Saya Lydia Winters, pengarah jenama Mojang dan kami cipta permainan kecil Minecraft. Saya suka menjelajah di Minecraft. Saya suka mengembara dalam gua dan mencari. Saya bukan pengatur cara, jadi saya amat teruja untuk melalui kelas Minecraft dan belajar atur cara. Dulu banyak blok moveForward(); dipakai. Ia lebih mudah jika komputer diberitahu untuk bergerak ke depan 4 atau 5 kali. Komputer pandai mengulangi arahan dengan gelung berulang. Apabila membina Minecraft, gelung berulang digunakan bagi menyediakan bahan untuk dunia baru. Ia merupakan ribuan blok. Kami juga gunakan gelung untuk benda kecil, seperti menggerakkan kaki Alex semasa berjalan. Gelung berulang amat berkuasa dalam mengatur cara.