Saya Lydia Winters, pengarah jenama Mojang dan kami pencipta permainan Minecraft. 2 00:00:07,309 --> 00:00:12,330 Perkara kegemaran saya di Minecraft adalah meneroka. Saya suka mengembara di gua untuk mencari item. Sebagai seseorang yang bukan pengaturcara, saya teruja untuk menonton latihan Minecraft dan pelajari coding secara sendiri Tahap terakhir memerlukan banyak blok bergerak ke hadapan. Ia adalah lebih mudah jika kita hanya boleh memberitahu komputer untuk melaksanakan perintah bergerak ke hadapan empat atau lima kali. Nasib baik komputer amat baik dalam mengulangi perintah dengan ulangan. Semasa membina Minecraft, kami menggunakan ulangan untuk meletakkan semua bahan-bahan untuk mewujudkan dunia baru. Ia mengandungi beribu-ribu blok. Kami juga gunakan ulangan untuk tugas kecil, contohnya membolehkan kaki Alex bergerak ke depan dan belakang semasa berjalan. Ulangan adalah perintah yang kuat dalam pengaturcaraan. Dah nak malam jadi di tahap yang seterusnya, kita akan membina rumah untuk keselamatan. Kita akan gunakan blok ulangan untuk melakukannya dengan mudah. Untuk membina dinding rumah kami, kita boleh memberitahu Alex untuk bergerak ke hadapan dan letakkan papan empat kali atau memberitahunya untuk bergerak ke hadapan dan letakkan satu papan, kemudian ambil perintah ini dan gunakan blok ulangan untuk mengulangi tindakan ini beberapa kali. Sekarang kita akan klik pada blok ulangan dan beritahu Alex berapa kali kita mahu dia mengulangi tindakan ini. Jom, mari kita mula membina rumah sebelum menjelang malam! Berseronok.