Hai, nama saya Tony. Selamat datang ke Every Frame a Painting. Hari ini saya nak tukar topik sedikit dan bercakap mengenai penyelesaian masalah. Satu sebab saya gemarkan pembikinan filem adalah kadangkalanya anda perlu merumuskan satu penyelesaian kepada suatu halangan. Ia suatu konundrum menarik. Pesanan itu lebih kurang visual, jadi secara teorinya tiadalah susah sangat. Namun, setiap kali pembikin filem beralih ke arah telefon... penonton mesti gelengkan kepala. Banyak filem buat watak-watak tak ber-SMS ataupun mereka baca mesej kuat-kuat. Bahkan, ada yang buat alasan kenapa tak boleh bertelefon. "97% satu negara ada liputan, kita berada di baki yang tidak tercapainya." Tapi sejak 4-5 tahun yang lepas, sudah wujudnya satu fenomena. Para pembikin filem sudah mula memakai satu format: tayangan teks mesej di skrin. Ia berkembang dengan pesatnya! Saya mula-mula perasan ia masa tengok Sherlock BBC. Perbincangan kami dengan Twitter turut menjumpainya di drama-drama TV... ...filem genre remaja... dan filem-filem keluaran Korea Selatan dan Jepun. Tak kiralah di mana awak jumpa ia, ia merupakan satu contoh evolusi bentuk filem itu sendiri. Mengapakah pembikin filem mula pakai benda sebegini? Ada 3 sebab mudah. Pertama, ia menjimatkan duit. Kalau cerita anda banyak pakai pesanan, pengarah boleh jimat kos rakam 60 'close-up' telefon. Anda hanya perlukan AfterEffects dan orang ini... "Andrew Kramer di sini untuk Video Copilot.net." Kedua: ia efisien secara artistiknya. Syot berulang alik perlahan kerana telefon perlu lama di skrin agar senang dibaca. Sampai ada fon besar-besar gadang lagi. Teks di skrin menyelesaikan masalah ini. Ia menggabungkan aksi dan reaksi dalam satu gambar yang sama. Kita juga lihat persembahan pelakon tanpa apa-apa gangguan. Ada juga sebab ketiga populariti teknik ini: reka bentuk elegan. Sherlock tampak rapi dan cantik dengan pendekatan ini. Anda boleh lihat tiada gelembung teks - gelembung teks cepat-cepat tampak ketinggalan. Fon dipakai begitu konsisten setiap musim. Warna teks putih, tidak berbeza untuk setiap watak. Penonton mesti meneka berdasaran mesej, menambahkan penglibatan kita. Lainlah dengan filem ini, mesej bergerak mengikut alat - eh, orang - eh, alat. Anda tentukan sendiri. Siapa tahu, mungkin ini bakal jadi suatu wahana baru atau batu loncatan. Meskipun Sherlock sudah selesaikan masalah teks mesej, tetapi kita ada masalah lain. Banyak orang telah mencuba, tapi kita masih tiada cara paling bagus menggambarkan Internet. Ada cara yang tidak murah. Ada yang tidak efisien. Saya begitu menyukai cara filem desktop: di mana semua perbuatan berlangsung terus di skrin. "Biar saya tunjukkan awak." Saya tak dapat cakap pihak orang lain, bagi saya filem-filem ini serupa pengalaman saya menerima maklumat seharian. Ada yang membangkit emosi. Ada yang misteri. Ada juga yang eksperimental