WEBVTT 00:00:00.402 --> 00:00:02.279 ♪ (muzik) ♪ 00:00:10.894 --> 00:00:12.874 [Maklumat Salah] 00:00:16.030 --> 00:00:18.120 Semua maklumat palsu ibarat pencemaran. 00:00:20.250 --> 00:00:22.030 Ada yang seperti sampah biasa, namun, 00:00:23.411 --> 00:00:25.251 ada juga seperti sisa toksik. 00:00:26.310 --> 00:00:30.350 Ia boleh merosakkan persekitaran atas talian dan meracun masyarakat 00:00:31.580 --> 00:00:34.341 Salah maklumat adalah sebaran maklumat tidak benar atau 00:00:34.341 --> 00:00:36.492 mengelirukan dgn sengaja membawa kemudaratan. 00:00:37.496 --> 00:00:39.985 Salah maklumat adalah untuk menimbulkan kekeliruan 00:00:39.985 --> 00:00:43.070 akan kemampuan kita mengetahui hal sebenar-benarnya. 00:00:44.141 --> 00:00:46.247 Mereka yg mencipta & menyebar salah maklumat 00:00:46.247 --> 00:00:48.605 mahu mempengaruhi pemikiran & tindakan orang lain 00:00:49.176 --> 00:00:51.724 Maklumat salah boleh dibuat oleh kerajaan asing, 00:00:52.595 --> 00:00:54.076 organisasi dalaman, 00:00:55.407 --> 00:00:56.831 atau sekumpulan orang awam. 00:00:57.481 --> 00:00:59.042 Ia mungkin diwujudkan untuk: 00:00:59.042 --> 00:01:01.016 memburukkan nama seseorang atau mesejnya, 00:01:04.312 --> 00:01:06.590 menegangkan batas sosial melalui konflik sesama 00:01:06.590 --> 00:01:08.650 mereka yang mempunyai pandangan berbeza 00:01:09.742 --> 00:01:13.240 meruntuhkan kepercayaan akan institusi demokrasi seperti kerajaan & media 00:01:13.670 --> 00:01:16.710 sebagai cara untuk memperlekeh dan mengabaikan rakyat; 00:01:18.243 --> 00:01:21.840 mempromosi teori konspirasi palsu yang mempersoal realiti sebenar 00:01:23.187 --> 00:01:25.530 ataupun mempengaruhi keputusan pilihanraya. 00:01:26.239 --> 00:01:28.444 Hal ini boleh bermula hanya dgn papan mesej 00:01:28.444 --> 00:01:31.760 dimana seorang troll menyebarkan khabar angin tentang orang lain, 00:01:31.760 --> 00:01:34.870 kejadian atau isu menggunakan media sosial, 00:01:35.910 --> 00:01:38.119 atau diciptakn dalam kilang-kilang troll 00:01:38.945 --> 00:01:40.898 yang mana mereka dibayar untuk tulisan 00:01:40.898 --> 00:01:42.230 yang kelihatan berita benar. 00:01:43.732 --> 00:01:45.330 Jadi bagaimana peranan ini dibuat? 00:01:47.435 --> 00:01:49.763 Pereka maklumat salah tahu cara untuk memperdaya 00:01:49.763 --> 00:01:51.959 minda kita dan teknologi membantu 00:01:51.959 --> 00:01:54.667 dalam penyebaran maklumat pesong dan palsu. 00:01:54.920 --> 00:01:57.450 Penyebaran maklumat palsu mensasarkan emosi kita 00:01:58.403 --> 00:02:00.390 agar kita lebih terdedah untuk menerimanya 00:02:00.390 --> 00:02:01.770 dan kongsikan dgn orang lain. 00:02:02.490 --> 00:02:05.476 Kisah dan tuntutan palsu mungkin diselitkan elemen kebenaran 00:02:05.936 --> 00:02:08.240 supaya ia kelihatan lebih asli. 00:02:10.090 --> 00:02:12.855 Maklumat salah tersebar lebih cepat melalui gambar dan meme 00:02:12.855 --> 00:02:15.180 kerana orang kurang kritikal terhadap imej visual 00:02:15.180 --> 00:02:16.720 berbanding perkataan. 