(Kami menawarkan pekerjaan palsu) Tunggu sebentar. Terima kasih. Maaf. Ok Dua minit, terima kasih. Hi, selamat tengahari. Maaf tentang tadi. Hi, selamat bertemu. Senang bertemu anda juga. Adakah sebelum ini kamu pernah melakukan interview seperti ini? Biar saya jelaskan sedikit tentang pekerjaan ini. Ini bukan sekedar pekerjaan. Ini adalah pekerjaan yang paling penting. Posisi yang kami tawarkan saat ini adalah "Director of Operations", tapi mungkin sebenarnya lebih dari itu. Tanggungjawab dan syaratnya sangat banyak. Syarat yang pertama adalah anda kena selalu bergerak. Pekerjaan ini memerlukan anda untuk berdiri hampir atau benar-benar sepanjang waktu. Berterusan berdiri, membongkok, dan menggunakan stamina yang tinggi. Baik... Banyaknya.. Untuk berapa jam? Dari 135 jam sampai 1 minggu tanpa henti, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu Mesti akan ada kesempatan untuk duduk sekali-sekala, kan? Maksud anda waktu rehat? Tidak, tak ada waktu rehat. Adakah itu debenarkan? Ya, tentu. Jadi, tidak ada makan tengahari? Anda boleh makan tengahari tapi hanya jika anak buah anda sudah selesai makan tengahari. Saya rasa itu sedikit berat. Tak, tidak mungkin. Itu gila. Posisi ini memerlukan kemampuan berunding dan interpersonal yang sangat baik. Kami mencari seseorang yang memiliki ijazah didalam bidang kedoktoran, kewangan, dan kulinari. Anda harus mengerjakan banyak pekerjaan sekaligus. Anak buah anda memerlukan perhatian yang berterusan. Kadang-kadang anda harus berjaga malam semalaman dengannya. Anda harus boleh bekerja di situasi yang kacau bilau. Kalau anda memiliki kehidupan, kami meminta anda meninggalkannya. Tidak ada cuti, jadi waktu Thanksgiving, Hari Natal, Tahun Baru dan hari cuti, pekerjaan akan bertambah banyak. Dan kami memerlukan itu. Itu sangat kejam. Seperti lawak yang sangat buruk. Bila waktu tidur? Atau... Tidak ada waktu tidur. Merangkumi seluruh hal. Betul sekali. 365 hari setahun? Ya. Tidak, itu tidak berperikemanusiaan. Itu sangat gila. Hubungan bermakna yang anda jalinkan, perasaan yang anda tumbuhkan dengan membantu anak buah anda adalah tidak terkira. Mari bercakap mengenai gaji. Pekerjaan ini langsung tidak akan dibayar. Apa? Tidak! Takkan ada siapa-siapa yang akan melakukannya dengan percuma. Ya, sepenuhnya percuma. Bagaimana jika saya beritahu anda, bahawa sekarang ini sudah ada orang yang bekerja begini. Berbilion orang, sebenarnya. Siapa? Ibu. Ya. Para ibu. Haha. Hebat sekali. (Director of Operations. Dengan kata lain, ibu) Dan mereka memenuhi semua syarat-syaratnya, kan? Ya Tuhan, ibu-ibu sangat hebat. Ya, mereka tidak dibayar. Bekerja 24 jam. Mereka sentiasa ada. Saya sedang memikirkan tentang Ibu saya. Apa yang anda sedang fikirkan tentang dia? Saya ingat tentang semua malam-malam itu dan semua yang telah dilakukannya. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua yang telah Ibu lakukan. Mungkin kelihatannya saya tidak menghargai, tapi saya benar-benar menghargainya. Ibu, saya mau mengucapkan terima kasih untuk semua yang telah Ibu lakukan. Aku sangat mencintaimu. Ibu sentiasa ada, waktu suka dan duka Ibuku sangat hebat. Dia memang sangat hebat.