Saya berumur 8 tahun
dan saya sangat bangga.
Ayah saya telah
membina rumah luar terbaik
di kampung kami
di Ukraine.
Di dalam, tanah berbau
dan lubang merekah,
tapi di luar,
ia berfomika putih
dan ia berkilat
di bawah sinaran matahari.
Ini membuat saya berasa
sangat bangga dan penting
sehingga saya melantik diri sendiri sebagai ketua
dalam kalangan kawan-kawan saya
dan saya memikirkan
misi-misi untuk kami.
Kami merayau-rayau
dari rumah ke rumah
mencari lalat yang tertangkap
di sarang labah-labah
dan kami membebaskannya.
4 tahun lalu,
semasa saya berusia 1 tahun,
setelah kejadian Chernobly,
air hujan berwarna hitam,
setelah kejadian Chernobly,
air hujan berwarna hitam,
rambut adik saya
gugur secara bergumpal,
saya berada di hospital
selama 9 bulan.
Tiada pelawat dibenarkan,
jadi mak saya merasuah
seorang pekerja hospital.
Dia dapat uniform jururawat,
dia menyelinap masuk setiap malam
dan duduk di sisi saya.
5 tahun kemudian,
sesuatu yang tidak terjangka berlaku.
Sebab kejadian Chernobyl,
kami diberikan perlindungan di A.S.
Saya berumur 6 tahun, saya tak menangis
semasa kami meninggalkan kampung
untuk datang ke Amerika,
kerana saya menjangkakannya
sebuah tempat yang dipenuhi
benda yang jarang ditemui
seperti pisang, coklat,
dan gam kunyah Bazooka,
gam kunyah Bazooka yang ada
pembalut kartun di dalam,
Bazooka yang kami dapat
sekali setahun di Ukraine
dan kami mengunyah
sekeping selama seminggu.
Pada hari pertama kami
di New York,
nenek saya dan saya
terjumpa satu peni
di lantai rumah perlindungan
yang keluarga saya diami.
Kami tidak tahu ia
untuk orang yang tidak berumah.
Kami ingat ia sebuah hotel,
hotel yang dipenuhi tikus.
Peni ini seperti
telah memfosil di lantai,
kami ingat seseorang yang kaya
telah meninggalkannya di situ
kerana orang biasa tidak akan
kehilangan wang begitu saja.
Saya meletakkan peni ini
pada tapak tangan saya.
Ia melekit dan berkarat,
tapi saya berasa sangat kaya.
Saya putuskan bahawa
saya akan mendapatkan
gam kunyah Bazooka
untuk diri sendiri.
Pada saat itu,
saya berasa seperti seorang jutawan.
Kira-kira setahun kemudian,
saya mempunyai perasaan yang sama
apabila kami terjumpa sebuah beg yang dipenuhi
patung haiwan di dalam tong sampah.
Tiba-tiba,
saya mempunyai mainan
yang paling banyak
sepanjang hidup saya.
Saya mempunyai perasaan
yang sama lagi apabila
pintu rumah kami
di Brooklyn diketuk,
adik saya dan saya
nampak seorang penghantar
bersama sekotak piza
yang kami tidak pesan.
Kami menerima piza itu,
piza kami yang pertama.
Kami membaham kepingan piza
sementara penghantar itu berdiri
dan merenung kami di muka pintu.
Dia meminta bayaran,
tapi kami tidak pandai berbahasa Inggeris.
Mak saya keluar,
penghantar itu meminta bayaran daripadanya,
tapi mak saya tidak
mempunyai wang yang cukup.
Setiap hari, dia pergi dan balik ke tempat kerja
melalui 50 blok bangunan
hanya untuk menjimatkan
tambang bas.
Kemudian,
jiran kami datang.
Dia marah
apabila dia sedar bahawa
pendatang di tingkat bawah
telah menerima pizanya.
Semua orang marah.
Tapi,
piza itu sedap.
Selepas beberapa tahun barulah saya sedar
bahawa kami sangat miskin.
Pada ulang tahun
ke-10 kami di A.S.,
kami mahu meraikannya
dengan menempah sebuah bilik
di hotel yang kami diami
semasa kami baru tiba di A.S.
Lelaki di meja depan ketawa,
katanya,
"Ini tempat perlindungan
untuk orang yang tidak berumah."
Kami terkejut.
Suami saya, Brian, juga tidak berumah
semasa dia masih kecil.
Keluarganya kehilangan semuanya.
Pada usia 11,
dia terpaksa tinggal di motel
bersama ayahnya,
motel yang tidak akan
memberikan makanan
sehingga mereka mampu
membayar bil.
Pada suatu hari,
apabila dia mendapat
Frosted Flakes,
ia dikelilingi lipas.
Tapi,
dia mempunyai sesuatu.
Dia mempunyai kotak kasut
yang sentiasa dibawanya
yang mengandungi
9 buah komik:
2 G.I. Joes yang dilukis
seperti Spider Man
dan 5 Gobots.
Ia bernilai bagi dia.
Itu merupakan
koleksi hero
yang menjauhkannya
daripada dadah dan geng
dan tidak berputus asa
terhadap impian.
Saya akan menceritakan
seorang lagi ahli keluarga kami
yang dahulunya tidak berumah.
Ini Scarlet.
Dulu, Scarlet digunakan sebagai
umpan dalam pertarungan anjing.
Scarlet diikat dan dibuang
ke tempat pertarungan
untuk diserang anjing-anjing lain agar anjing-anjing ini menjadi lebih agresif sebelum pertarungan.
Sekarang,
Scarlet makan makanan organik
dan tidur di katil ortopedik
yang tertera namanya.
Apabila kami menuang air
ke dalam mangkuknya,
Scarlet akan melihat ke atas dan menggoyang-goyangkan ekornya sebagai tanda berterima kasih.
Kadangkala, Brian dan saya berjalan-jalan
di taman bersama Scarlet.
Scarlet bergolek-golek
di atas rumput
dan kami melihatnya.
Kemudian,
kami saling memandang
dan kami berasa bersyukur.
Kami melupakan semuanya tentang
kekecewaan baru kelas pertengahan
dan kehampaan,
kami berasa seperti jutawan.
Terima kasih.
(Tepukan)