WEBVTT 00:00:00.786 --> 00:00:04.781 Saya berumur lapan tahun dan saya sangat bangga. 00:00:04.781 --> 00:00:08.340 Ayah saya telah membina rumah luar terbaik 00:00:08.340 --> 00:00:10.930 di kampung kami di Ukraine. 00:00:10.930 --> 00:00:14.479 Di dalam, tanah berbau dan lubang merekah, 00:00:14.479 --> 00:00:18.485 tapi di luar, ia berfomika putih 00:00:18.485 --> 00:00:22.113 dan ia berkilat di bawah matahari. 00:00:22.113 --> 00:00:25.670 Ini membuat saya berasa sangat bangga dan penting 00:00:25.670 --> 00:00:28.710 sehingga saya melantik diri sendiri sebagai ketua dalam kalangan kawan-kawan saya 00:00:28.710 --> 00:00:31.490 dan saya memikirkan misi-misi untuk kami. 00:00:31.490 --> 00:00:33.803 Kami berkeliling dari rumah ke rumah 00:00:33.803 --> 00:00:37.170 mencari lalat yang tertangkap di sarang labah-labah 00:00:37.170 --> 00:00:39.557 dan kami membebaskannya. NOTE Paragraph 00:00:39.557 --> 00:00:41.865 Empat tahun lalu, semasa saya berumur satu tahun, 00:00:41.865 --> 00:00:43.310 setelah kejadian Chernobly, 00:00:43.310 --> 00:00:45.641 air hujan berwarna hitam, 00:00:45.641 --> 00:00:47.841 rambut adik saya gugur secara bergumpal, 00:00:47.841 --> 00:00:50.398 saya berada di hospital selama sembilan bulan. 00:00:50.398 --> 00:00:51.950 Tiada pelawat dibenarkan, 00:00:51.950 --> 00:00:55.962 jadi mak saya merasuah seorang pekerja hospital. 00:00:55.962 --> 00:00:58.693 Dia dapat uniform jururawat, 00:00:58.693 --> 00:01:03.038 dia menyelinap masuk setiap malam dan duduk di sisi saya. 00:01:03.038 --> 00:01:06.098 Lima tahun kemudian, sesuatu yang tidak terjangka berlaku. 00:01:06.098 --> 00:01:10.200 Sebab kejadian Chernobyl, kami diberikan perlindungan di A.S. NOTE Paragraph 00:01:10.200 --> 00:01:14.419 Saya berumur enam tahun, saya tak menangis semasa kami meninggalkan kampung 00:01:14.419 --> 00:01:15.470 untuk datang ke Amerika, 00:01:15.470 --> 00:01:19.218 kerana saya menjangkakannya sebuah tempat yang dipenuhi 00:01:19.218 --> 00:01:23.398 benda yang jarang ditemui seperti pisang, coklat, 00:01:23.398 --> 00:01:25.839 dan gam kunyah Bazooka, 00:01:25.839 --> 00:01:29.932 gam kunyah Bazooka yang ada pembalut kartun di dalam, 00:01:29.932 --> 00:01:33.049 Bazooka yang kami dapat sekali setahun di Ukraine 00:01:33.049 --> 00:01:37.085 dan kami mengunyah sekeping selama seminggu. NOTE Paragraph 00:01:37.085 --> 00:01:38.891 Pada hari pertama kami di New York, 00:01:38.891 --> 00:01:41.124 nenek saya dan saya temui satu peni 00:01:41.124 --> 00:01:44.867 di lantai rumah perlindungan yang didiami keluarga saya. 00:01:44.867 --> 00:01:46.402 Kami tidak tahu ia rumah perlindungan untuk orang yang tidak berumah. 00:01:46.402 --> 00:01:49.493 Kami ingat ia sebuah hotel, hotel yang dipenuhi tikus. 00:01:49.493 --> 00:01:54.075 Peni ini seperti telah memfosil di lantai, 00:01:54.075 --> 00:01:57.071 kami ingat seseorang yang kaya telah meninggalkannya di situ 00:01:57.071 --> 00:01:59.565 kerana orang biasa tidak akan kehilangan wang begitu saja. 00:01:59.565 --> 00:02:02.122 Saya meletakkan peni ini pada tapak tangan saya, 00:02:02.122 --> 00:02:04.784 ia melekit dan berkarat, 00:02:04.784 --> 00:02:07.815 tapi saya berasa sangat kaya. 00:02:07.815 --> 00:02:09.873 Saya putuskan bahawa saya akan mendapatkan 00:02:09.873 --> 00:02:11.940 gam kunyah Bazooka untuk diri sendiri. 00:02:11.940 --> 00:02:15.925 Pada saat itu, saya berasa seperti seorang jutawan. NOTE Paragraph 00:02:15.925 --> 00:02:17.751 Kira-kira setahun kemudian, saya mempunyai perasaan yang sama 00:02:17.751 --> 00:02:20.994 apabila kami temui sebuah beg yang dipenuhi patung haiwan di dalam tong sampah; 00:02:20.994 --> 00:02:22.725 tiba-tiba, saya mempunyai mainan 00:02:22.725 --> 00:02:25.469 yang paling banyak sepanjang hidup saya. NOTE Paragraph 00:02:25.469 --> 00:02:27.854 Saya mempunyai perasaan yang sama lagi apabila 00:02:27.854 --> 00:02:29.651 pintu rumah kami di Brooklyn diketuk, 00:02:29.651 --> 00:02:32.140 adik saya dan saya nampak seorang penghantar 00:02:32.140 --> 00:02:34.693 bersama sekotak piza yang kami tidak pesan. 00:02:34.693 --> 00:02:37.882 Kami menerima piza itu, piza kami yang pertama. 