00:02:18.290 --> 00:02:20.500 Kita semua menjadi sasaran maklumat salah 00:02:20.500 --> 00:02:23.040 kerana siapa diri kita dan apa yang kita percaya. 00:02:23.210 --> 00:02:26.055 Internet memudahkan pesanan ini tersebar jauh dan pantas 00:02:26.315 --> 00:02:29.178 lebih-lebih lagi jika kita tahu cara membuat kandungan viral 00:02:30.716 --> 00:02:31.790 Di laman media sosial, 00:02:31.790 --> 00:02:34.921 siri arahan komputer menentukan apa yang dilihat oleh penggunanya. 00:02:35.480 --> 00:02:38.240 Algoritma ini memaparkan kandungan yang disukai ramai. 00:02:39.720 --> 00:02:43.289 Pereka maklumat salah boleh mempopularkan satu idea melalui galakan tiruan 00:02:43.739 --> 00:02:45.091 menggunakan bot, 00:02:45.740 --> 00:02:49.423 iaitu program komputer yg boleh siar, suka dan kongsi secara automatik. 00:02:50.323 --> 00:02:53.746 Akaun bot buat nampak macam ramai orang bercakap tentang sesuatu 00:02:53.746 --> 00:02:55.062 tapi sebenarnya tidak pun. 00:02:55.749 --> 00:02:57.822 Ideanya adalah untuk mempengaruhi perbualan 00:02:57.822 --> 00:03:00.490 dgn mempromosi idea tertentu atau mengkritik orang lain. 00:03:01.363 --> 00:03:05.052 Bila orang lihat, kongsi dan berinteraksi dengan siaran palsu ini 00:03:05.222 --> 00:03:07.190 siaran ini menjadi betul-betul popular. 00:03:08.046 --> 00:03:10.425 Sebaran maklumat salah diperkuat melalui cara ini 00:03:10.425 --> 00:03:13.189 yang menarik perhatian organisasi berita yang sahih. 00:03:13.879 --> 00:03:16.794 Wartawan mungkin melaporkan kisah ini dan sebarkannya lagi -- 00:03:17.228 --> 00:03:18.832 satu kemenangan buat troll ini. 00:03:19.729 --> 00:03:23.128 Ada ramai orang di luar sana yang mahu mempengaruhi cara anda berfikir 00:03:23.720 --> 00:03:27.782 dari ahli politik hingga ke pengiklan, juga kawan-kawan dan keluarga. 00:03:29.238 --> 00:03:32.589 Penting untuk kita tahu wujudnya kumpulan terlatih ini di luar sana 00:03:33.029 --> 00:03:36.428 yang mungkin mahu mengeliru, menyesatkan atau memujuk anda 00:03:36.855 --> 00:03:39.029 dan motif tindakan mereka tampak kabur. 00:03:39.690 --> 00:03:41.280 Jadi, apa yang anda boleh buat? 00:03:41.890 --> 00:03:44.550 Langkah pertama yang bagus adalah nilaikan emosi anda. 00:03:46.048 --> 00:03:49.537 Adakah siaran atau cerita itu buat anda marah atau teruja untuk kongsikan? 00:03:51.128 --> 00:03:54.010 Itu masanya untuk berhenti dan buat sedikit kajiselidik. 00:03:54.230 --> 00:03:56.220 Apa reputasi sumber siaran ini? 00:03:56.590 --> 00:03:58.970 Adakah kandungannya benar atau tidak? 00:03:59.455 --> 00:04:01.092 Apa kata sumber-sumber lain? 00:04:02.989 --> 00:04:04.180 Berhenti dan semak, 00:04:04.640 --> 00:04:06.236 sebelum anda diperdayakan. 00:04:07.595 --> 00:04:09.403 ♪ (muzik) ♪ 00:04:10.240 --> 00:04:12.518 [Dibawakan kepada anda oleh CIVIX] 00:04:13.108 --> 00:04:15.135 [Dengan sokongan Kanada] 00:04:15.635 --> 00:04:17.955 [Dihasilkan oleh SPACE Heart] 00:04:18.225 --> 00:04:20.243 Sarikata oleh Rahimah M Nawai