dan dipisahkan, tapi
hanya pasangan homolog yang ditarik
dan dipisahkan, bukannya
kromotid.
Biar saya lukis ini.
Terdapatnya mikrotubul.
Sebahagiannya menyambung pada kinetokor.
Terdapatnya sentromer.
.
Semua ini berlaku di dalam sel dan
semua ini akan ditarik dan dipisahkan.
Ia adalah sama dengan anafasa semasa mitosis,
yang bebeza ialah
hanya pasangan homolog
yang ditarik dan dipisahkan,
bukannya kromosom yang ditarik dan dipisahkan
menjadi kromatid.
Jika anda terlupa tentangnya, anda boleh
melihat semula video tentang mitosis.
Jadi, inilah anafasa I.
Anafasa I.
Seperti yang anda boleh bayangkan,
semasa telofasa I,
setelah semua ini berada di penghujung sel--
saya mula berasa penat melukis semua ini, tapi
ia memberikan anda masa untuk memahaminya.
Jadi, semua ini berada di penghujung kiri sel, dan
semua ini berada di penghujung kanan sel.
Sekarang, mikrotubul mula menghilang.
Mungkin masih ada sedikit di situ, tapi ia
mula menghilang.
Sentromer masih ada di sini, ia berada di
kutub yang bertentangan.
Pada tahap tertentu,
semasa peringkat awal telofasa,
sel akan ditarik dan dipisahkan,
pada masa yang sama,
berlakunya sitokinesis.
Jadi, pada peringkat akhir telofasa I,
sitoplasma akan
membahagi, dan selubung
nukleus akan terbentuk.
Anda boleh anggapnya
bertentangan dengan profasa.
Ia bertentangan dengan profasa.
Selubung nukleus akan terbentuk,
dan pada peringkat akhir
telofasa I, ia akan membahagi sepenuhnya.
Jadi, inilah telofasa I.
Tadi, kita mulakan dengan 1 sel diploid.
Ia mempunyai 2 pasangan kromosom homolog, tapi ia
mempunyai 4 kromosom.
Sekarang, setiap sel hanya mempunyai 2 kromosom.
Pada dasarnya, setiap sel mempunyai sepasang
pasangan homolog, tapi ia berlaku secara rawak,
sebab itu, pelbagai variasi akan diwujudkan.
Sekarang, setiap sel ini akan mengalami
meiosis II, ia adalah sangat
serupa dengan mitosis.
Kadangkala, berlakunya fasa pertengahan dipanggil
interfasa II, iaitu sel berada dalam keadaan berehat,
dan sekarang sentromer akan
mereplikasi sekali lagi.
Saya telah melukis 2 sel ini secara berasingan.
Biar kita lihat apa yang berlaku seterusnya.
Katakan, sentromer-- Sebenarnya, saya
tidak patut melukis sentromer di dalam
nukleus seperti ini.
Sentromer patut berada di luar nukleus,
di luar nukleus yang baru terbentuk.
Kemudian, ia akan mereplikasi
pada masa ini.
Jadi, kita ada 2 sel.
.
Biar saya salin dan tampal apa yang saya ada.
Kromosom ini berada di sini.
Ia mempunyai sebahagian kecil yang berwarna hijau ini.
Kromosom berwarna hijau yang
lebih panjang berada di sini.
Yang ini mempunyai sebahagian kecil
yang berwarna ungu di sini.
Biar saya lukis kromosom ungu ini di situ.
Ia mempunyai 1 kromatid seperti ini dan satu lagi
seperti ini.
Apabila ia memasuki profasa II, rasanya
apakah yang akan berlaku?
Seperti biasa, terdapatnya selubung nukleus
yang terbentuk semasa telofasa I.
Ia hanya wujud sementara.
Ia mula menghilang sekali lagi.
Ia mula menghilang sekali lagi.
Kemudian, terdapatnya sentromer.
Ia mula memanjang.
Ia mereplikasi dan sekarang ia mula memanjang
sementara ia menghasilkan gelendong.
Ia memanjang ke arah yang bertentangan.
Ini berlaku di dalam kedua-dua sel.
Ia bergerak ke arah bertentangan
sementara ia menghasilkan
gelendong.
Saya mahu tegaskan, kita sedang bercakap tentang
2 sel.
Ini sel pertama dan ini sel kedua.
Ia akan memasuki metafasa II yang
sama dengan metafasa I, atau metafasa mitosis,
iaitu kromosom akan tersusun.
Biar saya lukisnya begini.
Sekarang, sentromer telah bergerak ke kedua-dua
kutub sel.
Inilah sentromer.
Terdapatnya gelendong.
Terdapatnya gelendong.
Oh, maaf, adakah saya memanggilnya sentromer?
Ia sepatutnya ialah sentrosom.
Sentrosom.
Entah sudah berapa lama saya memanggilnya sentromer.
Ini ialah sentrosom, saya telah keliru.
Mungkin ini akan membantu anda.
Sentromer ialah bahan yang menyambungkan
2 kromatid beradik.
Inilah sentromer.
Sentrosom ialah bahan yang
menghasilkan gelendong.
Kromosom tersusun semasa metafasa.
Metafasa melibatkan menyusunan kromosom.
Biar saya lukisnya.
Jadi, terdapatnya ini dan ini.
Yang ini juga mempunyai bahagian
yang bewarna ungu.
Yang ini panjang dan berwarna ungu.
Terdapat sebahagian kecil.
Yang ini berwarna hijau dan panjang,
ia mempunyai
sebahagian kecil yang berwarna hijau,
yang ini hijau dan
pendek.
