Saya Lydia Winters, pengarah jenama Mojang
dan kami pencipta permainan Minecraft.
2
00:00:07,309 --> 00:00:12,330
Perkara kegemaran saya di Minecraft adalah
meneroka. Saya suka mengembara di gua untuk
mencari item. Sebagai seseorang yang bukan
pengaturcara, saya teruja untuk menonton
latihan Minecraft dan pelajari coding
secara sendiri
Tahap terakhir memerlukan banyak blok bergerak ke hadapan. Ia adalah lebih
mudah jika kita hanya boleh memberitahu komputer untuk melaksanakan perintah
bergerak ke hadapan empat atau lima kali.
Nasib baik komputer amat baik dalam mengulangi perintah
dengan ulangan. Semasa membina Minecraft, kami
menggunakan ulangan untuk meletakkan semua
bahan-bahan untuk mewujudkan dunia baru. Ia
mengandungi beribu-ribu blok. Kami juga gunakan
ulangan untuk tugas kecil, contohnya membolehkan
kaki Alex bergerak ke depan dan belakang semasa berjalan.
Ulangan adalah perintah yang kuat dalam
pengaturcaraan.
Dah nak malam jadi di tahap yang seterusnya, kita akan membina rumah untuk keselamatan.
Kita akan gunakan blok ulangan untuk melakukannya
dengan mudah. Untuk membina dinding rumah kami,
kita boleh memberitahu Alex untuk bergerak ke hadapan dan
letakkan papan empat kali atau memberitahunya
untuk bergerak ke hadapan dan letakkan satu papan,
kemudian ambil perintah ini dan gunakan blok ulangan
untuk mengulangi tindakan ini beberapa kali.
Sekarang kita akan klik pada blok ulangan dan beritahu
Alex berapa kali kita mahu dia mengulangi
tindakan ini. Jom, mari kita mula membina
rumah sebelum menjelang malam! Berseronok.