1 00:00:00,786 --> 00:00:04,781 Saya berumur 8 tahun dan saya sangat bangga. 2 00:00:04,781 --> 00:00:08,340 Ayah saya telah membina rumah luar terbaik 3 00:00:08,340 --> 00:00:10,930 di kampung kami di Ukraine. 4 00:00:10,930 --> 00:00:14,479 Di dalam, tanah berbau dan lubang merekah, 5 00:00:14,479 --> 00:00:18,485 tapi di luar, ia berfomika putih 6 00:00:18,485 --> 00:00:22,113 dan ia berkilat di bawah sinaran matahari. 7 00:00:22,113 --> 00:00:25,670 Ini membuat saya berasa sangat bangga dan penting 8 00:00:25,670 --> 00:00:28,710 sehingga saya melantik diri sendiri sebagai ketua dalam kalangan kawan-kawan saya 9 00:00:28,710 --> 00:00:31,490 dan saya memikirkan misi-misi untuk kami. 10 00:00:31,490 --> 00:00:33,803 Kami merayau-rayau dari rumah ke rumah 11 00:00:33,803 --> 00:00:37,170 mencari lalat yang tertangkap di sarang labah-labah 12 00:00:37,170 --> 00:00:39,557 dan kami membebaskannya. 13 00:00:39,557 --> 00:00:41,865 4 tahun lalu, semasa saya berusia 1 tahun, 14 00:00:41,865 --> 00:00:43,310 setelah kejadian Chernobly, air hujan berwarna hitam, 15 00:00:43,310 --> 00:00:45,641 setelah kejadian Chernobly, air hujan berwarna hitam, 16 00:00:45,641 --> 00:00:47,841 rambut adik saya gugur secara bergumpal, 17 00:00:47,841 --> 00:00:50,398 saya berada di hospital selama 9 bulan. 18 00:00:50,398 --> 00:00:51,950 Tiada pelawat dibenarkan, 19 00:00:51,950 --> 00:00:55,962 jadi mak saya merasuah seorang pekerja hospital. 20 00:00:55,962 --> 00:00:58,693 Dia dapat uniform jururawat, 21 00:00:58,693 --> 00:01:03,038 dia menyelinap masuk setiap malam dan duduk di sisi saya. 22 00:01:03,038 --> 00:01:06,098 5 tahun kemudian, sesuatu yang tidak terjangka berlaku. 23 00:01:06,098 --> 00:01:10,200 Sebab kejadian Chernobyl, kami diberikan perlindungan di A.S. 24 00:01:10,200 --> 00:01:14,419 Saya berumur 6 tahun, saya tak menangis semasa kami meninggalkan kampung 25 00:01:14,419 --> 00:01:15,470 untuk datang ke Amerika, 26 00:01:15,470 --> 00:01:19,218 kerana saya menjangkakannya sebuah tempat yang dipenuhi 27 00:01:19,218 --> 00:01:23,398 benda yang jarang ditemui seperti pisang, coklat, 28 00:01:23,398 --> 00:01:25,839 dan gam kunyah Bazooka, 29 00:01:25,839 --> 00:01:29,932 gam kunyah Bazooka yang ada pembalut kartun di dalam, 30 00:01:29,932 --> 00:01:33,049 Bazooka yang kami dapat sekali setahun di Ukraine 31 00:01:33,049 --> 00:01:37,085 dan kami mengunyah sekeping selama seminggu. 32 00:01:37,085 --> 00:01:38,891 Pada hari pertama kami di New York, 33 00:01:38,891 --> 00:01:41,124 nenek saya dan saya terjumpa satu sen 34 00:01:41,124 --> 00:01:44,867 di atas lantai di sebuah rumah perlindungan yang keluarga saya diami. 35 00:01:44,867 --> 00:01:46,402 Kami tidak tahu ia untuk orang yang tidak berumah. 36 00:01:46,402 --> 00:01:49,493 Kami ingat ia sebuah hotel, hotel yang dipenuhi tikus. 