00:02:37.882 --> 00:02:40.721 Kami membaham kepingan piza 00:02:40.721 --> 00:02:44.110 sementara penghantar itu berdiri dan merenung kami di muka pintu. 00:02:44.110 --> 00:02:47.110 Dia meminta bayaran, tapi kami tidak pandai berbahasa Inggeris. 00:02:47.110 --> 00:02:49.538 Mak saya keluar, penghantar itu meminta bayaran daripadanya, 00:02:49.538 --> 00:02:50.828 tapi mak saya tidak mempunyai wang yang cukup. 00:02:50.828 --> 00:02:54.248 Setiap hari, dia pergi dan balik ke tempat kerja melalui 50 buah blok bangunan 00:02:54.248 --> 00:02:56.917 hanya untuk menjimatkan tambang bas. 00:02:56.917 --> 00:02:58.783 Kemudian, jiran kami datang; 00:02:58.783 --> 00:03:01.373 dia marah apabila dia sedar bahawa 00:03:01.373 --> 00:03:03.719 pendatang di tingkat bawah 00:03:03.719 --> 00:03:07.728 telah menerima pizanya. 00:03:07.728 --> 00:03:09.284 Semua orang marah. 00:03:09.284 --> 00:03:13.125 Tapi, piza itu sedap. NOTE Paragraph 00:03:13.125 --> 00:03:19.086 Selepas beberapa tahun barulah saya sedar kami sangat miskin. 00:03:19.086 --> 00:03:21.400 Pada ulang tahun ke sepuluh kami di A.S., 00:03:21.400 --> 00:03:23.508 kami mahu meraikannya dengan menempah sebuah bilik 00:03:23.508 --> 00:03:26.319 di hotel yang kami diami semasa kami baru tiba di A.S. 00:03:26.319 --> 00:03:28.809 Lelaki di meja depan ketawa, katanya, 00:03:28.809 --> 00:03:31.606 "Awak tidak dapat menempah bilik di sini. Ini tempat perlindungan untuk orang yang tidak berumah." 00:03:31.606 --> 00:03:33.828 Kami terkejut. NOTE Paragraph 00:03:33.828 --> 00:03:37.834 Suami saya, Brian, juga tidak berumah semasa dia masih kecil. 00:03:37.834 --> 00:03:40.924 Keluarganya kehilangan semuanya. Pada usia 11, 00:03:40.924 --> 00:03:43.677 dia terpaksa tinggal di motel bersama ayahnya, 00:03:43.677 --> 00:03:46.610 motel yang tidak akan memberikan makanan 00:03:46.610 --> 00:03:50.290 sehingga mereka mampu membayar bil. 00:03:50.290 --> 00:03:52.495 Pada suatu kali, apabila dia mendapat 00:03:52.495 --> 00:03:56.091 Frosted Flakes, ia dikelilingi lipas. 00:03:56.091 --> 00:03:58.007 Tapi, dia mempunyai sesuatu. 00:03:58.007 --> 00:04:00.468 Dia mempunyai kotak kasut yang sentiasa dibawanya 00:04:00.468 --> 00:04:03.114 yang mengandungi sembilan buku komik: 00:04:03.114 --> 00:04:06.260 dua G.I. Joes yang dilukis seperti Spider Man 00:04:06.260 --> 00:04:09.323 dan lima Gobots. Ia bernilai bagi dia. 00:04:09.323 --> 00:04:12.318 Itu merupakan koleksi hero 00:04:12.318 --> 00:04:14.521 yang menjauhkannya daripada dadah dan geng 00:04:14.521 --> 00:04:17.317 dan tidak berputus asa terhadap impian. NOTE Paragraph 00:04:17.317 --> 00:04:18.365 Saya akan menceritakan tentang seorang lagi 00:04:18.365 --> 00:04:21.157 ahli keluarga kami yang dahulunya tidak berumah. 00:04:21.157 --> 00:04:22.855 Ini Scarlet. 00:04:22.855 --> 00:04:25.924 Dulu, Scarlet digunakan sebagai umpan dalam pertarungan anjing. 00:04:25.924 --> 00:04:28.340 Scarlet diikat dan dibuang ke tempat pertarungan 00:04:28.340 --> 00:04:32.376 untuk diserang anjing-anjing lain agar anjing-anjing ini menjadi lebih agresif sebelum pertarungan. 00:04:32.376 --> 00:04:36.616 Sekarang, Scarlet makan makanan organik 00:04:36.616 --> 00:04:39.143 dan tidur di katil ortopedik yang tertera namanya; 00:04:39.143 --> 00:04:43.559 apabila kami menuang air ke dalam mangkuknya, 00:04:43.559 --> 00:04:47.548 Scarlet akan melihat ke atas dan menggoyang-goyangkan ekornya sebagai tanda berterima kasih. NOTE Paragraph 00:04:47.548 --> 00:04:50.766 Kadangkala, Brian dan saya berjalan-jalan di taman bersama Scarlet; 00:04:50.766 --> 00:04:53.185 Scarlet bergolek-golek di atas rumput 00:04:53.185 --> 00:04:55.586 dan kami melihatnya; 00:04:55.586 --> 00:04:57.406 kemudian, kami saling memandang 00:04:57.406 --> 00:05:01.413 dan berasa bersyukur. 00:05:01.413 --> 00:05:05.044 Kami melupakan semua tentang kekecewaan baru kelas pertengahan 00:05:05.044 --> 00:05:06.919 dan kehampaan, 00:05:06.919 --> 00:05:09.603 kami berasa seperti jutawan. NOTE Paragraph 00:05:09.603 --> 00:05:10.753 Terima kasih. NOTE Paragraph 00:05:10.753 --> 00:05:14.746 (Tepukan)