♪ (muzik) ♪
[Maklumat Salah]
Semua maklumat palsu ibarat pencemaran.
Ada yang seperti sampah biasa, namun,
ada juga seperti sisa toksik.
Ia boleh merosakkan persekitaran
atas talian dan meracun masyarakat
Maklumat salah adalah sebaran maklumat
tidak benar atau
mengelirukan dgn sengaja
membawa kemudaratan.
Maklumat salah adalah
untuk menimbulkan kekeliruan
akan kemampuan kita mengetahui
hal sebenar-benarnya.
Mereka yg mencipta &
menyebar salah maklumat
mahu mempengaruhi
pemikiran & tindakan orang lain
Maklumat salah boleh dibuat
oleh kerajaan asing,
organisasi dalaman,
atau sekumpulan orang awam.
Ia mungkin diwujudkan untuk:
memburukkan nama seseorang atau
mesejnya,
menegangkan batas sosial
melalui konflik sesama
mereka yang mempunyai pandangan berbeza
meruntuhkan kepercayaan akan institusi
demokrasi seperti kerajaan & media
sebagai cara untuk memperlekeh dan
mengabaikan rakyat;
mempromosi teori konspirasi palsu yang
mempersoal realiti sebenar
ataupun mempengaruhi
keputusan pilihanraya.
Hal ini boleh bermula
hanya dgn papan mesej
dimana seorang troll menyebarkan
khabar angin tentang orang lain,
kejadian atau isu menggunakan
media sosial,
atau diciptakn dalam kilang-kilang troll
yang mana mereka dibayar untuk tulisan
yang kelihatan berita benar.
Jadi bagaimana peranan ini
dibuat?
Pereka maklumat salah tahu cara
untuk memperdaya
minda kita dan teknologi membantu
dalam penyebaran maklumat pesong
dan palsu.
Penyebaran maklumat palsu
mensasarkan emosi kita
agar kita lebih terdedah
untuk menerimanya
dan kongsikan dgn orang lain.
Kisah dan tuntutan palsu mungkin
diselitkan elemen kebenaran
supaya ia kelihatan lebih asli.
Maklumat salah tersebar lebih cepat
melalui gambar dan meme
kerana orang kurang kritikal
terhadap imej visual
berbanding perkataan.
Kita semua menjadi sasaran
maklumat salah
kerana siapa diri kita dan
apa yang kita percaya.
Internet memudahkan pesanan ini tersebar
jauh dan pantas
lebih-lebih lagi jika kita tahu
cara membuat kandungan viral
Di laman media sosial,
siri arahan komputer menentukan apa
yang dilihat oleh penggunanya.
Algoritma ini memaparkan kandungan yang
disukai ramai.
Pereka maklumat salah boleh mempopularkan
satu idea melalui galakan tiruan
menggunakan bot,
iaitu program komputer yg boleh
siar, suka dan kongsi secara automatik.
Akaun bot buat nampak macam
ramai orang bercakap tentang sesuatu
tapi sebenarnya tidak pun.
Ideanya adalah untuk
mempengaruhi perbualan
dgn mempromosi idea tertentu
atau mengkritik orang lain.
Bila orang lihat, kongsi dan berinteraksi
dengan siaran palsu ini
siaran ini menjadi betul-betul popular.
Sebaran maklumat salah
diperkuat melalui cara ini
yang menarik perhatian
organisasi berita yang sahih.
Wartawan mungkin melaporkan
kisah ini dan sebarkannya lagi --
satu kemenangan buat troll ini.
Ada ramai orang di luar sana yang mahu
mempengaruhi cara anda berfikir
dari ahli politik hingga ke pengiklan,
juga kawan-kawan dan keluarga.
Penting untuk kita tahu wujudnya kumpulan
terlatih ini di luar sana
yang mungkin mahu mengeliru, menyesatkan
atau memujuk anda
dan motif tindakan mereka tampak kabur.
Jadi, apa yang anda boleh buat?
Langkah pertama yang bagus adalah
nilaikan emosi anda.
Adakah siaran atau cerita itu buat anda marah
atau teruja untuk kongsikan?
Itu masanya untuk berhenti dan
buat sedikit kajiselidik.
Apa reputasi sumber siaran ini?
Adakah kandungannya benar atau tidak?
Apa kata sumber-sumber lain?
Berhenti dan semak,
sebelum anda diperdayakan.
♪ (muzik) ♪
[Dibawakan kepada anda oleh CIVIX]
[Dengan sokongan Kanada]
[Dihasilkan oleh SPACE Heart]
Sarikata oleh Rahimah M Nawai