37 00:01:49,493 --> 00:01:54,075 Satu sen ini seperti telah memfosil di lantai, 38 00:01:54,075 --> 00:01:57,071 kami ingat seseorang yang kaya telah meninggalkannya di situ 39 00:01:57,071 --> 00:01:59,565 kerana orang biasa tidak akan kehilangan wang begitu saja. 40 00:01:59,565 --> 00:02:02,122 Saya meletakkan satu sen ini di tapak tangan saya. 41 00:02:02,122 --> 00:02:04,784 Ia melekit dan berkarat, 42 00:02:04,784 --> 00:02:07,815 tapi saya berasa sangat kaya. 43 00:02:07,815 --> 00:02:09,873 Saya putuskan bahawa saya akan mendapatkan 44 00:02:09,873 --> 00:02:11,940 gam kunyah Bazooka untuk diri sendiri. 45 00:02:11,940 --> 00:02:15,925 Pada saat itu, saya berasa seperti seorang jutawan. 46 00:02:15,925 --> 00:02:17,751 Kira-kira setahun kemudian, saya mempunyai perasaan yang sama 47 00:02:17,751 --> 00:02:20,994 apabila kami terjumpa sebuah beg yang dipenuhi patung haiwan di dalam tong sampah. 48 00:02:20,994 --> 00:02:22,725 Tiba-tiba, saya mempunyai mainan 49 00:02:22,725 --> 00:02:25,469 yang paling banyak sepanjang hidup saya. 50 00:02:25,469 --> 00:02:27,854 Saya mempunyai perasaan yang sama lagi apabila 51 00:02:27,854 --> 00:02:29,651 pintu rumah kami di Brooklyn diketuk, 52 00:02:29,651 --> 00:02:32,140 adik saya dan saya nampak seorang penghantar 53 00:02:32,140 --> 00:02:34,693 bersama sekotak piza yang kami tidak pesan. 54 00:02:34,693 --> 00:02:37,882 Kami menerima piza itu, piza kami yang pertama. 55 00:02:37,882 --> 00:02:40,721 Kami membaham kepingan piza 56 00:02:40,721 --> 00:02:44,110 sementara penghantar itu berdiri dan merenung kami di muka pintu. 57 00:02:44,110 --> 00:02:47,110 Dia meminta bayaran, tapi kami tidak pandai berbahasa Inggeris. 58 00:02:47,110 --> 00:02:49,538 Mak saya keluar, penghantar itu meminta bayaran daripadanya, 59 00:02:49,538 --> 00:02:50,828 tapi mak saya tidak mempunyai wang yang cukup. 60 00:02:50,828 --> 00:02:54,248 Setiap hari, dia pergi dan balik ke tempat kerja melalui 50 blok bangunan 61 00:02:54,248 --> 00:02:56,917 hanya untuk menjimatkan tambang bas. 62 00:02:56,917 --> 00:02:58,783 Kemudian, jiran kami datang. 63 00:02:58,783 --> 00:03:01,373 Dia marah apabila dia sedar bahawa 64 00:03:01,373 --> 00:03:03,719 pendatang di tingkat bawah 65 00:03:03,719 --> 00:03:07,728 telah menerima pizanya. 66 00:03:07,728 --> 00:03:09,284 Semua orang marah. 67 00:03:09,284 --> 00:03:13,125 Tapi, piza itu sedap. 68 00:03:13,125 --> 00:03:19,086 Selepas beberapa tahun barulah saya sedar bahawa kami sangat miskin. 69 00:03:19,086 --> 00:03:21,400 Pada ulang tahun ke-10 kami di A.S., 70 00:03:21,400 --> 00:03:23,508 kami mahu meraikannya dengan menempah sebuah bilik 71 00:03:23,508 --> 00:03:26,319 di hotel yang kami diami semasa kami baru tiba di A.S. 72 00:03:26,319 --> 00:03:28,809 Lelaki di meja depan ketawa, katanya, 73 00:03:28,809 --> 00:03:31,606 "Ini tempat perlindungan untuk orang yang tidak berumah." 