Hai, nama saya Tony.
Selamat datang ke
Every Frame a Painting.
Hari ini saya nak tukar topik sedikit
dan bercakap
mengenai penyelesaian masalah.
Satu sebab saya gemarkan
pembikinan filem adalah
kadangkalanya anda perlu merumuskan
satu penyelesaian
kepada suatu halangan.
Ia suatu konundrum menarik.
Pesanan itu lebih kurang visual,
jadi secara teorinya
tiadalah susah sangat.
Namun, setiap kali pembikin
filem beralih ke arah telefon...
penonton mesti gelengkan kepala.
Banyak filem buat watak-watak
tak ber-SMS ataupun mereka
baca mesej kuat-kuat.
Bahkan, ada yang buat alasan
kenapa tak boleh bertelefon.
"97% satu negara ada liputan, kita
berada di baki yang tidak tercapainya."
Tapi sejak 4-5 tahun yang lepas,
sudah wujudnya satu fenomena.
Para pembikin filem sudah
mula memakai satu format:
tayangan teks mesej di skrin.
Ia berkembang dengan pesatnya!
Saya mula-mula perasan ia
masa tengok Sherlock BBC.
Perbincangan kami dengan Twitter
turut menjumpainya di
drama-drama TV...
...filem genre remaja...
dan filem-filem keluaran
Korea Selatan dan Jepun.
Tak kiralah di mana awak jumpa ia,
ia merupakan satu contoh evolusi
bentuk filem itu sendiri.
Mengapakah pembikin filem mula
pakai benda sebegini?
Ada 3 sebab mudah.
Pertama, ia menjimatkan duit.
Kalau cerita anda banyak
pakai pesanan, pengarah boleh jimat
kos rakam 60 'close-up' telefon.
Anda hanya perlukan
AfterEffects dan orang ini...
"Andrew Kramer di sini
untuk Video Copilot.net."
Kedua: ia efisien secara artistiknya.
Syot berulang alik perlahan
kerana telefon perlu lama di
skrin agar senang dibaca.
Sampai ada fon besar-besar gadang lagi.
Teks di skrin menyelesaikan
masalah ini.
Ia menggabungkan aksi dan
reaksi dalam satu gambar yang sama.
Kita juga lihat persembahan pelakon
tanpa apa-apa gangguan.
Ada juga sebab ketiga populariti
teknik ini: reka bentuk elegan.
Sherlock tampak rapi dan cantik
dengan pendekatan ini.
Anda boleh lihat tiada gelembung
teks - gelembung teks cepat-cepat
tampak ketinggalan. Fon dipakai begitu
konsisten setiap musim.
Warna teks putih, tidak
berbeza untuk setiap watak.
Penonton mesti meneka
berdasaran mesej, menambahkan
penglibatan kita.
Lainlah dengan filem ini, mesej bergerak
mengikut alat -
eh, orang - eh, alat.
Anda tentukan sendiri.
Siapa tahu, mungkin ini bakal jadi
suatu wahana baru
atau batu loncatan.
Meskipun Sherlock sudah selesaikan
masalah teks mesej,
tetapi kita ada masalah lain.
Banyak orang telah mencuba,
tapi kita masih
tiada cara paling bagus
menggambarkan Internet.
Ada cara yang tidak murah.
Ada yang tidak efisien.
Saya begitu menyukai cara filem desktop:
di mana semua perbuatan
berlangsung terus di skrin.
"Biar saya tunjukkan awak."
Saya tak dapat cakap
pihak orang lain,
bagi saya filem-filem ini
serupa pengalaman
saya menerima maklumat seharian.
Ada yang membangkit emosi.
Ada yang misteri.
Ada juga yang eksperimental