1 00:00:01,067 --> 00:00:07,895 Satu setem pos berharga $0.44. Berapakah harga satu gulung yang mengandungi 1000 setem? 2 00:00:07,895 --> 00:00:11,706 Dan sebenarnya ada dua cara untuk menyelesaikan ini, dan saya akan menunjukkan kedua-duanya supaya anda tahu bahawa semuanya berkesan. 3 00:00:11,706 --> 00:00:15,186 Satu adalah cara yang lebih cepat, tetapi saya mahu memastikan yang anda memahami mengapa ia berkesan. 4 00:00:15,186 --> 00:00:18,251 Dan kemudian kita akan mengujinya untuk memastikan yang ia memberikan jawapan yang betul 5 00:00:18,251 --> 00:00:21,014 dengan menggunakan cara yang lebih tradisional iaitu pendaraban perpuluhan. 6 00:00:21,014 --> 00:00:26,726 Jadi, kita bermula dengan $0.44. Saya tuliskan 0.44. 7 00:00:26,726 --> 00:00:31,557 Itu adalah satu setem, jadi ini adalah satu setem. Saya akan menulisnya seperti ini, 1 setem. 8 00:00:31,557 --> 00:00:33,752 Berapakah harga 10 setem? 9 00:00:33,752 --> 00:00:37,167 Jikalau 1 setem adalah $0.44, maka 10 setem, 10 00:00:37,167 --> 00:00:39,818 kita boleh menggerakkan perpuluhan itu ke kanan sebanyak satu tempat, 11 00:00:39,818 --> 00:00:43,746 dan sekarang ia akan menjadi, dan sekarang sifar di hadapan ini tidak berguna, 12 00:00:43,746 --> 00:00:51,532 jadi sekarang ia akan menjadi $4.4. Ataupun, sekiranya anda mahu menjelaskannya, ia akan menjadi $4.40. 13 00:00:51,532 --> 00:00:56,120 Sekarang, apakah akan terjadi sekiranya anda mahukan seratus setem? 100 setem. 14 00:00:56,136 --> 00:00:58,081 Idea yang sama akan berlaku. 15 00:00:58,081 --> 00:01:02,600 Kita sekarang mengambil 10 kali lebih jadi kita akan menggerakkan perpuluhan ke sebelah kanan sebanyak sekali. 16 00:01:02,600 --> 00:01:07,183 Jadi, seratus setem akan berharga $44.00. 17 00:01:07,183 --> 00:01:08,991 Dan ini sepatutnya anda boleh fahami. 18 00:01:08,991 --> 00:01:15,898 Jikalau satu setem adalah 44 perseratus daripada satu dolar, maka seratus setem akan menjadi 19 00:01:15,898 --> 00:01:20,594 44 perseratus daripada seratus dolar, atau $44. Ataupun, anda boleh menganggap yang 20 00:01:20,594 --> 00:01:22,648 kita telah menggerakkan perpuluhan itu sebanyak satu tempat. 21 00:01:22,663 --> 00:01:25,650 Jadi sekiranya kita mahukan seribu setem, sekiranya kita mahukan 1000 setem, 22 00:01:25,650 --> 00:01:28,174 kita akan menggerakkan perpuluhan itu ke kanan lagi sekali. 23 00:01:28,174 --> 00:01:35,293 Menggerakkan perpuluhan itu ke sebelah kanan adalah sama dengan mendarabkan ia dengan sepuluh. Jadi ia akan menjadi $440. 24 00:01:35,309 --> 00:01:40,606 Sekarang, kita boleh menambahkan lagi satu kosong di belakang untuk menjelaskan bahawa tiada sen di sini. 25 00:01:40,636 --> 00:01:44,057 Jadi jikalau anda mahu menyelesaikannya dengan cepat, anda boleh bermula dengan $0.44. 26 00:01:44,133 --> 00:01:48,283 Dan anda boleh mengatakan, lihat, saya tidak mendarab dengan sepuluh. Saya tidak mendarab dengan seratus. 27 00:01:48,313 --> 00:01:53,221 Saya mendarab dengan seribu. Anda perlu meletakkan lagi satu kosong di belakang sini. 28 00:01:53,267 --> 00:01:58,556 Dan anda akan menggerakkan perpuluhan dari sini ke sini. 29 00:01:58,556 --> 00:02:04,721 Anda telah mendarabkan ini, darab sepuluh darab sepuluh darab sepuluh, yang adalah seribu. 30 00:02:04,721 --> 00:02:10,450 Jadi ini akan menjadi $440. 31 00:02:10,466 --> 00:02:14,962 Jadi mari kita pastikan sama ada ini adalah sama dengan jikalau kita mendarab dengan cara yang tradisional 32 00:02:14,962 --> 00:02:24,864 iaitu cara kita mendarab perpuluhan. Jadi jikalau anda mempunyai 1000 darab $0.44. 33 00:02:24,879 --> 00:02:33,056 Jadi anda bermula di sini. 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4. 34 00:02:33,071 --> 00:02:36,204 Ataupun anda boleh mengatakan, hei, ini adalah 4 darab seribu. 35 00:02:36,204 --> 00:02:39,822 Kemudian kita akan bergerak sebanyak satu tempat, jadi kita akan menambah satu kosong. 36 00:02:39,853 --> 00:02:47,950 Dan kita, sekali lagi, akan mendapat 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4. 37 00:02:47,950 --> 00:02:51,216 Ataupun kita baru sahaja membuat 4 darab seribu. Jadi itu adalah 4000, 38 00:02:51,216 --> 00:02:54,192 jikalau anda tidak mengambil kira kosong ini yang kita telah tambahkan di sini 39 00:02:54,192 --> 00:02:57,002 kerana kita bergerak sebanyak satu tempat ke kiri. 40 00:02:57,017 --> 00:03:01,077 Dan kemudian kita tidak mempunyai apa-apa lagi. Saya tidak langsung memikirkan tentang perpuluhan itu sehingga sekarang. 41 00:03:01,108 --> 00:03:05,860 Setakat ini saya melihatnya sebagai seribu darab 44. Saya telah mengabaikan perpuluhan itu. 42 00:03:05,860 --> 00:03:08,167 Jadi jikalau ia adalah seribu darab 44, 43 00:03:08,167 --> 00:03:14,792 kita akan mendapat 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 4 tambah 0 adalah 4, 44 00:03:14,792 --> 00:03:19,498 4 tambah tiada apa-apa adalah 4. Dan sekiranya anda mengabaikan perpuluhan itu, ia akan menjadi jelas. 45 00:03:19,498 --> 00:03:24,437 Sebab seribu darab 4 adalah 4000 dan seribu darab 40 akan menjadi 40 000. 46 00:03:24,437 --> 00:03:30,525 Jadi anda akan mendapat 44 000. Tetapi ini bukan 44. Ini adalah 44 perseratus. 47 00:03:30,525 --> 00:03:34,312 Kita mempunyai, antara kedua-dua nombor itu, dua nombor di belakang titik perpuluhan itu. 48 00:03:34,312 --> 00:03:38,368 Jadi kita memerlukan dua nombor di belakang atau ke sebelah kanan titik perpuluhan dalam jawapan kita. 49 00:03:38,368 --> 00:03:40,802 Jadi satu, dua. Di sana. 50 00:03:40,802 --> 99:59:59,999 Jadi, sekali lagi, kita mendapat $440.00 untuk seribu setem itu.