Semua ini tersusun.
Sebahagian gelendong ini telah melekat pada
sentromer, atau kinetokor yang terdapat pada
sentromer, ia menyambungkan
kromatid beradik ini.
Membran nukleus tidak lagi kelihatan.
Kedua-dua ini ialah 2 sel yang berasingan.
Anda dapat teka apa yang akan berlaku semasa anafasa II.
Ia adalah seperti anafasa mitosis.
Anafasa II.
Semua ini ditarik dan dipisahkan oleh
mikrotubul kinetokor,
sementara mikrotubul yang lain terus berkembang
dan menarik dan memisahkan kedua-dua ini.
Biar saya tunjukkannya.
Inilah perbezaan antara
anafasa II dengan anafasa I.
Semasa anafasa I,
pasangan homolog dipisahkan,
bukannya kromosom yang dipisahkan.
Semasa anafasa II,
tidak terdapatnya pasangan homolog,
hanya terdapat kromatid beradik.
Semua ini dipisahkan,
ia adalah sangat serupa dengan
anafasa mitosis.
Ini ditarik ke arah itu, jadi ia kelihatan
begini.
Melukis ialah bahagian yang
paling susah dalam video ini.
Jadi, kromatid ini ditarik di situ.
Kromatid ini ditarik ke arah itu.
Ia mempunyai sebahagian kecil yang berwarna hijau.
Yang berwarna hijau ini ditarik ke arah itu
bersama-sama kromosom yang lebih panjang.
Yang satu lagi ditarik ke arah itu,
ia dilakukan oleh mikrotubul yang
melekat pada struktur kinetokor, sentrosom
bertindak sebagai penyelaras.
Semua ditarik dan dipisahkan.
Anafasa melibatkan penarikan dan pemisahan
kromosom atau
penarikan dan pemisahan sesuatu.
Biar saya letakknya di situ.
Begitu juga dengan bahagian sel ini.
Ini ialah 1 sel.
Sama seperti semasa mitosis,
sebaik kromatid beradik
terpisah, ia akan dirujuk sebagai kromosom, atau
kromosom beradik.
Ini berlaku sebanyak 2 kali.
Ini juga berlaku di dalam sel yang kedua.
Sel kedua kelihatan lebih kemas.
Persilangan tidak berlaku.
Kromosom ungu ini berada di sini.
Ia terpisah menjadi 2 kromatid yang dipanggil
kromosom sekarang, atau kromosom beradik.
Yang ini pula, ia terpisah menjadi bahagian hijau yang
pendek ini.
Ia mempunyai sebahagian kecil
yang berwarna ungu di situ.
Ia akan ditarik dan dipisahkan oleh
sentrosom.
Saya mahu pastikan saya gunakan perkataan yang betul.
Entah jika saya gunakan sentromer sepanjang masa tadi.
Harap-harap anda belajar
daripada kesilapan saya kerana ia ialah kesilapan
yang tidak diduga.
Inilah anafasa.
Semuanya ditarik dan dipisahkan.
Anda boleh bayangkan apa dia telofasa II.
Saya tidak perlu melukisnya semula.
Semasa telofasa II, semua ini terus ditarik dan dipisahkan.
Inilah telofasa II.
Semua ini terus ditarik dan dipisahkan.
Sel akan memanjang.
Lekukan ini akan muncul di sini.
Semasa semua ini ditarik dan dipisahkan,
sitokinesis juga berlaku.
Mikrotubul mula menghilang dan
nukleus akan terbentuk di sini.
Apakah yang berlaku akhirnya?
Ini akan membentuk nukleus yang mempunyai
kromosom ungu dan sebahagian kecil hijau ini,
dan kromosom hijau dan
panjang, ia mempunyai membran nukleus.
Terdapatnya sitoplasma di dalam
sel.
Satu lagi di sini,
1 kromosom ungu yang pendek
dan 1 kromosom hijau yang panjang.
Ia mempunyai membran nukleus dan
sitoplasma yang mengelilinginya.
Kemudian, di bahagian ini,
perkara yang serupa berlaku.
Lihat ini, yang pertama ini mempunyai 2
kromosom hijau yang panjang.
Kedua-duanya terpisah.
Terdapat 1 kromosom ungu yang panjang di sel itu.
Begitu juga dengan sel ini.
Di bahagian atas, terdapatnya 1 kromosom hijau yang pendek.
Di sini, terdapat 1 kromosom hijau yang pendek, ia mempunyai
sebahagian kromosom homolog
daripada ayah saya.
Ia juga mempunyai membran nukleus.
Ia juga mempunyai sitoplasma
di dalam sel. Kita akan belajar lebih banyak tentang
bahan-bahan yang lain.
Jadi, apa yang berlaku di sini ialah
kita mulakan daripada 1 sel diploid--
Kita mulakan daripada mana?
Kita mulakan daripada 1 sel germa diploid. Kemudian,
berlakunya 2 peringkat pembahagian.
Di peringkat 1, pasangan homolog terpisah, tapi ia
mengalami persilangan,
iaitu gabungan semula genetik
Ia sesuatu yang penting semasa meiosis yang
mewujudkan variasi dalam sesuatu spesis
atau perkumpulan gen.
Di peringkat 2, kromatid beradik terpisah, iaitu
sama seperti apa yang berlaku semasa mitosis.
Akhirnya, terbentuknya 4 sel haploid, setiap sel ini
mempunyai separuh daripada jumlah kromosom, semua ini
dipanggil gamet.
Gamet.