Saya Lydia Winters, pengarah jenama Mojang
dan kami cipta permainan kecil Minecraft.
Saya suka menjelajah di Minecraft.
Saya suka mengembara dalam gua dan
mencari. Saya bukan pengatur cara,
jadi saya amat teruja untuk melalui kelas
Minecraft dan belajar atur cara.
Dulu banyak blok moveForward(); dipakai.
Ia lebih mudah jika komputer diberitahu
untuk bergerak ke depan 4 atau 5 kali.
Komputer pandai mengulangi arahan
dengan gelung berulang. Apabila membina
Minecraft, gelung berulang digunakan bagi
menyediakan bahan untuk dunia baru.
Ia merupakan ribuan blok. Kami juga
gunakan gelung untuk benda kecil, seperti
menggerakkan kaki Alex semasa berjalan.
Gelung berulang amat berkuasa
dalam mengatur cara.