74 00:03:31,606 --> 00:03:33,828 Kami terkejut. 75 00:03:33,828 --> 00:03:37,834 Suami saya, Brian, juga tidak berumah semasa dia masih kecil. 76 00:03:37,834 --> 00:03:40,924 Keluarganya kehilangan semuanya. Pada usia 11, 77 00:03:40,924 --> 00:03:43,677 dia terpaksa tinggal di motel bersama ayahnya, 78 00:03:43,677 --> 00:03:46,610 motel yang tidak akan memberikan makanan 79 00:03:46,610 --> 00:03:50,290 sehingga mereka mampu membayar bil. 80 00:03:50,290 --> 00:03:52,495 Pada suatu hari, apabila dia mendapat 81 00:03:52,495 --> 00:03:56,091 Frosted Flakes, ia dikelilingi lipas. 82 00:03:56,091 --> 00:03:58,007 Tapi, dia mempunyai sesuatu. 83 00:03:58,007 --> 00:04:00,468 Dia mempunyai kotak kasut yang sentiasa dibawanya 84 00:04:00,468 --> 00:04:03,114 yang mengandungi 9 buah komik: 85 00:04:03,114 --> 00:04:06,260 2 G.I. Joes yang dilukis seperti Spider Man 86 00:04:06,260 --> 00:04:09,323 dan 5 Gobots. Ia bernilai bagi dia. 87 00:04:09,323 --> 00:04:12,318 Itu merupakan koleksi hero 88 00:04:12,318 --> 00:04:14,521 yang menjauhkannya daripada dadah dan geng 89 00:04:14,521 --> 00:04:17,317 dan tidak berputus asa terhadap impian. 90 00:04:17,317 --> 00:04:18,365 Saya akan menceritakan 91 00:04:18,365 --> 00:04:21,157 seorang lagi ahli keluarga kami yang dahulunya tidak berumah. 92 00:04:21,157 --> 00:04:22,855 Ini Scarlet. 93 00:04:22,855 --> 00:04:25,924 Dulu, Scarlet digunakan sebagai umpan dalam pertarungan anjing. 94 00:04:25,924 --> 00:04:28,340 Scarlet diikat dan dibuang ke tempat pertarungan 95 00:04:28,340 --> 00:04:32,376 untuk diserang anjing-anjing lain agar anjing-anjing ini menjadi lebih agresif sebelum pertarungan. 96 00:04:32,376 --> 00:04:36,616 Sekarang, Scarlet makan makanan organik 97 00:04:36,616 --> 00:04:39,143 dan tidur di katil ortopedik yang tertera namanya. 98 00:04:39,143 --> 00:04:43,559 Apabila kami menuang air ke dalam mangkuknya, 99 00:04:43,559 --> 00:04:47,548 Scarlet akan melihat ke atas dan menggoyang-goyangkan ekornya sebagai tanda berterima kasih. 100 00:04:47,548 --> 00:04:50,766 Kadangkala, Brian dan saya berjalan-jalan di taman bersama Scarlet. 101 00:04:50,766 --> 00:04:53,185 Scarlet bergolek-golek di atas rumput 102 00:04:53,185 --> 00:04:55,586 dan kami melihatnya. 103 00:04:55,586 --> 00:04:57,406 Kemudian, kami saling memandang 104 00:04:57,406 --> 00:05:01,413 dan kami berasa bersyukur. 105 00:05:01,413 --> 00:05:05,044 Kami melupakan semuanya tentang kekecewaan baru kelas pertengahan 106 00:05:05,044 --> 00:05:06,919 dan kehampaan, 107 00:05:06,919 --> 00:05:09,603 kami berasa seperti jutawan. 108 00:05:09,603 --> 00:05:10,753 Terima kasih. 109 00:05:10,753 --> 00:05:14,746 (Tepukan)